Monday, May 27, 2013

Semalam Di Kota Singa

Hi Korang,

Last 2 week aku dapat media invitation ke Singapura.

isi kad putih dulu ek kata mak aku

Oit jauhnya jalan, alah orang dah invite so haruslah pergi, lagipun dapat release tension sket daripada keje kat opis yang tengah melambak-melambak tu kan.

haruslah live update kan

Pergi tak naik flight pun but naik Odyssey Coach dengan main stream media yang lain. Gather kat Plaza Mont Kiara dalam kul 8 am then we start the journey.

makan sambil tengok Istanbul Aku Datang

Ini first time aku naik coach sebegini untuk jalan jauh, selalunya drive or fly. Memang betul-betul luxury bus. Selain ada personal TV setiap seat dan FREE WiFi on board, ktorg di layan baik sekali oleh sorang steward yang best. 




Dialah yang siapkan makan, bagi bantal, bagi earphone, sekejap-sekejap tanya nak minum ke tak dan memacam lah. Pendek kata di layan bak puteri raja sungguh.

Dalam masa 3 jam, ktorg dah pun sampai ke Checkpoint 2nd Link kat Gelang Patah untuk masuk Singapore. Proses immigresen kat sini tak lama coz ktorg Malaysian kan, senang sket.  Kat Singapore Immigration tu yang lama sket, maklumlah nak masuk negara orang kenalah ikut undang-undang diorang. Tak boleh amik gambo kat sini ek, nanti kena tangkap.

cantik biliknya

Sampai Orchard Parade Hotel, rehat-rehat kat bilik dan bersiap untuk ke Goodwood Hotel untuk CHARRIOL event kat sana.

amik buat kenang-kenangan

Untuk CHARRIOL event, aku citer entry lain ek coz banyak nau gambar yang cantik.

Hujan uolss..

Lepas dinner, aku ikut bebudak media ni jalan-jalan di Orchard Road. Dengan hujannya plak malam tu, ktorg tetap gak nak berjalan kan. Rasanya lebih 5km ktorg berjalan kot. 




Orchard Road tu terlalu panjang kalau nak berjalan, ktorg dapat cover sket. Masuk shopping complex sana, keluar shopping complex sini. Adoyai, tak menahan mata coz harga barang-barang jauh lebih murah dari KL.

tengok kawan aku dah shopping pun

Geram tau.. Untuk legakan perasan geram tuh, ktorg duk lepak kat Coffee Bean sampai tengah malam, yelah balik bilik pun tak de buat apa pun kan.
tak boleh swim, hujan la

Second day tu, cilik mata je selak langsir tup-tup hujan lagi. Ishk potong stim betul lah. Turun breakfast dulu, kenyangkan perut ye. Some of the media pi interview session kat Marina Bay Sand, yang ktorg plak pi ronda sekali lagi Orchard Road ni. Dalam hujan renyai ni sanggup berjalan kan, nak pi shopping.

flip flop, short, t-shirt barulah selesa berjalan

cantik arc diorg ni ek

Dengan berbekalkan duit yang dah ditukar siang-siang kat KL hari tuh. Dapatlah aku beli flip flop H&M (murah giler SGD7 je), tote bag, t-shirt, fridge magnet, parfume, benda-benda weird dan memacamlah. Itu pun ada hati lagi nak tukar duit kan, ishkk geramnya menyesal tak tukar duit bebanyak hari tu tau.


one of the model for iON orchard, perasan sangat ye

amik gambo je, beli tak berape mampu laGi

Lunch sekejap kat ION Orchard ni, then balik hotel packing barang. Dalam kul 3 camtu ktorg dah pun keluar dari 2nd Link Checkpoint. Hah apa lagi, dalam coach layan movie dan terus tertido. Sedar-sedar abang steward kejut bangun makan. Bedal tak ingat coz lapo sangat kan.

yang berdiri belakanG tu, abanG steward la

Sampai KL Sentral dalam kul 6.30pm cam tu, terus naik komuter balik Bangi ek.


Overall walaupun journey tu singkat je but I do make new friends along the way. Dapat kenal bebudak media yang gila-gila, dapat kenal oversea media (networking tuh), dapat berjalan, dapat shopping dan yang penting dapat release tension.

Kengkawan media Athira (Jelita), Syardean (Maskulin) dan Muzz (InTrend) thanks coz bagi aku ikut korang jejalan ek.

Thanks Jenny, Wei Yan dan CHARRIOL team for this special invite. Really appreciate that. Hopefully kalau ada event cam ni jangan lupa ajak aku ek



6 comments :

Farah Waheda Wahid said...

release tension jap kan? *_^

JaSSNaNi said...

bestnye cik lily...
ke kota singa ye... :)

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP....seronoknya dpt ke singapore...;)

Amanda Suria said...

Bestnya cik lily..x sabar nk tunggu oct..SA pi spore bawak dania....

Bro Framestone said...

Ohhh kena ada passport juga ke?

hazman aka species1980 said...

Memang sungguh cool bila dapat naik bus mewah yang eksklusif nie...nak try gak la nanti