Sunday, June 22, 2014

40 Ribu "Serang" Eh Eh Mega Bazaar 2014 Hari Pertama!

Hi Korang,


Bukan cerita orang atau laporan di laman sosial, tapi ini memang pengalaman saya sendiri yang sempat berkunjung ke bazaar online terbesar Malaysia, EH EH MEGA BAZAAR 2014 yang berlangsung di Hall A MAEPS Serdang semalam. 


  Memang "havoc" rasanya sejak awal jam 10 pagi ketika majlis perasmian yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan), Puan Salmah Hayati dan Timbalan Presiden Dewan Peniaga Melayu Malaysia, Datuk Ayaluddin Che Hassan hinggalah ke jam 10 malam, pengunjung masih penuh bershopping. 


  Paling seronok apabila kesemua pengunjung yang datang langsung tak serabut kerana laluan shopping disusun kemas dan laluan pejalan kali di antara booth luas membuatkan kesemuanya selesa untuk memilih barangan. 


  Malah ramai pengunjung juga turut memuji pihak penganjur yang menyediakan perkhidmatan TRAM secara percuma dari parking untuk terus ke pintu masuk dewan. Dua buah bas juga turut dikhaskan untuk membawa pengunjung dari stesen komuter Serdang untuk terus MAEPS. Jadi tak jadi masalah untuk sesiapa yang menggunakan kenderaan perkhidmatan awam untuk sama shopping. 



  Selebriti yang datang seperti Neelofa, Adi Putra, Anita Baharom, Arja Lee, Rosyam Nor dan ramai lagi turut sempat beramah mesra dengan peminat selain sempat mengadakan persembahan khas untuk peminat-peminat. Memang seronok!


  Esok adalah peluang terakhir kepada mereka yang masih belum berkesempatan mengunjungi EH EH MEGA BAZAAR 2014 hari ini. Lebih gila diskaun yang disediakan oleh lebih 1000 vendor dan paling penting, lebih banyak hadiah-hadiah istimewa untuk CABUTAN BERTUAH yang disediakan untuk semua pengunjung.


  Jangan tunggu lagi, pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah fenomena bazaar terbesar di Malaysia ini bermula jam 10 pagi ini!


  Jangan lupa ok!

5 comments :

Syuhada Salleh said...

meriahnye..

Myvitrd said...

terima kasih sebab sempat lalu di booth kami.. satu pengalaman yang bagus untuk peniaga barus eperti kami.. insyallah next time boleh join lagi

Myvitrd said...

terima kasih sebab sempat lalu di booth kami.. satu pengalaman yang bagus untuk peniaga barus eperti kami.. insyallah next time boleh join lagi

Norliza Nordin said...

jenguk jugak rituu.. kemain ramai org walaupun dah last day.. ;)

Amanda Suria said...

Sygnya x ber kesempatan nk pi....kakau dpt pi sure best kan...