Tuesday, May 7, 2013

[REVIEW] Nature Republic Blackhead Brake


Hi Korang,

Thanks to OnlyBeauty coz sudi kasi aku peluang untuk review barang baik ni

Aku baru je pi collect 3-Step Kit dari Nature Republic di Berjaya Times Square sama-sama plak deng budak almari jambu nie

So inilah dia BLACKHEAD BRAKE 3-Step Kit


Actually produk ni berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan minyak-minyak yang terdapat di liang pori-pori kat hidung kita ni. Ianya juga membantu untuk membersihkan kulit, memberi khasiat dan melindungi kulit daripada melarat.

Terdapat 3 jenis bahan iaitu

Pore-opening toner (30ml)

Sebum-cleaning nose pack (50 ml)

Pore-tightening serum (30 ml)

Amat sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak macam aku

Cara nak guna Nature Republic Blackhead Brake 3-step Kit ni senang je. Meh tengok cam ne aku gunakan ye


1. Cuci muka dulu, sebersih mungkin lah



2. Sapukan Pore-opening toner ni  kat hidung korang so liang-liang pori akan terbuka, jadi senang lah segala jenis daki nak keluar.


3. Kemudian sapukan Sebum-cleaning nose pack kat batang hidung macam korang pakai mask tapi kat hidung je. Sapu setebal mungkin lagi bagus. Ianya akan menyerap ke dalam liang pori yang terbuka tadi dan boleh terus menyedut kotoran degil tu semua ye



4. Biarkan kering selama 10-15 minit cam tuh. Sementara nak tunggu tu boleh korang buat keje lain




5. Bila dah kering, korang kena tanggalkan nose pack tu dengan cara menarik dari bawah ke atas. Jadi banyakla yang boleh tertanggal kan. Tapi aku buat terbalik plak, dari atas ke bawah. Alah tak perlah first time cuba, so next time tidak lagi.


6. Last sekali, sapukan Pore-tightening serum kat hidung supaya liang pori kat hidung tu akan tertutup dan  tak de dah kuman masuk kan.

Barulah hidung cantik hehehehe

Memang ianya 3-step kit tapi aku biasalah PROPA je lebih untuk sedapkan ayat. Blackhead Brake ni elok digunakan 2 kali seminggu untuk menampakkan kesan yang baik.

So korang yang ada masalah whitehead or blackhead ni aku syorkan gunakan produk ni. Hasilnya amat memuaskan hati aku.

Nak dapatkannya? Moh ke Nature Republic Outlet yang berdekatan dengan korang.



Facebook Page: Nature Republic Malaysia
Facebook Page: OnlyBeauty




Thanks to http://www.onlybeauty.com.my/ kerana beri aku peluang untuk mencuba product dari http://www.naturerepublic.biz. 


Apmacam? cantik tak? ehehehhee



2 comments :

illy ariffin said...

yang bole tarik2 black head tu best :P

Hanif Idrus said...

Penerangan yang baik siap ada teknik penggunaannya....