Monday, March 21, 2011

Best sangat ke Hikayat Merong Mahawangsa?

Hi Korang,

Ermm semua orang sibuk memperkatakan pasal filem berjumlah 8 juta yang tengah rancak di tayangkan di seluruh negara iaitu Hikayat Merong Mahawangsa.


Aku pun tak nak ketinggalan jugak kan, so pegilah tengok semalam di Mid Valley dengan MrBig family. Plan asal nak tengok Gold Class but terlambat sampai then miss the show. So tengok kul 2.15pm punya. Ktorg dapat seat yang lagi 5 baris dah screen.Padahal masa beli tu belum pun pukul 12tghari lagi. Agaknya pukul berapa orang2 lain beli ek. Gila arghh..



Sinopsis:

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.


Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Yang Aku Suka pasal Hikayat Merong Mahawangsa
For sure aku rasa citer ni not bad. Belum pernah ada pengusaha filem mengeluarkan cerita2 or filem bercorak epik sebegini. Ini yang pertama sekali di Malaysia. Penggunaan teknologi yang canggih ada dalam filem nie. Mudah di fahami jalan ceritanya. Ada kelakar2 sket lah.
 
Yang Aku Kurang Sket pasal Hikayat Merong Mahawangsa.
 
Audio citer nie sekejap kuat sekejap perlahan. Aku ingatkan aku je yang perasan rupanya ada jugak orang lain perasan. Bila plak Merong kahwin dengan Embok kan. Kat dalam kapal yang masa nak pancarkan cermin tu, itu agak nampak korang logik sket lah. Lagu Anuar Zain plak sket je. Then masa Marcus berlawan dengan Kawamas, si tuan puteri tu boleh duk dekat2 sambil cakap 'stop it' plak. Ishk takut plak aku tengok dan yang paling aku sedih heronya Si Merong tu mati plak (opss berlepas cakap plak, abis aku kena libas dgn syigim pas nie) hehehhe  . Ishk tak syok lah.

Apa-apa pun, tahniah kepada KRU Studio kerana berjaya menghasilkan filem sebegini. Hopefully more to come ek.
 
Korang2 yang belum pi tengok tu, pegilah. Support sket filem tempatan ek.




9 comments :

Syigim said...

ciklilyyyyyy!!! kejam! uhuk uhuk. sila kasi disclaimer "spoiler ahead" kalau nak tulis psl "..heronya si merong tu mati plak" supaya org yg xnak tau ending xkan baca u tulis tu...

aiyo...blom tgk lagi.... waaa..

Kumbang Jingga said...

bagi kumbang tak best....terlalu banyak kejanggalan dalam filem ni

ArsheedA said...

eeee...tak ajak pon! haha...tak done nak tgk la panggung asyik penuh je

transformed housewife said...

I wrote an entry about HMM too in my blog. You can go to nuradyanirosly.blogspot.com. It's about the PROS & CONS of this film.

semut lelabah said...

sudah tengok dan tak berkira untuk tengok lagi sekali. haha

Matjoe said...

fuuu, ada spoiler disitu. ekeke.

Anonymous said...

baru jugak tengok cerita ni hari rabu lepas dengan wife. semangat kami keluar ofis awal nak pegi tengok. Pada aku, jalan cerita ni menarik, sebab tak banyak aksi yang membosankan, cuma dari segi kualiti editing dan sound effect dia agak kurang. banyak scene yang nampak sangat tak synchronize. lepas tu masa dia lawan, amat la laju. tapi tahniah untuk KRU sebab berani keluarkan movie genre baru..hehehe

hazman aka species1980 said...

diorang target SEJUTA PENONTON untuk filem nie

CouLeur de Chiqu3 said...

for me.. :

dari segi cinematographer,video..USAHA dah ada dah kt situ ..memberangsangkan..

cuma..

JALAN CERITA sahaja yang teruk..dorg kene perbaiki lagi

kene bnyk kn RESEARCH on sejarah,bahasa yang digunakan,

identity Merong tu sendiri dan menmpakkan kerapuhan kerna kurangnya KAJIAN

mana mungkin MERONG tidak bertanah?dipenjara kerna perempuan? nmpak cam MERONG ini adalah kaki pompuan..sedangkan ikot sejarah Merong adalah raja..bila raja mestilah ada kawasan jajahan..

bahasa pulak bercampur aduk...kenapa cina sesama cina ckp omputih..bile nk ckap ngn bngsa lain baru lah guna bhsa inggeris..klo ikotkan bahasa inggis lama pon ada lenggok gaya bahasanya,ada baku inggeris lama untuk dituturkan..

bnyk lg sebenarnya...xpe lah ni je lah sekelumit ybg nk ditonjolkan

tujuan nye bukan lah nk kondem sgt2..but untuk mmperbaiki..

supaya lebih berkualiti dan alang2 bagus..biar bagus overall...itu sahaje...