Thursday, March 1, 2012

Lunch Date @ Meatworks Restaurant, Citta Mall

Hi Korang,

Birthday boy punya pasal so kenalah cari tempat makan yang syiok-syiok sket kan, baru lah feeling diva-diva gituh. Mood hari tuh plak nak makan lembu so carilah kedai makan yang jual lembu yang fresh ye. So ada someone suggest pi cuba kat kedai Meatworks ni, memang jual lembu segar.


Inilah first time ke Meatworks ni dan jugak ke Citta Mall. Padahal time aku duduk Ara Damansara ni hapah satu kedai pun tak do. Yang ada mamak kapitan yang jadi port aku lepak tiap2 petang pas abis keje kan. Menyesal gak pindah dari sini coz Citta Mall ni betul2 belakang condo lama aku je. Ishhkkk rugi sungguh.




Restaurant Meatworks ni menjual daging lembu segar tempatan dan juga ada yang di import seperti daging wagyu dan juga bahan-bahan untuk perapan kalau nak buat BBQ. Memacam brand ade, Jamie Oliver punya product pun ado gak.  Aku penah makan daging wagyu masa kat Xenri dulu. Sedap dan lembut but Mr Big tak nak dia suka yang original dan local. 

So ktorg order lah ni

Aku punya Sirloin Steak RM50

Nampak cam sket pun, but nak abiskan punya lah penat. Aku mintak medium done so kira ok sesangat tak de lah rasa cam selipar getah kan. Lembut je masuk ke tekak. Mashed potato memang cukup rasa, tak yah gravy pun ternyata dah sedap. Sos pun kena lah

Birthday boy makan Rib Eye (2 ribs) RM50

Nasib baik tak order kat 5 ribs kan. 2 ribs ni pun dah semput Mr Big nak abis kan. Lembut sungguh, orang tak de gigi pun leh makan. Nampak cam banyak lemak but sket je, lelain semua daging. Dia memang kagum dengan pisau yang ada, potong sket je memang tajam. 

Buffalo Hot Drummet RM18

Order ini untuk kudap-kudapan je sebelum main course sampai, tak pedas langsung but terasa paprika tuh bila makan. Cicah plak dengan sos putih yang aku sampai sekarang tak leh nak figure out apa yang diorg campur dalam ingredients tu kan. 

Coke Float dan Mango Juice

Mango juice yang dalam kotak punya oklah. Coke float pun sama macam yang kat luar punya but portionnya je yang banyak.

Medium well, nampak je cam kering but juicy sesungguhnya

Birthday boy makan dengan gembiranya

Dessert ktorg tak order pun coz pas tu nak pi time lain plak untuk tea time. Teruk kan tembolok memasing makan nak sedap je lah.


Seronok hang out kat sini. Cozy je rasanya. Masa ktorg sampai tu baru je abis time lunch so tak ramai sangat orang lah. Ada jugak hidangan set lunch yang not bad murah harganya. 

Hah, sibuklah tu nak tanya kat mana kedai Meatworks ni kan. Hah check it out kat website diorg ni. Siap dengan menu sekali. So korang leh lah budget nak makan apa kat sini kan.



MeatWorks Restaurant @ Citta Mall
Jalan PJU 1A/48, PJU 1A
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
T +603 7832 0871


Sekali sekala jadi karnivor kan tapi rasanya cam selalu je aku bedal western food ni lah.

CLP notes : Kenyang kenyan kenyang kopak..kahakhaka alah biasalah tu kan..









Lot 26, 27, Ground Floor, Citta Mall @ Ara Damansara

16 comments:

Cik Rose Cute said...

emm sedapnya...follow sini..

Ma'am IEDA said...

Untuk yang tersayang. OK jer kalau 'kopak' pun... kuikuikuiiii..

KiD said...

waahhhh... terbaik lah rib eye dia.. tak sebesar TGIF.. wow!!

madammondoq said...

sesekali kopak utk org tersayang apa salahnya kan.. ;)

Hazey said...

Ayooo leleh ayaq liuq tengok kesedapan steak tu.. harus diterjah..

hazman aka species1980 said...

HURMMM... menarik nie... kalau dapat peluang buat FOOD TESTING .. mesti best kan...

isabelle said...

happy belated birthday,mrbig.

banding dgn tony romas, mana lg sedap, lily?

MaryaYusof said...

HAppy Birthday Mr Big!

Cute je buat mcm tu... Sedapnye yg sirloin ciklily tu... terliur :)

SURIA AMANDA said...

kena pandai pilih menu yg betul2 sedap..cer try satay dia..besor2

CikLilyPutih said...

@Cik Rose
oo TQ so much

CikLilyPutih said...

@Ma'amIeda
ye betul, sekali sekala kopak

CikLilyPutih said...

@madam
ye btulllll

CikLilyPutih said...

@Hazey
ye meh terjah tau

CikLilyPutih said...

@Belle
aku suke yg ni. tony romas rib dia kering sket lah

CikLilyPutih said...

@Marya
memang terbaek sungguh

CikLilyPutih said...

@suria
ye ke? ok ok next time nanti cuba ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails