Thursday, January 30, 2014

Transformers Expo Di Genting Highlands

Hi Korang,



Semalam plak, Selasa hari tuh aku tak keje sebab malas hahahha bukanlah cuti wokeh. Sesaje amik cuti coz nak ke Official Launch Transformers Expo kat Genting Highland ni.


So pepagi dah terpacak kat Wisma Genting, alah naik bas dengan bebudak blogger lain. Semuanya di sediakan oleh team Genting sendiri.

TRANSFORMERS EXPO MALAYSIA 2014 akan diadakan selama 17 hari dari 31 Januari hingga 16 Feb 2014. Ini merupakan kerjasama dengan Hasbro dan ekspo ini dibawakan khas kepada semua pengunjung oleh Resorts World Genting selaku penaja venue dan Target Exposition Sdn Bhd, penganjur ekspo ini. Penaja lain termasuk Toshiba dan Chevrolet dan mendapat sokongan daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.




Upacara rasmi pembukaan hari ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat YB Dato 'Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tetamu kehormat yang lain termasuk Dato 'Sri Lee Cheong Yan, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia Berhad dan Encik Raymond Tew, Ketua Pegawai Eksekutif Target Exposition Sdn Bhd





Pameran ini terdiri daripada 6 dewan pameran yang berakhir dengan sebuah karya mega yang tertinggi Optimus Prime dan Bumble Bee di Arena of Stars. Persinggahan pertama iaitu sejarah tahun-tahun Transformers dari peringkat awal sehingga hari ini, diikuti dengan pameran lebih 1520 koleksi yang disumbangkan oleh peminat Transformers Malaysia iaitu TransMy.




Korang yang minat sangat dengan watak Bumble Bee dalam siri Transformers ni, ada good news untuk korang. Dalam 1 seksyen daripada 6 dewan ni, ada mempamerkan Camaro Chervolet ini yang mampu untuk berubah menjadi Bumble Bee dalam filem Transformers. So korang boleh bergambar, nak try duduk rasa dalam kereta ni pun boleh tapi tak leh drive keluar la kan.




Ada gak War Zone, iaitu tunnel 3D yang mana korang boleh saksikan sendiri filem Transformers dalam bentuk 3D. So disepanjang laluan ni lah korang boleh hayati 3D screen itu sendiri.




Di dalam Arena Of Stars itu nanti korang boleh tengok sendiri replika patung karektor Optimus Prime yang tingginya 9 kaki dan juga Bumblebee yang tingginya 7 kaki. Apa lagi mari bergambar sepuas hati lah kan. Sangat-sangat awesome dan menarik.


Selain daripada itu akan diadakan juga pelbagai giveaway, contest dan pertunjukan pentas di sepanjang berlangsungnya ekspo ini.


So apa lagi, meh lah drive ke Resorts World Genting untuk bertemu dengan Transformers kegemaran anda di Arena of Stars. Tiket ke pameran itu boleh dibeli di www.rwgenting.com dan MyDeal.com.my.

Tiket berharga:-

RM45 untuk kanak-kanak di antara 4 hingga 12 tahun.

Kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun dan bayi memasukkan secara percuma

RM55 bagi Dewasa.

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas hanya membayar RM45.

Keluarga 2 Dewasa dan 2 kanak-kanak boleh memilih untuk Pakej Keluarga sebanyak RM180 bagi setiap keluarga.


Tak pun korang boleh email ke transformers@targetexpo.com atau hubungi Target Exposition Sdn Bhd at 603-6259 2697.


9 comments :

Farah Waheda Wahid said...

baru nak tanya gambar akak dengan robot transformers tak ada ker...he he he...rupanya dia letak bawah sekali...

akubiomed said...

Untung dapat melihat saiz sebenar Optimus Prime dan BumbleBee.

tifa anvar said...

kalaulah dpt pergi. beranganlah tifa oii...

msredcheesecake said...

Hansomenya bumblebee tu... Suka suka.... Tapi kalau nak gi satu family terasa mahal plak.....

hazman aka species1980 said...

whoaaa... memang besar betul yea.... peminat transformers mesti suka datang sini

Travelog.my said...

Waah. Ini cukup bagus. Cuma dia buat di Genting :( Jauh sikit nak pergi jika dari KL atau KB.

bungkilan said...

banyaknya transformer..kalau banyak duit nak juga aku kumpul koleksi...

Anonymous said...

It is ոot unusual for sօmeone to ssee moгe than one doctor
before the disease is finally diagnߋsed.

Review my webpage; multipoe sclerosos - ,

Denaihati said...

puas hati dapat bawak anak-anak jalan-jalan expo ni. berbaloi kalau 1 keluarga pergi.