Monday, June 30, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di IMPIANA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Apmacam hari kedua berpuasa ni? Ok tak ke still cam mamai-mamai lagi kan.

Aku pun sama gak, nasib baik tak terlepas bangun sahur tadi. Piuuuu sempat minum susu Nutri Goat segelas kan.


Sudah, meh kita sambung citer buffet ramadhan 2014 ni lagi ek.


Kali ni aku bawak korang ke Tonka Bean Restaurant di Impiana Hotel. Cantik tempat ni, tepi jalan belakang KLCC je.





Bertemakan DELICIOUS DINING SPREAD’ pada tahun ni, Tonka Bean menyediakan pelbagai jenis hidangan yang mampu membuatkan air liur kita meleleh sungguh.























Di antara hidangan-hidangan utama di sini adalah Kerabu Mangga dan Sotong, Indonesia Pecal Kuah Kacang, Tauhu Bakar, Belinjau, Tempe Goreng Jawa, Salmon Gravalax, Oyster, Udang, Kupang On Ice, Briyani Gam Ayam, Ayam Sharwarma, Pita Bread, BBQ Lamb, Ikan Bakar Bumbu Spice, Yong Tau Fo, Kepala Botak dan pelbagai lagi hidangan.



Eh jangan lupa, ada juga hidangan pencuci mulut 18 jenis perisa Baskin Robbins Ais Krim yang awesome dibuatnya. Haruslah kena cuba semuanya kan.


Selain daripada itu, para tetamu akan dihidangkan buffet buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, pisang emas, langsat, nagka dan cempadak di luar restaurant. Best tuh!

Untuk buffet ‘DELICIOUS DINING SPREAD’ ni, ianya bermula dari 29hb Jun 2014 hingga 27hb Julai 2014.


Harga buffet ramadhan di Tonka Bean ni adalah

RM118++ untuk dewasa
RM59++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Untuk hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak Impiana menawarkan RM108++ seorang dan buffet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034 atau 3035.

Jom kita ke


Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 60 3 2147 1111 Ext. 3315
Website: www.impiana.com


Eh lupa nak bagitau, kepada 1000 tetamu yang pertama makan di sini pihak hotel akan memberikan voucher istimewa Aquaria KLCC sebanyak RM5 off bagi tiket masuk.



7 comments :

mama tisya said...

meriah tul kalo tgk entry buffet ramadhan ciklily....wow ada eskrem baskin robbin lg...dapnye

Sally Samsaiman said...

macam best..tapi mahal gok ek..hihihi

Farah Waheda Wahid said...

untunglah, makan makan dan makan.... hu hu hu, bley tak terliur...ha ha ha...

maszull said...

assalamualaikum CLP...bln2 puasa ni tengok gambar makanan x boleh lama2 ada kang telan air liur jer...:)

hazman fadzil said...

memang hebat laaa....rasanya satu-satunya hotel yang sediakan ais krim baskin robbin sebagai dessert.... nice one laaa

Rinna said...

Wow mmg terbaek laa hidangannya..

Rinna said...

Wow mmg terbaek laa.. hidangannya..