Monday, June 29, 2015

Demonstrasi Memasak IDEAL® bersama MasterChef Dato’ Fazley Yaakob

Hi Korang,

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan musim Raya kali ini, MasterChef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob memberi inspirasi kepada kita untuk menyempurnakan resipi ciptaan istimewa yang menyelerakan dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®. Beliau menyediakan beberapa hidangan inovatif yang pasti menambat selera dan menarik perhatian pengunjung Tesco Extra Mutiara Damansara baru-baru ini.


Di acara tersebut, Chef Dato’ Fazley yang memenangi MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, penyanyi, usahawan, penceramah motivasi dan bapa kepada 3 orang anak berkata, “Saya belajar memasak daripada dua wanita istimewa dalam hidup saya – nenek dan ibu saya. Mereka sentiasa memberi inspirasi dalam pelbagai cara dan satu daripadanya ialah keupayaan mereka untuk mencipta resipi dengan penuh kasih sayang. IDEAL® sentiasa dekat di hati kerana ibu saya telah menggunakannya sejak saya kecil. Menerusi kerjasama dengan IDEAL® Ramadan ini, saya telah mendapat banyak maklum balas menggalakkan daripada peminat saya bahawa resipi ini telah membantu mereka dalam merancang juadah Ramadan tahun ini. Saya gembira kerana dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk mencuba resipi yang inovatif dengan IDEAL® .”

“Sebagai anak jati Negeri Sembilan yang mempunyai pendedahan dalam bidang patisserie dengan institut Le Cordon Blue di Paris, saya sentiasa mencari idea untuk menerapkan unsur kreatif dalam masakan saya. Matlamat saya ialah untuk menyajikan ciptaan yang lazat dan menepati cita rasa Malaysia, tetapi dengan sentuhan tersendiri. Seperti Lempeng Butterscotch dengan Strawberi yang saya sediakan hari ini, saya mendapat inspirasi daripada Penkek Barat dan mengubah suai resipinya supaya menjadi lempeng kegemaran tempatan. Perbezaannya ialah saya menggantikan Karamel yang biasa digunakan dengan Gula Melaka yang digandingkan dengan IDEAL®. Untuk menambah kelazatan dan menyempurnakan manisan ini dengan penuh berkrim, saya sudah tentu gunakan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®,” tambah Dato’ Fazley. 


Memandangkan musim perayaan akan tiba tidak lama lagi, Dato’ Fazley berkata, “Saya gemar menyediakan juadah istimewa untuk menceriakan keluarga dan tetamu yang datang bertandang rumah. Puteri Mandi ialah contoh manisan yang akan saya sediakan khas dengan Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, untuk menggantikan santan, bagi menambah rasa penuh berkrim dan aromanya. Saya menghargai detik-detik kita dapat berjumpa dan bersantai sambil menikmati keenakan juadah dan mengeratkan silaturahim. Lebih bermakna lagi jika kita dapat berkumpul untuk menyambut ketibaan Syawal memandangkan pada waktu lain saya sibuk dengan pelbagai tugas saya.”


Mengulas mengenai kerjasama dengan Dato’ Fazley, Ketua Kategori, F&N Dairies, Cik Eileen Chan berkata di acara tersebut, “Dengan IDEAL®, kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan hidangan sempurna yang dihidangkan dengan penuh cita rasa dan menyerlahkan daya kreatif untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan sahabat handai. Dato’ Fazley sememangnya seorang chef yang inovatif. Kami amat menghargai bakat dan komitmennya untuk menetapkan piawaian baru dalam santapan yang menambat selera.” 


IDEAL® bersama dengan MasterChef Dato’ Fazley telah menjayakan demonstrasi memasak di pasar raya Giant Batu Caves Mall dan Mydin USJ Mall sejak awal Jun 2015 untuk berkongsi pelbagai resipi istimewa yang dicipta bersama IDEAL® sempena dengan musim perayaan; lantas membuktikan keunggulan jenama kegemaran ramai ini sebagai teman sejati untuk memberikan rasa dan tekstur lemak berkrim bagi menyajikan masakan dan manisan enak yang tiada bandingan, baik digunakan semasa membuat kek untuk majlis istimewa, pembuka selera, minuman, manisan mahupun untuk hidangan utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, sila layari www.fndairies.com.

No comments :