Thursday, June 11, 2015

RESIPI Spagethi Tomyam Simple Dengan Sos Pasta KIMBALL Ciptaan Khas Dari Saya

Hi Korang,


Cakap dengan aku siapa nak masak menda-menda yang susah kan? you tell me lah. 



Zaman sekarang ni semua nak cepat nak mudah, rasanya kalau ada makanan yang tak yah nak kunyah terus telan je mesti ramai yang nak buat kan. 

Tengoklah bini-bini zaman IT ni malas benau ek, eh eh eh bukan malas wokeh nak cepat lah so ada lah masa nak update blog kan time malam-malam tuh hahahahhaha


Aku tertengok video kat youtube pasal pelakon Yasmin Hani mencuba masak spagethi tomyam dengan menggunakan sos pasta Kimball ni. Ye wei, sos pasta ni baru je launch bulan lepas kat Sogo. 


Lepas tengok video tuh, terus rasa cam senang pulak masak spageti tomyam ni kan. Balik kerja hari tuh, terus singgah kedai Mael Save sebelah Sate Baung tu beli barang-barang.

Meh aku tengok bahan-bahan dan cara memasaknya kan

Resipi Spagethi Tomyam Seafood Kimball

Bahan-bahan


Bawang merah - di hiris
Bawang Putih - dihiris
Serai - di hiris
Daun limau purut - 2-3 helai sudah
Sotong
Udang
Spagethi Kimball
Sos Pasta perisa Tomyam Kimball

Cara memasak

1. Tumis bahan-bahan yang dihiris seperti bawang merah danbawang putih hingga naik bau 


2. masukkan serai dan daun limau purut dan tumis lagi sampai harum semerbak dapur korang kan.


3. Masukkan udang dan sotong, kacau sampai masak tapi jangan lama sangat sebab takut sotong jadi liat pulak nanti. Kalau nak letak makanan laut yang lain pun boleh dongg. 





4. Nampak cam dah ok je tu masukkan sos pasta perisa tomyam Kimball ni ek, kacau sebati. Alah kacau ikut suka korang lah, ada aku kisah hahahaha


5. Rasa garam cukup ke tak, ikut tekak korang lah. Tak kan nak letak 2 sudu pulak kan. 

Ermm siap dah!!!

La lupa nak bagitau sebelum tuh, korang bolehlah rebus spagethi ni kan. Kurang-kurang 8 minit gituh lah. Tapi aku pulak, kalau dah rasa al-dente bolehlah angkat dan toskan. 


Al-dente tu rasa cam kenyal-kenyal sesedap rasalah. Tak keras sangat dan tak lembik. 


Inilah dia Spagethi Tomyam Kimball


Mudah, senang, tak banyak bijik butir. Kalau kira betul-betul tak sampai 10 minit boleh siap kuah spagethi ni. Janji bahan-bahan dah siaplah kan..


Nanti aku nak cuba pulak masak sos pasta Kimball yang perisa Kari dan Rendang, confirm-confirm lagi sedap punyelah maklumlah ikut tekak orang Malaysia kan. 

Cubalah

Sedappp oooo....





6 comments :

mama tisya said...

mcm2 jenis sos spaghetti...biasa guna yg carbonara je sbb fav anak dara

eynda said...

Hari tu ada nampak masa beli brg dapur...memang utk tekak orang Malaysia ni hehe...

Diana Rashid said...

Lama tak beli ni...hari tu beli 3tiga dah habis..sedap sanagt..

hazman fadzil said...

Haaa.....baru tahu yang kimball pun ada keluarkan spaghetti diorang sendiri yekkk... bagus laa...combine guna semua bahan kimball sekaligus...bagus marketing diorang nie

Puteri Beribiru said...

jimat masa sediakan hidangan ni..hehe

nanieybarnieylurviey said...

Sedapnye!!!! Confirm kena try ni..