Monday, June 8, 2015

VIET-THAI CANTEEN CYBERJAYA, Mencuba Rasa VIETNAM FOOD

Hi Korang,


Makan memanglah aku suka tapi makanan Vietnam? Ermm sedap ke kan.


So minggu lepas, dapatlah Cik Lily Putih merasai makanan Vietnam ni atas jemputan Viet-Thai Canteen di Cyberjaya yang baru sahaja di buka April 2015 lalu.

apsal aku cam gedik plak aku tengok kan.. ishkk

Of courselah tak kan nak pi sorang pulak, haruslah bebudak geng #BloggerKakiMakan join sekali sebab diorang pun dapat jemputan jugak, tak de lah rasa cam alone + loser kan ehheheh

Simple je environmentnya.





Kedainya luas, bersih dan lagi terang jadi nak ambil gambar pun senanglah tak yah nak keluarkan lampu-lampu spotlight bagai.




Mehlah kita tengok apa yang menjadi hidangan pada malam tuh. Di sebabkan portion makanannya agak besar, ktorang dihidangkan dengan saiz yang kecil sedikit tak delah makanan berlebih-lebih banyak kan

Minuman

Iced Tea – RM2.50

sedap, tehnya pekat. Rasa unik tu tetap ada tak sama langsung macam teh ais kat tempat kita ni


Ca’ Phe Den Nong 
(Vietnamese Hot Black Coffee) – RM3.50

Specialnya kopi ni di import dari Vietnam sendiri dan tengoklah cara sediakan kopi o ni mengikut cara orang-orang di Vietnam minum.

tuang dulu kopi ke dalam filter

nampak tak, ianya menitis jauh ke dalam cawan

tada, dah siap tambah susu dan terus minum

Nasib baik Zahin ajar ktorang casra nak minum kan. Walaupun aku ni penggemar tegar kopi tapi kopi drip ni, first time aku minum

Pembuka Selera (Appetizer)

Vietnamese Rice Paper Roll

Makanan ni lebih kurang macam makan popia basah je tapi kita kena buat sendiri, Zahin sediakan bahan-bahan dan kita buatlah. Bahan-bahan letak sendiri ikut tekak la kan.

basahkan dulu paper rice ni

ok susun bahan-bahan semua

tada, dah macam epok-epok 4 segi pun ada gak kan

jemput makan popia basah Vietnam saya yang hodoh tuh tapi sedap tau

Basahkan paper rice then letak bahan-bahan kemudian gulung macam ala-ala popia. Then terus nganga mulut makan lah tapi make sure paper rice basah-basah sampai lembut. 

Gai Tod Hat Yai 
(Hatyai Fried Chicken Wing) – RM8.50 (2 pcs)
&
Gai Hor Bai Toey (Pandan Chicken) – RM7.50 
&
Tod Man Pla (Thai Fish Cake) – RM7.00 

Somtam

Kerabu betik yang sangat sedap, ada rasa pedas-pedas sket. Gaul-gaul dulu then makan lah

Mee (Noodles)

Pho Bo (Vietnam Beef Noodle Soup) – RM10.00

Pho Ga (Vietnam Chicken Noodle Soup) – RM9.50


Siamese Laksa – RM8.50

Hidangan Utama (Main Dish)

Com Tam Cuu Nuong Xa 
(Vietnamese Grilled Lemongrass Lambchop) – RM12.00

Com Tam Dui Ga Nurong Xa 
Vietnamese Grilles Lemongrass Chicken Leg) – RM11.00

Hah itulah dia beberapa hidangan Vietnam yang aku rasa sedap lagi unik. Memanglah nampak cam sama apa yang ada kat tempat kita ni tapi keunikan dan cara diorang masak tu yang awesome kan

kami #BloggerKakiMakan bersama Zahin, pengurus Viet-Thai Canteen

Kalau korang nak singgah, ni hah tempatnya

VIET-THAI CANTEEN 
No. 6, Block E, Jalan GC 4 Glomac Cyberjaya,
Cyber 12, Cyberjaya


Telephone:  03-8322 6986

● Open: Monday - Friday » from 10:30am till 9.30pm
● Open: Saturday » from 10:30am till 7pm
● Closed: Sunday

Landmark : Tempat ni sebelah belakang area Glomac Cyberjaya ni. Kalau dah nampak kedai Pelita Nasi Kandar hah dah betullah tuh. Kedainya sebelah belakang. Parking melambak so jangan risau ek.

Of courselah aku akan kemari lagi sebab sedap kan!

8 comments :

::EIDA:: said...

erkkk kenyang tgok gmbr je. sib baik baru lepas lunch. HHAHAHHA

Farah Waheda Wahid said...

pergi kali kedua jom ngedate pulak...ha ha ha... kak ly kalau review pasal makan memang terbaik dan mampu buat I is terliur tengok gambar-gambar...ha ha ha...

Jueliza Jamani said...

sama nak datang lagi..

Kak Vit said...

wahh! wajib try ni..dekat dah dgn rumah. tapi tak penah gi sini lagi.. hihi..

Sally Samsaiman said...

Pho Bo! Sedapnyaaa...lama tak makan...huhu...jauh la haiii cyberjaya... Hihi

Maria Firdz said...

som tam... lama tak makn... huhu...

hazman fadzil said...

Kopi vietnam nie memang buat kita teruja kejap bila tengok prosesnya depan mata....Dan mostly makanan kat sini memang simple dan mengenyangkan....

aksarafendi said...

area bank rakyat tu ke?