Friday, January 24, 2014

Makan BURGERBYTE Di Seksyen 15, Bangi

Hi Korang,

Bila tak mood or tak sempat nak masak, jawabnya makan kat luar lah kan.

Selalunya area Bangi lah, Kajang cam nothing to eat melainkan ada orang rekemen tempat makan tu sedap dan selesa serta aku tak pernah pergi. Biasalah nak try, test dan rasa kan.


So pusinglah satu Bangi tuh, duk cari kedai makan. Masuk area Seksyen 15 ni.

Ternampaklah kedai hujung sekali bawah tangki air ni. Ermm dah malam pas tu hujan rintik-rintik plak kan, alah masuk jelah malas nak pusing-pusing lagi ni kata Mr Big.

Oh kedai burger rupanya, bolehlah.


Masa ktorang masuk tu, banyak lagi meja kosong. So pi usha menu dulu. First timer, jadi mintak tolong budak cashier tu rekemen apa yang sedap dan berperisa sekali dalam pilihan menu tuh. Ok pilih-pilih dan bayar.

Next time datang, nak try menu lagi gak lah.


Once duduk tuh, barulah tengok sekeliling restoran ni. Sekali perasan ada gambar kat atas meja tuh. La rupanya inilah restoran BurgerByte yang tokehnya selebriti Zizan Razak tuh. La memang tak sangka betul, dah buka cawangan di Bandar Baru Bangi plak ek.


Apa lagi update instagram, bikin kecohlah. Spread the news so barulah jadi viral. hahahaha udah jangan ko nak mengarut Lily ek. Makan je.

Ktorang order

Signature Beef Burger (RM16.80)

Signature Lamb Burger (RM18.80)

2 Jumbo Juice (RM7.00 secawan beso tu ek)

Tengok daging burgernya, kan. Mampat dan tebal namun lembut je. 



Selain ada grilled patty, ada gak cheddar cheese, beef bacon dan vege butter. Di hidangkan sekali dengan fries gak but unfortunely friesnya sejuk kaku. Please work it on it ye.

So korang boleh pi cuba ek,


Restoran BurgerByte
No. 11-GF, Jalan 15/1D,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Tel : 03-8920 0380


Landmark senang, sebelah tangki air je. Kedai corner lot. Kalau korang dari Petronas tu masuk perhatikan tangki air tinggi tu sebelah kanan. Hah itulah kedainya. Sebelah belakang sket, kalau orang tak familiar memang tak jumpe lah.

Lagi satu aku nak pesan, kalau nak datang, sebaiknya lepas maghrib tak pun dalam kul 9 lebih cam tuh. Kalau datang kul peak hours tuh dalam kul 8 memang tak de table ye.

Mentang-mentanglah kedai Zizan Razak kan, mesti ramai duk heboh nak datang. Mintak maaf lah ye janganlah berharap sangat yang tokeh ni akan ade kat kedai. Kalau korang terjumpa tu memang miracle la ek.

Apa lagi, selamat makan korang..

11 comments :

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily! huwaaaaaa nak rasa gak burger ni. macam sedap sangat je tengok patty dia. hehe. amboiii pasni semua serbu pasal nak jumpa zizan bukan nak rasa burger tu. hihi >__________<

Dina bagbeautybaby said...

looks yummy!! can't try this nanti. thanks for the post neighbour hehe

Farah Waheda Wahid said...

ok gak ni, nanti kalau farah gi sana calling2 akaklah... boleh enjoy makan sesama...^_^

JaSSNaNi said...

ooowhhh.. bangi pun dah ade ye.. dekat lah tu, lenkali kot sesat2 leh try gak.. :) nampak mengancammmm betul.. :)

hazman aka species1980 said...

Haa... aku rasa ko la blogger pertama yang makan burgerbyte nie...skang nie diorang buat promo 5-7ptg FREE AIR... sebab tu la ramai kot...

Amanda Suria said...

bagus meniaga Zizan ni erk..siap ada cawangan dah...

Azura Mendezz said...

Penah gak makan..tp area damansara..bugenye mmg sedap tp rotinya kurenggg..mcm keras jek..tu ja la..lain ok.. =)

attyfir said...

thanks ciklily
kty yang duk bangi pun x tau keujudan kedai ni ..hehehe..

lps ni boleh ler terai

Adam Albar said...

Kedai zizan ni bila tutup

Nur Diyana Yahya said...

Waaa, tq bg landmark..dok dgr org sebut2, tp tak tercari dan tak terpegi plak..ni dah dpt clear landmark, maka wajib laa serbu malam ni..hehe..tq again

Abg Turki said...

Wah nampak sedap. Terima kasih share. Saya baru pergi 2 hari lepas :)