Wednesday, May 29, 2013

SIMPLOT Bloggers Cook Off Competition

Hi Korang,


Aku memang tak berapa pandai sangat masak-masak ni but untuk makan berdua tak jadi masalah coz Mr Big ni sempoi, apa yang terhidang untuk yang dia bedal. So far so good ada gak la complaint sket-sket but I ok je.

Dan aku memang tak sangka boleh join SIMPLOT Bloggers Cook Off ni. Pada mulanya diorg call untuk cover event je, then 2-3 hari sebelum hari event diorg call lagi suruh aku jadi contestant plak.  Hah mengelabah kejap, then Mr Big cakap ala masuk jelah tak yah nak kira menang janji boleh masak orang boleh makan dah ler.

Tak prepare apa pun, resipi pun hentam keromo je. Ingat dalam kepala otak.

Ms Ong E-Laine (Simplot) kasi speech sket

Sesampai je kat B.I.G (Ben’s Independent Grocer) Publika ni, ya ampun ramainya orang. Ingatkan pertandingan biasa je rupanya siap masuk TV bagai wokeh. Aku dengan baju keje yang comot, nak tak nak pi jelah.


Ada 8 contestant iaitu Kelly Siew, Jennifer Khoo, Tammy Lim, Ng Choi Yen, Asliza Yusoff, Muhammad Falihin, Azatulsheeda Azman dan aku lah. We know each other so tak de lah rasa segan sangat.


Judge hari tu terdiri daripada  para pakar kulinari terkenal - Chef Poobalan daripada Simplot,Dr. Sidney Kan, Presiden Persatuan Kulinari Malaysia dan  Dato’ Fazley Yaakob, pemenang  MasterChef Selebriti yang pertama di Malaysia. Seram kan tengok judge ni semuanya memang hebat bab masak  memasak ni.

Ok rileks jap


Memula ktorg di perkenalkan dengan Philips AirFryer. Satu tools deep fry tanpa menggunakan minyak. Senang je caranya tapi aku tak sempat nak guna coz terlupa hehehehe. Kelakar kan.


Ni yang best part ni, ktorg diberikan RM88 untuk membeli barang keperluan memasak untuk hari tuh. Shopping di B.I.G memang seronok. Barangan tersusun rapi, barangan segar satu tempat, kering satu tempat. Memula agak kelam kabut gak but sekejap je, lepas tu dah expert cari barang dalam masa 30 minit. Memacam barang yang korang tak pernah jumpa di supermarket biasa ada kat sini tau. Shopping penuh gaya coz asal pilih barang je ada je cameraman amik gambar kan dah macam selebriti pun ade gak. Hehehe


Sudah 30 minit dah berlalu, its time to cook. Aku masak Spaghetti Bolognese SIMPLOT Ball. Aku gantikan meatball tu kepada Simplot Ball. Apmacam kelas tak idea? Semuanya aku create dalam kereta on the way balik kerja a day before.


Idea nampak mudah but executionnya ya ampun sengsara. Banyak step yang aku kena buat, berbekalkan 1 stove dan tools yang terhad aku harungi jua. Sambil masak tu judges ni duk ronda-ronda kat dapur ktorg bagi tips, tanya soalan dan memacam lah. Dr Fazley best dia ajar aku step nak masak Simplot ball tu dengan cepat. Menjadi oo tips tuh.



1 jam berlalu, semua dapat hidangkan semua makanan kecuali aku coz terlambat rebus spaghetti.  Jadi aku tak hidangkan, dalam hati cakap tak perlah bukan nak menang pun sekadar suka-suka je.  Time makanan aku kena judge, ada few komen membina dan negative komen pun ada. Tak per aku suka coz semua tu ilmu.

Acara penyampaian hadiah jeng jeng jeng..


Tempat pertama - Jennifer Khoo (www.chasingfooddreams.com)

Tempat kedua - Kelly Siew (www.kellysiewcooks.com)

Tempat ketiga - Asliza Yusoff (www.mothercooks.blogspot.com)

Diorang ni dapat wang tunai, trofi, peralatan Philips dan produk Simplot. Bestnya memanglah diaorg ni terror masak kan. Tabik spring aku kasi lah.


Ktorg yang berlima ni pun menang gak tau, dapat peralatan Philips dan produk Simplot. Kira ok apa, janji dapat hadiah kan. Sukalah.

with Dr Sidney, partner in crime masa Nissan almera roadtrip taHun lepas

tinggi Dato Fazley ni kan, lembut je bila cakap tau. cair dibuatnya



Terima kasih kepada team Simplot for this special cooking competition ye dan tak lupa Philips kerana hadiah yang awesome dan B.I.G (Ben’s Independent Grocer) yang sudi bagi ktorg masak di supermarket yang superb ni.  Peluang macam ni memang tak harus dilepaskan. Really build up my confidence in front of audience.


Balik rumah Mr Big cakap bertambah koleksi barang elektrik kita ni, abis yang bawah katil tu sapa nak pakai kan. Termasuk yang ini aku sudah ada 5 blender yang belum pakai lagi, jawabnya sesiapa kawin nanti aku hadiahkan kat korang la ye.

Nak resipi Simplot Ball tuh? Nanti aku kasi ek..


15 comments :

Farah Waheda Wahid said...

dah lama tunggu entry ni...ekekekekee... takper yang penting mencuba...tapi nampak akak masak sedap jer...

KiD said...

ahhaaaa... lupa nak cakap sebut nama KiD. kalo tak.. mesti dapat trophy.. hehehe

Nabeel Fikree said...

Hahaha sempoi je kan akak ni. Walaupun tak menang, tapi pengalaman bertambah ye dokk?

Nabeel Fikree said...

Hahaha sempoi je kan akak ni. Walaupun tak menang, tapi pengalaman bertambah ye dokk?

SheedaAzman said...

terbaikk...

JaSSNaNi said...

cik lily putih...
wahhh TAHNIAHHHH!!!! suker tengok hasilnya.. mmg nampak sedap.. decoration pun menarik.. ok la tu janji dapat hadiah.. berbayar juga hasil titik peluh kan.. :) ape pun saya pun suka masak2.. :)

Alin Marlini said...

bestnye cik lily tak menang pun dpt hadiah dn plg manis ada dato' Fazley tuuu...hehee

Liz said...

Perghh, best! Kak, saya takde nak kahwin lagi tapi kalau nak bagi blender sebijik, saya terima je. Hihihi

Izzuddin Fauzi said...

Seronoknye dapat join... Tak memang pun x pe ^_^

Food Dreams said...

nice to meet you in person! :)

I think everyone there is a winner that day cos we all cook with our heart...

look forward to seeing you more ya... :D

Eliss Mie said...

wahh syoknya event masak memasak ni. nampak sedap tu...

meh laa kat aku barang free tu dr terperuk bawah katil. keh keh keh

Azi said...

nampak mengancam jugak makanan yg dimasak tp rasa xtau ler..hihi

hazman aka species1980 said...

Whoaaa.... lepas nie boleh la jamu aku makan spagetti yea... p/s : Baru tahu nama chef nei HADIJAH....

Mieza said...


Salam Lily...mieza dari When a working mother cooks..hari tu kita share cook station...wahhh jumpa gak kat sini..mieza follow tau..kenapa hari tu balik awal sangat..tak sempat nak minta no phone..

Aku Penghibur said...

wahhh seronoknye :) dpt join event cm gini