Friday, January 17, 2014

Cara Letak InstaVideo Di Blog

Hi Korang,

Yeah, hari ni cuti yesza...

Tapi kan, aku keje huhuhuhu boring ade tender submission.

Keje keje gak but sempat update blog sket ni tau. Ni sebenarnya aku buat entry ni untuk menjawab persoalan blogger PuanBee.Com pasal instavideo ni.


Aku pun bukan pandai sangat, nasib baik bebudak team #propaganjil ni bagi tau kat aku. Thanks ketua Shakkido, kaki makan Hazman, Mummy Ruby dan pengantin baru Yana.

Ok inilah dia Cara Letak InstaVideo Di Blog kan.

Korang ikut je cara aku ni ek


1. Bukak account instagram korang kat website www.instagram.com. Kemudian masukkan korang punya ID dan password. Takkan ikut nak mintak aku punye plak kan. Ok dah masuk.


2. Korang pi klik 'VIEW PROFILE' kat sebelah kanan atas webpage tuh. Alah bawah gambar korang tuh. Hah klik la cepat

3. Keluarlah koleksi gambar-gambar yang korang selama ni duk upload kat instagram. So carilah video yang korang dah upload tuh kan. Ok klik kat video tuh.


4. Keluarlah video tu kan. Korang pi cari ada 3 titik kat sebelah kawan bawah page tuh. Tekan 3 titik tuh. Nanti keluar perkataan 'EMBED' korang klik situh tau


5. Keluarlah pop-up HTML Code macam ni. Hah korang copy link tu then terus letak kat blog la ek. 


So paham tak?

Kalau dah paham, apa lagi meh klik 'follow' kat instagram aku ek http://instagram.com/ciklilyputih



Anyway, 

Selamat Bercuti korang...




4 comments :

Maria Firdz said...

Nice tutor...

hazman aka species1980 said...

cayalah beb..... reference yang berguna nie... sbb biasanya orang tempek youtube ngan keek jee... so skang nie mudah je kan nak letak instavideo.... I FOLLOW YOU

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...mcm best jer ni boleh la cuba nanti...:)

KiD said...

haaaaa... apa lagi.. jom kita instavideo 15 saat.. =)