MY HISTORIC MOMENTS

Monday, June 9, 2014

Main Masak-Masak Dengan SIMPLOT Hashbrown

Hi Korang,



Aduiyai ada masa terluang ni update blog kejap.


Last Friday ,lepas je abis meeting dengan Suruhanjaya Tenaga sempat aku singgah main masak-masak di The Cooking House Sri Hartamas ni. Alah anjuran pengeluar kentang terbesar kat Malaysia ni sapa lagi SIMPLOT lah. 

Aku kan pernah join program masak-masak SIMPLOT tahun lepas so itu yang diorang ajak join lagi. Kali ini, SIMPLOT memperkenalkan salah satu produk keluaran mereka iaitu HASHBROWN. 

Selalunya hashbrown ni, orang masak time breakfast je kan. Alah kengkonon English breakfast kan. Tapi ramai yang tak tau kita boleh masak masakan melayu ni dengan hasbrown tau. Itulah aku sendiri pun rasa kagum gak bila dapat tau pasal ni sambil tengok demo masakan sekali kan. 




Diorang jemput Chef Florence Tan untuk demonstrasi memasak menggunakan hashbrown ni. Selain daripada di goreng, hashbrown ni boleh di buat sebagai inti karipap, samosa, cutlets, gorengan, begedil, stir fry bersama sayur dan daging serta boleh di masak di dalam masakan berkuah macam kari, mee rebus dan pelbagai lagi lah.


“Simplot is putting a twist to how hashbrowns can be enjoyed any time of the day. Best of all, Simplot wants Malaysian to taste hashbrowns with a localized flavor, which is why we brought Chef Florence Tan to showcase a variety of hasbrown recipes made to suit the Malaysia palette” kata Ong E-Laine, Manager-Commercial Marketing, Simplot South East Asia. 




Ktorang dapat belajar dengan Chef Florence Tan cara yang terbaik menggunakan hashbrown dalam masakan tradisional kita. Semua blogger yang datang termasuk aku memang tak terfikir yang banyak jugak boleh di masak dengan hashbrown ni. 






Lepas tu, ktorang plak diberi peluang untuk mencuba sendiri memasak dengan menggunakan SIMPLOT Hashbrown ni. Hah ko nampak cam susah tapi senang benau. Kalau kita bijak, ermm memacam lagi boleh masak tau.



Bagi korang yang instagrammer tegar dan kaki masak, SIMPLOT mengadakan satu pertandingan iaitu ‘Simplot Award – Malaysian’s Best Home Chef’. Caranya mudah benau, korang boleh hantarkan penyertaan korang iaitu mencipta resipi menggunakan SIMPLOT hashrown dan upload gambar korang di Instagram dengan caption mengenai resipi korang tuh dan juga hashtag #SimplotAward.

20 resipi akan di pilih dan bakal menerima voucher TESCO bernilai RM200 dan goodies bag dari SIMPLOT. Daripada 20 resipi ini, Simplot akan memilih 8 yang terbaik untuk dipertandingkan nanti di ‘Final Cook-Off’ pada 19 Jun 2014.


Korang yang tak de idea nak masak boleh je tolong VOTE kan sesiapa yang korang kenal dan layak untuk join contest ni. Aku pun layak, korang tolonglah vote ek… hehehehe Korang pun boleh menang hadiah jugak lah. 

SIMPLOT hashbrown didatangkan dengan 4 variasi pilihan iaitu Hashbrown Original (best seller), Simplot Hashbrown Triangle, Mini Hashbrown dan Popcorn Hashbrown. Ianya produk cholesterol-free, tidak mengandungi artificial flavours, colours or preservatives dan jugak zero-grams of trans-fat. 


Untuk detail lanjut pasal Simplot resipi atau online contest meh klik www.facebook.com/SimplotAward dan Instagram @SIMPLOTMY.


Jomlah join, untung-untung boleh menang kan. Tak yah nak aim tinggi sangat dapat hadiah saguhati pun jadilah. Lagipun aku ni bukan pandai masak pun, suka-suka boleh lah kan.


9 comments :

AyuArjuna BiGoshh said...

jom join kak lily heheheh

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah sedapnya tengok terasa lapar la pulak...:)

Mawardi Yunus said...

kemain uollz masak. x hajak pon kan. *lari2 anak

Amanda Suria said...

X suka masak pun x pe cik lily...at least dpt byk pengalaman

akubiomed said...

Boleh dicuba. Selalunya buat goreng.

Mummydearie said...

Peminat Simplot Hashbrown juga ni. Tak pernah takda stok kat rumah tapi barulah tahu macam-macam boleh buat dengan hashbrown ni.

hazman fadzil said...

whoaa....nanti boleh la datang umah ko if nak makan hashbrown ala2 mekdi yea....hik3x

Cik Puan Rara said...

hehehehe.besh nyaaa.eh besar nya hashbrown tu.hahaha.yelah cik lily,untung2 leh makannn.hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...sedap ni kalau makan panas2...:)