Tuesday, June 9, 2015

Buat Rawatan IPL Untuk Hilangkan Bulu Ketiak Di TRUE HARMONY SPA Putrajaya

Hi Korang,



Ini kira kali kedua aku ke True Harmony Spa ni. 


Yang dulu aku buat facial untuk cantikkan muka, tak delah terus cantik macam Neelofa pun kan, sekadar hilangkan parut-parut jerawat tu memang terbukti tau.


Kali ni aku nak cuba treatment hilangkan bulu ketiak dengan menggunakan kaedah IPL (Intense Pulsed Light) iaitu satu kaedah pembuangan rambut separa kekal menggunakan penapisan saluran cahaya impuls bagi menggugurkan bulu daripada akar. Dalam masa yang sama, keadah ini juga membantu memutihkan pigmentasi kulit serta membantu mengurangkan masalah pertumbuhan bulu dalam kulit. 

mesti kena consultation dulu ek

Memula tu rasa segan jugak, yelah ko tunjuk ketiak kat orang lain selain daripada laki ko of courselah malu tapi beautician Huda tu rileks je. Dia cakap alah dah biasa tengok so apa nak di segankan. 



Untuk kaedah rawatan IPL ni, Spa True Harmony menggunakan mesin IPL Nanno iPRO yang di import khas dari luar negara. Korang boleh refer kat gambar bawah ni bagaimana mesin Nanno iPRO ni menjalankan tugasnya ek



Paham dah kan? Ianya bukan rawatan laser wokeh cuma sinaran lampu sahaja yang dikeluarkan daripada mesin tersebut. 

Mari mulakan treatment.


Memula kenalah bersihkan ketiak korang tuh, macam muka jugak. Kena cleanse, kena cuci ketiak tuh, hilangkan daki-daki. Kemudian pada ketiak tuh, di sapukan sejenis krim yang agak sejuk. 


Barulah rawatan di mula kan, ada alat yang di halakan kepada ketiak dan satu cahaya akan terpancar kepada ketiak kita. Memang tak de rasa sakit pun langsung, kecuali kalau liang roma pada ketiak tuh ada 2-3 bulu sekali keluarkan. Itu je rasa sakit sket.


Masa treatment tuh, aku bantai tidur je sebab tak de apa nak buat. Mana boleh bukak mata, silau tuh. Sedar tak sedar dalam masa 20 minit treatment pun selesai pada kedua belah ketiak tanpa aku sedar pun, nampak nau buruk tidur kan.

Ermm rasa licin je ketiak lepas treatment IPL ni, tapi bukan sekali treatment dah confirm bulu ketiak tak tumbuh kan. Kata beautician Huda at 3-4 kali treatment barulah seronok sket, lagi terserlah kelicinan ketiakmu itu. 


Ini adalah gambar testimoni mereka yang telah jalankan rawatan IPL ni. Nampak ke bersih je ketiak orang ni. 

Selain daripada rawatan IPL, korang jugak boleh buat facial, slimming even spa pun boleh di True Harmony ni. So orang-orang yang dekat dengan Putrajaya ni bolehlah singgah ke mari ek.


True Harmony Spa Putrajaya
No.83, Jalan Diplomatik Presint 15,
Putrajaya.
Tel: +603-8890 4833, +6019-370 4833




Boleh datang buat skin analisis dulu dan discuss pasal pakej yang bersesuaian dengan rawatan yang korang nak buat. Ok nanti aku sambung lagi, pasal facial menggunakan IPL ni ek.

2 comments :

yana yassin said...

Waaah , cuci ketiak pun bagus gak nie . kos nya berapa neng ?? hihihii.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

akak dah pg lagi ye?
ila busy tak sempt2 pegi