Wednesday, May 15, 2013

Satay Celup Di Tepian Tebrau


Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang gambar ni

Aku pun tak tau nak describe makanan ni namanya ape? Kalau Mr Big dia panggil celup-celup, kalau adik aku di panggil yong tau foo berkuah dan kalau anak sedara aku panggil satay angry bird sebab one of the satay tu dibentukkan menjadi angry bird.

Kelakar kan tapi itulah taktik marketing untuk target orang ramai specially kanak-kanak.

Tak caya? Ni aku tunjukkan satay angry bird ni


Betul kan.

Actually masa ktorg pi Johor Bahru baru-baru ni, ye semua orang tak perasan pun coz aku tak update. Alah family matters pi balik hari je pun sempatlah dinner kat Tepian Tebrau sebelum balik Melaka.


Ada pelbagai jenis satay yang korang boleh pilih, samada nak makan fishball type ke yang mentah pun ada macam kerang, sotong, isi ikan kan. Tak kan makan mentah plak, celup dalam air panas yang mengelegak tu beberapa minit dan masak lah. Ada 3-4 jenis sos yang boleh dipilih macam kuah kacang, kuah yong tau foo, sup, cili pedas dan ada lagi lah.


Aku kalau ke sini cuma makan satay celup ni tapi berkuah sup, barulah Johorean style. Mr Big dia makan cam tu je, cicah kuah kacang.



Harga plak secucuk tu bermula 80sen hingga tu RM4 cam tu lah. Kalau korang amik sotong ke, udang ke mahal lah. Kalau setakat fishball-fishball ni murah je.


Rasanya kat KL ni pun dah melambak orang jual but aku tak berapa nak jumpa lagi yang mana sedap. So far yang kat Tepian Tebrau ni still paling sedap satay celup yang aku makan.

Kiranya ni bukan food review ye, sesaje nak citer je ni

Ok chow..

Eh lupa-lupa, korang tau ke tak apa satay celup ni ? kalau tau baguslah tapi kalau tak tau meh google.com ek..



8 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...memang best kalau dpt makan satay celup ni...

p/s CPL org Johor ke?

Zurina Hj.Zainal said...

saya panggil dia celup2....mkn sblm naik bas kt pudu raya dulu....

Farah Waheda Wahid said...

suka yong tau foo yang biasa tu jer...he he he...

hazman aka species1980 said...

owwhh... harga siap tulis kat mangkuk tue....

Azian Elias said...

aduiii..lapar dah niii.. simple je kann..

Kisah Si Dairy said...

dah lama tak makan kat sini..rindu sesangat..murah dan sedap..at least santai okeh...hehehe..
erk..panggil steambot jerk...

adianiez AIDA said...

kebetulan next month nak gi JB 2 mlm sebab ada keje... harus singgah makan angry bird tu. bagi anak2 dara aida excited!!!

Izzat Eshak said...

angry bird kembang!