Saturday, February 15, 2014

Isu Servis Kereta, Meh Buat Survey Di Paultan.Org

Hi Korang,

Weekend ni sessi entry santai tapi bermanfaat sket lah.


So kalau korang perasan aku ada post entry pasal website penjagaan kereta iaitu Carama.com. rasanya 2-3 bulan lepas kot yang mana korang especially orang-orang pompuan perlu ambil tahu tips penyelengaraan kereta ni.

Isu mencari bengkel kereta ni, nampak banyak bengkel kereta di merata tempat, kita just singgah masuk dan terus pi service kan tapi hakikatnya tidak mudah untuk mencari bengkel di Malaysia yang beroperasi dengan secara jujur dan pada masa yang sama menyediakan perkhidmatan yang memuaskan. Menurut Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) 2012 laporan tahunan, terdapat 1,695 aduan dibuat berhubung dengan pusat perkhidmatan penjagaan kereta dan 90 peratus daripada rasa tidak puas hati adalah kepada kualiti perkhidmatan yang disediakan. Tidak syak lagi kita semua telah mendengar cerita-cerita yang sama apabila ia datang kepada penjagaan kereta.

Sekarang, korang perasan tak menda-menda cam ni?

1) Adakah korang membayar harga yang tepat untuk perkhidmatan kereta, atau korang ditipu?

2) Betul ke bahagian ni kena repair?

3) Adakah alat ganti tulen digunakan? Cam ne nak check ek?


So untuk memudahkan korang memahami isu-isu pasal kereta ni, Carama.com bersama dengan blogger kereta Paultan.org menjalankan satu kaji selidik or survey bagi mengenalpasti pandangan korang mengenai isu servis kereta di Malaysia ni.


Aku menggalakkan korang para pembaca yang ku sayangi untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik ini bagi membantu mendapat gambaran yang lebih baik mengenai tingkah laku pengguna terhadap kereta di Malaysia. Pemikiran dan input korang akan dapat membantu Carama meningkatkan kualiti servis kereta di Malaysia.

Wah kemain kan.

Carama berharap untuk memberi keyakinan dan ketenangan fikiran untuk pemilik kereta di Malaysia - dengan membantu mereka mencari bengkel yang betul, dan membayar harga yang tepat. Dalam jangka masa panjang, Carama berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pembaikan di Malaysia dan akhirnya meningkatkan taraf bengkel-bengkel biasa ni.


Apa yang korang dapat?

Dengan mengambil bahagian dalam survey ini korang berpeluang untuk menikmati perkhidmatan kereta berkualiti melalui bengkel Carama! Setiap daripada korang akan menerima bernilai Dolar Carama 'RM 10 lepas abis je buat survey. Dolar Carama korang boleh tebus apabila korang menempah perkhidmatan seterusnya atau pembaikan melalui bengkel Carama.

1 Carama Dollar = RM1.

Apa lagi moh check it out


Godek-godek ye camne How Carama works di www.carama.com dan cer-cepat LIKE Carama kat Carama Facebook untuk promosi hebat mengenai kereta korang tau.

Isi je apa yang patut dalam survey tu, lepas dapatlah voucher untuk service kereta. 

Ok ape..

Anyway, 
Happy weekend korang..




3 comments :

Ash Awan said...

Thanks sis. Awal bangun.

Mia Liana said...

tahu bawak je.... huhuhu bab2 penjagaan ni fail....

Anonymous said...

gd one, tq share yer