Wednesday, June 4, 2014

Makan Ais Krim Tic-Tac-Toe KING’S

Hi Korang,

Lately ni suka benau makan manis-manis cam aiskrim. 


Bukan apa pun, nampak cam sedap plak la. Yelah, selalu nau asyik makan yang berasap telinga je kan, tukar lah sket minat tuh. 

Tapi tak de la kerap sangat, ala suka-suka je. Tak naklah sampai kene kencing manis bagai ek. 

Comel plak Ais Krim Tic-Tac-Toe dari KING’S ni, tengoklah rupanya cantik plak coraknya kan.


Rasa ? erm haruslah sedap tak kan tak sedap plak kan. 

Sedap, rasa coklatnya awesome, tak pahit tak manis sesedap rasa gituh.


Sibuklah aku nak makan ais krim sebab apa ?

Pasal aku nak join pertandingan cipta resipi berasaskan ais krim dari KING’S ni untuk kempen ‘Ice Cream Inspirations” kepada penggemar aiskrim untuk menikmati aiskrim mereka sedikit berbeza dan lebih menarik lagi. 

Kempen ini sedang berlangsung dari 1hb Mac hari tuh hingga ke 30hb September 2014. 

Di antara aktiviti yang diadakan termasuk Peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, bengkel masakan pencuci mulut King’s eksklusif dan resipi pencuci mulut edisi terhad King’s penuh inspirasi yang akan membangkitkan selera anda!

Bagi peraduan King’s 1.2L Ice Cream Inspirations, korang berpeluang untuk memenangi bekalan ais krim selama satu tahun apabila resipi korang dipilih sebagai salah satu resipi inspirasi. Para peserta dikehendaki melayari laman web King’s melalui www.fnncreameries.com (Malaysia) dan muat naik foto resipi ciptaan mereka, kemudian hantarkan resipi kreatif mereka menggunakan ais krim King’s bermula 1hb Mac. Peserta boleh menghantar seberapa banyak resipi yang mereka mahu sebelum 30hb September 2014. Semua penyertaan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada Dato' Chef Fazley dan eksekutif daripada F&N Creameries Sdn. Bhd. Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon dan e-mel.



Satu lagi aktiviti yang harus anda nantikan adalah bengkel masakan pencuci mulut King’s, yang akan diadakan bermula Mei 2014 di lokasi terpilih seluruh negara. Dato' Chef Fazley, yang baru-baru ini telah dilantik sebagai duta jenama King’s akan menerajui bengkel masakan dan juga menunjukkan cara-cara menarik dan mudah untuk menyediakan pencuci mulut. Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh didapati di laman web King’s. 

Cukup info kan, kalau tak cukup just check it out di www.fnncreameries.com. Ingat tau. Mesti geng-geng compers ni bertungkus lumus nak join kan, maklumlah hadiahnya lumayan sungguh.

Ok nak sambung makan ais krim balik..


Chow





2 comments :

Amanda Suria said...

SA suka makan ekrem dengan roti gardenia...best sgt2..

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...sedapnya tengok ais krim ni ...musim panas mcm ni mmg elok kalau mkn ais krim...:)