MY HISTORIC MOMENTS

Thursday, June 5, 2014

TINO’S Pizza Express Not Bad Jugak Rasanya

Hi Korang,


Tino’s Pizza Express ni memang pertama kali aku dengar. Itu pun setelah aku ke official launch restoran pizza yang di datangkan dari Taiwan. 


Ermm pizza perasa Mexico tapi datang dari Taiwan, cool kan.




Terima kasih kepada Mr Bryan Loo, selaku orang yang membawa Chatime ke Malaysia dan sekarang ini pula beliau membawa jenama TINO’S Pizza Express ni di Nexus Bangsar South.

Kenapa ada express plak kan?

Sebab kesemua pizza di sediakan lebih kurang dalam 10 minit sebelum dihidangkan di pinggan kayu dan dijangka mempercepatkan proses penyediaan tanpa mengurangkan rasa dan keenakkannya.


“We will offer the freshest Neapolitan pizzas, oven-baked to perfection in under two minutes. Tino’s Pizza uses naturally fermented dough baked at a high temperature to achieve a crusty texture that is both crispy and chewy at the same time” kata Bryan


Setiap doh di canai dengan menggunakan tangan atau pun mixer berkelajuan rendah. Kemudiannya pizza dibakar di dalam 80 saat pada suhu 500°C untuk menghasilkan pizza yang ranggup, garing dan harum baunya.

Kitaorang sempat mencuba:-

Mr Tino Pizza (RM23.90 medium & RM36.90 large)

Mrs Tino Pizza (RM19.90)

Fried Jalapeno (RM11.90)

Onion Rings (RM7.90)

Peanut Butter Fries (RM9.90)

Peanut Butter Banana Oreo (RM16.90)

Sambil menunggu tuh, dapatlah masuk ke dapur tempat ke semua pizza ini di sediakan. Nampak macam kecil tapi boleh menghasilkan pizza dengan cepat tau.



Sabar ye korang buat masa ini, Tino’s Pizza berada di Nexus Bangsar South. Tapi jangan bimbang tak lama lagi akan di buka di The Garden Mall. So senang kita semua nak pi makan pizza special ni kan.


So untuk info lebih details korang boleh check it out di www.facebook.com/tinospizzamalaysia segala promosi ke, info ke korang boleh je search ye.



5 comments :

lieyalatif said...

serius nampak menarik..selama ni akak2 balik mkn pizza hut, dominos atau papa john...lepas ni leh laa try pizza nie plak...serius pic lily mmg buat terliur tau!

Norliza Nordin said...

wowww terliur ngk gmbr mknn.. mkn sedap2 xajakkkk.. :p

eyriqazz said...

Perghh, nampak lebih gebu ...

hazman fadzil said...

whoaaa....yang bentuk macam bintang nampak menarik jer....nak kena tunggu diorang bukak kat Gardens la nanti...

Amanda Suria said...

first time dengar...nampak tempting...