Wednesday, January 22, 2014

Makan-makan Sempena Tahun Baru Cina Di Tung Yuen Chinese Restaurant

Hi Korang,

Dah nak dekat perayaan Tahun Baru Cina kan. Kejap je rasa. Itulah aku sendiri pun tak sangka, cepat benau.


Yeah dapat jemputan makan-makan lagi di Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA). Diorang pun ada jugak menyediakan hidangan HALAL iaitu Auspicious Yee Sang Menu, Golden Prosperity CNY Set Menu A or B or C, Lunar Ever Special Set Menu dan juga Special CNY All You Can Eat (AUCE) Menu.

Of course lah menu special ni di sediakan orang tukang masak profesional dari dapur Grand BlueWave sendiri.


Menu Auspicious Yee Sang adalah merupakan hidangan yang menjadi permintaan ramai di kala Tahun Baru Cina. Menurut kepercayan kaum Cina, Yee Sang ini merupakan cara untuk kita mendapat kekayaan dan kesihatan sekeluarga. 



Di antara pilihan Yee Sang adalah seperti Yee Sang with Abalone & Pear, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Pacific Clam dan Vegetarian Yee Sang. Harga di antara RM30++ hingga RM260++ dengan minimum 2 orang bagi setiap pesanan.




Tung Yuen juga menawarkan Golden Prosperity CNY Set Menu untuk keluarga dan company gathering atau dengan kawan-kawan dan rakan perniagaan. Ia bermula pada harga serendah RM988++ (Set A: 7 course), RM1188++ (Set B: 8 course) dan RM1488++ (Set C: 9 course). Tawaran untuk set menu disediakan untuk makan tengah hari atau makan malam untuk 10 orang untuk satu meja dengan tempahan awal.








Malam Tahun Baru Cina khas khusus untuk majlis makan malam yang hebat dengan tersayang satu. Ia menawarkan 8 hidangan dalam menu set pada harga daripada RM688 + + untuk 5 orang dan RM1288 + + untuk 10 orang. Ini menu set eksklusif termasuk Yee Sang with Salmon Fish & Pear, Double Boiled Dry Seafood Soup with Ginseng Sliced, Steamed Village Chicken with Garden Green & Superior Stock, Baked Baby Lobster with Cheese & Garlic, Steamed Pomfret with Superior Soya Sauce and Preserved Radish, Braised Mixed Vegetable with Sea Moss and Bean Curd Skin, Fried Rice with Pumpkin & Chicken Meat in Lotus Leaf and end with Mixed Local Fruits Platter.


Di samping itu, Tung Yuen Chinese Restaurant juga menawarkan Special CNY All You Can Eat Menu dengan gaya carte a la untuk mewujudkan sambutan lebih gastronomi dengan rakan sekerja dan rakan-rakan. 




Terdapat banyak pilihan untuk dim sum, sup, ayam dan itik, makanan laut, daging merah, sayur-sayuran, mi dan nasi dan juga pencuci mulut.

Korang suka lah tu kan, dah ada port nak pi makan Chinese food. Aku pun sama gak cam korang ye.


Special CNY All You Can Eat Menu boleh di dapati:-

Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level 1,
Grand BlueWave Hotel, 
Shah Alam

Harga : RM85.00++ (Dewasa) RM42.50++ (Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun)


Korang pun mesti teruja nak cuba kan, alah sekali sekala apa salahnya tukar selera makan makanan cina plak kan.

Selamat makan korang!

11 comments :

Anonymous said...

Post writing is also a excitement, if you be acquainted with after
that you can write otherwise it is complex to write.

Also visit my blog :: name web

Mieza Everdeen said...

secara rasminya selepas membaca post ini dan melihat semua gambar, saya lapar XD

Mieza Everdeen said...

dah lama tak makan chinese food, tengok gambar semua bikin craving, hehe

Sherry said...

wow so yummy, no go this hotel before.

Need save money before can dine, anyway nice suggestion. :D

namesherry.com

hazman aka species1980 said...

whoaaa... food presentation lebih menarik nie.... suka ngan tag label diorang....nampak pro

msredcheesecake said...

menu halal diorg ni, penyediaannya halal jugak ke?

Myra Jay said...

Huwaaaaa nanges tengok itu lobster :D

unsecretostory said...

Selalu tengok macam teringin nak makan. Tapi cam xpandai jea. Ehemm .

Suria Amanda said...

terliur tgok menu ni semua...

www.duniafarisya.com said...

lapar pulak tengok entri ni.hehehe

Stuwie said...

Murahnya kalau RM85 sorang tp leh makan macam-macam nih. Jeles iiii