MY HISTORIC MOMENTS

Tuesday, June 24, 2014

Shopping RAYA BAGUS Di Courts Malaysia

Hi Korang,


Biasalah bila dah sampai musim bulan Ramadhan ni, for sure ramai yang dah mula duk prepare untuk persiapan raya. Ada tuh, sebelum puasa lagi dah pi tempah baju kan, takut tak dapat pakai baju raya mengerlip nanti plak.

Aik, baju je, barang rumah tak ganti ke? Ek kenalah ganti jugak.


Aku pun memang ada plan nak tukar some furniture yang kat hall rumah ni, macam sofa tuh. Kucing aku #DakUban tu dah jadi tempat dia asah kuku kat sofa tuh, abis semua di carik ye. Kenalah start survey lagi sekarang.


Then bila #CourtsMY invite untuk melawat store terbaru diorang di Damansara ni, haruslah aku excited. Memang lama dah tak ke Courts. Masa bujang dulu selalu gaklah, cari barang elektrik. Dah lengkap semua terus dah tak datang lagi.


Ktorang bukan aku dengan Mr Big je, ada a few of bloggers lagi datang gak untuk check it out Courts terbaru yang berkonsepkan moden ni. Selain daripada beberapa orang kuat Courts yang menemani tour ni, En Allard Sjollema, Ketua Pengawai Eksukutif Negara Courts Malaysia turut serta membawa ktorang melawat satu gudang besar ni.


“Hari Raya merupakan satu perayaan penuh bermakna yang dapat memupuk semangat muhibah di kalangan ahli keluarga, sahabat handai serta jiran, sama ada mereka bersama-sama merayakan Hari Raya, mahupun sewaktu mereka membuat persiapan Raya di rumah. Menerusi kempen Raya Bagus kami, para pelanggan dapat memperolehi semua keperluan rumah di bawah satu bumbung, sejajar konsep peruncitan kami yang mengutamakan inovasi, tawaran hebat serta harga yang berpatutan,” kata Encik Allard Sjollema, Ketua Pegawai Eksekutif Negara Courts Malaysia.

meh tengok gadget

beli gadget memasak plak la

yuk bersenam

lorong barang murah, ye ko murah!


peti ais beso beso tuh

kat sini banyak barangan murah

Bukan setakat perabut dan barang elektrik je yang ada, sekarang ni dah ada produk digital, produk dapur, aksesori digital, produk kesihatan dan pelbagai lagi.



Yang paling aku minat sekali adalah section SOFA MAKER. Kat tempat ni, para pelanggan dapat memilih dan menyesuaipadan sofa mereka mengikut citarasa sendiri dengan memilih bentuk, fabric serta warna kegemaran mereka. Mereka dapat melihat lebih 2000 jenis kombinasi rekaan versi digital di MegaStore Courts Damansara dan Subang Jaya, serta gedung-gedung lain yang terpilih.



Sempat gaklah ktorang cuba SOFA MAKER apps ni di iPad yang disediakan. Not bad jugak, sekelip mata je sofa bertukar warna mengikut citarasa memasing.


boleh beli barang office jugak la

mari mari murah murah!



Selain itu, pelanggan juga boleh memilih set-set ruang tamu serta bilik makan mereka dari rangkaian perabot Raya Courts dengan trend yang terbaharu. Mereka juga dapat menikmati penjimatan hebat, misalnya 3+2 sofa yang bermula dari harga RM1162, serta set perkakas makan 7-keping yang berharga RM299 sahaja. Lebih menarik, mereka dapat menjimat lebih banyak jika mereka membeli pakej ruang tamu yang terdiri daripada sebuah sofa, kabinet TV, meja kopi, serta set perkakas makan yang bermula dari harga serendah RM2999 dengan Courts Flexi Credit.



Di samping itu, Courts turut menawarkan pelbagai pakej ruang tamu untuk memudahkan pelanggan membuat gabungan dan pemadanan. Dengan adanya diskaun set bilik tidur sehingga 70%, serta lebih 15 jenama tilam di gedung-gedung yang terpilih, pelanggan dapat membuat persediaan rapi bagi Raya mereka

ktorang yang happy dapat shopping raya awal!

Justeru itu, sekarang adalah masa paling sesuai untuk membeli-belah di Courts dengan Flexi Credit. Pelanggan dapat menikmati kemudahan bayaran bulanan serta pelbagai tawaran hebat, termasuk diskaun sehingga 50% di semua gedung, cashback sehingga RM20,000 atau Beli 1 Percuma 2 tanpa bayaran bagi 60 hari. Tambahan pula, pelanggan dapat menikmati manfaat kupon diskaun sehingga RM3,000 yang terdapat dalam katalog Raya Bagus

dah penat jalan, rehat-rehat dulu di kerusi Lazy Boy ni

Kini, Courts mempunyai lebih 70 stor dalam pasaran, membabitkan ruang jualan melebihi 1 juta kaki persegi. Ini termasuk Megastore ‘big-box’ pertama yang dimulakan di Singapura pada 2006 sebagai sebahagian ‘Skim Runcit Gudang’ oleh Lembaga Pembangunan Ekonomi. Kami juga akan membuka Megastore ‘big box’ pertama di Lembah Klang, Malaysia menjelang Ogos 2013. Courts akan meluaskan pasaran ke Indonesia, dengan Megastore pertamanya akan beroperasi menjelang 2014.


Untuk maklumat tambahan mengenai kempen Raya Bagus anjuran Courts sila hubungi

1800-88-1832

kunjungi cawangan Courts

#CourtsMY





Jom shopping ek!

21 comments :

Kisah Si Dairy said...

rasa nak tukar peti ais baru pulak...huhu

Rosmadi Shakri said...

paling best bia tgk TV saiz 80 inci,,,
best nya kalau aku dapat sebijikkkk

hazman fadzil said...

bila ada megastore macam nie...memang boleh jadi port yang baik untuk window shopping barang perabot rumah....suka tengok diorang punya susun atur - luas dan lapang

Amanda Suria said...

Mmg x dinafikan barangan courts sgt menarik..cantik2 perbotnya tp tu la fkexi credit tu mmg menduga la...huhuhu...rasanya nk raya ni nak cari microwave la...tp nk beli cash...hihihi

Hevind said...

flexi card price ni btul ke? Ape flexi card? Knpe ade 2 harga kat promo courts?

Hevind said...

flexi card price ni btul ke? Ape flexi card? Knpe ade 2 harga kat promo courts?

Boombee Gooi said...

flexi card tu mcm card kredit gak. utk bli brg kt courts. so kalau ambik flexi credit ni, dptla plan pmbayaran bila bli brg ngan courts. dpt harga ikot kmampuan kita ngan brpatutan. cari je info kat website courts http://www.courts.com.my/

Boombee Gooi said...

flexi card tu mcm card kredit gak. utk bli brg kt courts. so kalau ambik flexi credit ni, dptla plan pmbayaran bila bli brg ngan courts. dpt harga ikot kmampuan kita ngan brpatutan. cari je info kat website courts http://www.courts.com.my/

Tumulak said...

hurm.. dh mcm kad kredit je flexi card ni. baik buat kad kredit trus. senang. kat mana2 boleh guna. ada interest gak. sama je.

Starbuck Mindi said...

ni dah nk dekat pose ngan raye ni, banyak la promosi courts ni. huhu

Mak Jemah said...

kalau interest rate rendah bagusla flexi ni. kad kredit bank pon interest rate slalunya x sama

Hevind said...

flexi credit ni ak rs mcm konsep yg bes je.. Ak da baca detail kat laman web diorg, xpi ak rs kena pg courts nak tanye lebih la pasal ni..

Jalal boy said...

Dalam menyambut raya tahun baru ini ayuh kita berikan sedikit sumbangan kepada anak yatim dan asnaf miskin serta ibu tunggal. Ayuh taja seorang anak yatim hari ini melalui Program kendalian Projek Iqra' shopping raya 2015. Ayuh ke blog saya untuk mendapat maklumat lanjut. Jalalboy

BondaSoda said...

ooo, knpe korang rs flexi credit ni x bgs? :O ak baru beli laptop kat courts, gune flexi credit tu.. ak rs flexi credit ni, klau nk beli kat courts, jauh lebih untung dr guna kad kredit.

Ariffin said...

@bondasoda, flexi credit ni ade 14 pelan utk ko pilih utk benefit ko la. aq gune flexi card tu utk beli home theater aq.

Ariffin said...

@bondasoda, flexi credit ni mcm kad kredit jugak la tp ko akan ade 14 pelan utk pilih. so shopping kat courts senang skit. mcm aq, aq beli home theater aq dr courts, murah gilew je..

Ariffin said...

@bondasoda, flexi credit ni mcm kad kredit jugak la tp ko akan ade 14 pelan utk pilih. so shopping kat courts senang skit. mcm aq, aq beli home theater aq dr courts, murah gilew je..

sauer said...

bwahahahahaa. sape ckp flexi credit benda bgs? isk.. flexi credit hanye blh gune kat courts.. hahaha kad credit mane2 blh.

pahlawanmuda said...

@ariffin knpe kena spam bro? LOL.. yg 14 pelan ni blh gune hnye kat courts ke atau mcm @sauer ckp tu, hanye kat courts? klau hnye kat courts ape gune kite amik tu?

Azrael said...

@pahlawanmuda sy rs 14 pelan tu ikut suka ko la, nk beli ape kan. klau you suka produk tertentu amik la pelan flexi yg ikut kemudahkan ko tu.. klau ko nak baca lebih, ak rekomen ko baca dr laman courts trus. sng.. http://www.courts.com.my/

Sauer said...

-.-' ok. ak cuba dpt flexi credit ni, klau ok, ak bg tau korang balik.