Thursday, May 2, 2013

Bila Memandu Dalam Keadaan BUTA

Hi Korang,

Boleh ke driving dalam keadaan BUTA?

Gila korang, mane boleh.

Tapi itu yang aku alami pagi tadi ye. 1 jam yang lepas.

Nie gara-gara nak buat passport international. Aku nak pi renew pagi tadi kat Immigresen cawangan Kajang ni. Bila baca rules dan apa patut bawak, dalam hati cakap x perlah semua bole buat kat kedai depan Immigresen Office tuh.

Sampai dalam pukul 7.00 pagi camtu. Que barisan tak berape panjang so aku pilah kedai amik gambo depan ni. Tup-tup dia suruh bukak lens coz Immigresen gambar orang yang pakai contact lens. Ermm pelik plak, sampai cam tu sekali Immigresen belek muka aku ek. Agak-agak jerawat dia kira tak?

Ok fine, ikut aje.

So aku perasan ade solution dan casing kat tepi sinking tu, so bukakah dan letak solution tu sket. Hah ko bila pakai balik, ya ampun pedihnya mata yang amat. Menggelupur sekejap dibuatnya. Rilek 2 minit, cuba balik bertambah sakit lagi.

Bila tengok balik, itu bukan solution tapi multi infection solution yang macam pembasmi kuman untuk tangan tuh. Apa lagi mengamuklah aku kejap. Eh, amoi tu boleh cakap u x baca ke kak, itu botol ape, ini bukan salah saya.

Agaknya memang salah aku kot, malas nak argue panjang nanti masuk dalam youtube plak dah naik plak rating www.ciklilyputih.com kan. Terus je aku blah dari situ. Tak sempat nak buat keek lah.

Lepas amik no kat kaunter, few minutes lepas tu system down plak.

Cercepat blah dari situ dah terus pi klinik.

Cuba korang bayangkan, memandu dalam keadaan mata kurang daripada 600 power. Haruslah kelabu je dunia. Memang langsung tak nampak apa-apa, samar je.

Otak terus berputar memikirkan jalan yang aku hafal setiap lekuk lubang dan bumper kan. Baca bismillah bebanyak sepanjang jalan tuh.

Halangan pertama, nak turun ramp dari tingkat 4 ke bawah. Berpandukan arrow merah tanda keluar tu aku follow je slowly. Nasib baik x de kereta. Ok berjaya tanpa luka-luka geseran kan. Masuk jalan biasa tu yang start mengelabah tuh. Memang lampu traffic banyak membantu aku. Segala bumper yang tak sempat ingat, aku langgar je.

Dan sampai klinik dengan selamatnya dan terus masuk emergency room.

Doctor check sekejap dan proses pencucian berlaku. Abis 2 botol saline doctor tu guna. Basah-basah baju dibuat dan macam mandi plak kat klinik tuh. Lepas dia check semua, nampak cam ok. Terus dia bagi ubat untuk meredakan mata tuh.

So dapatlah rehat satu hari. Doctor siap nak anto balik lagi tapi x per coz klinik ni dekat dengan umah. Sambunglah drive balik ke rumah.

Now tengah rehat lepas sapu ubat kat mata. Nasib baik menaip pakai ipad kira boleh dekatkan kat mata, kalau guna laptop rasa cam guling plak kan.

Betullah pengalaman mendewasakan kita, serik dah dibuat. Aku x boleh bayangkan kalau pancaindera ini betul-betul tak de. Tak boleh nak digambarkan kegelapan yang bakal aku lalui.

So korang, beringatlah ye. Jangan jadi cam aku ni. Mata ooo kalau dah tak de, ingat boleh cari kat kedai spare parts ke.

Ok nak berehat now, doakan aku sembuh ye korang...






8 comments :

Dilakochan said...

Alamak kak! Yeke gambar passport xleh pakai lens?

Dh la selasa lepas pegi imegresen putrajaya, depa kata xleh guna gamba passport Bground biru, Kene putih! T___T (Kt putrajaya shj)

Gagah balik adobe kan gambar tukar bground. Ingat nk pegi balik esok cuci. Klw x leh pakai lens. Banyak koje nk snap gambo lg. Adoihhhh...

Hazmin Hamudin said...

Fuh.. Memang keadaan yang mendebarkan ni. Rasanya sebelum letak tu kena tengok dulu kot cecair apa.

sohoque said...

mak ai!!! bahaya betul tuuu!!! apesal tak mintak tlg kawan jer?

ishak said...

moga cik lily cepat sembuh. betul2 gamble tu yer...!

YaNa Yassin said...

Ya Allah, menakutkan. Nasib baik tak jadi teruk. Tapi dulu kita buat boleh plak pakai lens tapi yang tak color lah. Lepas pulak.

shila azizi said...

Semoga kak lily cepat sembuh...next time need to be extra careful ye kak..

Mia Liana said...

alahai kesiannya.... semoga cepat sembuh ya..

hazman aka species1980 said...

Get well soon beb...banyakkan rehat yea