Monday, January 20, 2014

SNOWDrop Cloth Pad, Keperluan Wanita Yang Menyihatkan Lagi Menjimatkan

Hi Korang,

Kan hari tuh aku ada tulis teaser mengenai SNOWDROP Cloth Pad ni. So ini adalah kesinambungan daripada teaser hari tuh.


Yesza, sekali lagi aku berpeluang untuk mencuba sesuatu yang bagi aku unik tapi menyenangkan terutama sekali bagi kita orang pompuan ni. Bila datang je musim bendera merah, memang sesangatlah penting kena senantiasa ada dengan kita. Apa lagi disposable pad lah. Ok meh kita citer sket mengenai Cloth Pad ni ek.


Apa itu cloth pad atau pad kain?

Pad kain (biasanya dipanggil 'Cloth Pad') adalah alternatif kepada pad pakai buang yang boleh diguna semula. Pad kain adalah mesra alam, boleh diguna semula selama bertahun-tahun, menjimatkan kos, serta mempunyai manfaat kesihatan yang baik. Secara amnya ia terdiri daripada lapisan fabrik menyerap (seperti kapas, organik dan juga sintetik) yang berfungsi untuk menyerap aliran darah semasa haid dan juga nifas bagi yang bersalin. Pad kain juga lebih bersih dan tidak menyebabkan bau seperti pad pakai buang.

Hah, kira pengganti pad lah ni, macam style mak-mak kita dulu. Back to nature.

Ciri ciri khas yang ada pada SNOWDROP Cloth Pad ni,



Apakah yang terkandung dalam Cloth Pad ni?

Lapisan atas diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalaman terdiri lapisan mikrofiber yang anti-bakteria sebagai penyerap dan lapisan kalis air nilon bersalut PU bagi mengelakkan kebocoran. Lapisan belakang(bawah sekali) ialah 100% kain kapas bercorak yang diimport dari USA.


Dilengkapi dengan dua butang poli-resin untuk memudahkan penyesuaian saiz.


Bila baca rasa cam tebal je plak Cloth Pad ni, but once dah tengok memang nipis sesangat.

Ada pelbagai jenis Cloth Pad ni, bergantung pada penggunaannya.

Pad Light Mist - RM25.00

Pad Medium Dew - RM29.00

Pad Heavy Stream - RM34.00

Pad Maternity - RM38.00

Pantyliner Dry Flux - RM17.00


Pengalaman Mencuba SNOWDROP Cloth Pad ni

Ini kan kira first time aku mencuba, so agak kekok gak pada mulanya. Masa mula pegang tuh, terfikir gak dalam otak ni yang boleh ke Cloth Pad yang senipis ni boleh menampung darah yang banyak. Maklumlah aku ni memang heavy flow sket, sekali keluar macam bukak paip air. Senantiasa banyak, yelah orang cam aku ni memacam menda masuk dalam badan yang sendiri kita tak sure itu apa, samada berkhasiat ataupun tak. So time-time period ni segala jenis mak neka kotoran degil keluar.

cara pakai Cloth pad

Aku guna yang Heavy Stream untuk 1st dan 2nd day period, so far memang menampunglah segala aliran. Cukup jam memang kena tukar lah, nasib baik Pn Nessa bekalkan beberapa keping Cloth Pad ni so bolehlah tukar ganti.

Selesa, langsung tak de rasa cam geli gelaman. Rasa cam gatal-gatal berpeluh pun tak de.

Now bila dah beberapa hari guna Cloth Pad ni, rasa cam tak pakai apa-apa pun coz nipis dan sangat selesa. La selesa lagi ek.



Penjagaan Lepas Guna dan Cara Membersihkan.

Dah pakai-pakai tak kan nak bersihkan hantar dobi plak. Semuanya buat sendirilah. Tak delah susah mana pun cara nak bersihkan Cloth Pad ni cuma kalau cuci sembarangan material akan cepat rosak dan tak dapat menyerap dengan baik

tali untuk mengantung masa nak keringkan

Ini je pun, kena ikut

1. Jangan gunakan air panas
2. Basuh atau rendam secepat yang boleh lepas guna
3. Elakkan guna peluntur, pelembut pakaian ataupun detergent
4. Jangan gosok dengan berus

Itu je pantang larangnya, lelain ok je.

Ada jaminan 1 tahun je, don't worry.

Harga, bagaimana plak?

Bagi aku, harga not bad sebenarnya sebab semua ini cuma 1 time cost je. Bukannya tiap-tiap bulan kena beli. Kira menjimatkanlah perbelanjaan setiap bulan. Kalau kira-kira balik memang betul-betul boleh jimat.

Aku rasa at least kena ada 3-4 helai Cloth Pad ni, senang nak salin-salin, so standby je dalam handbag time-time memuncak ni.


Ok last but not least, aku nak share video mengenai DIOKSIN, iaitu satu bahan yang terkandung di dalam tuala wanita kita sekarang.

Tahukah ANDA bahawa kebanyakkan pad atau tuala wanita yang dipasarkan diluar sana mengandungi dioxin yang merbahaya dan boleh mengancam NYAWA ANDA pada jangka panjang.Kini ANDA mungkin masih tidak perasan tentang kesan sampingannya.



Semoga dapat di jadikan panduan dalam kehidupan harian korang ek.


Bagi korang yang berminat dan nak tahu lebih lanjut boleh layari :

WEBSITE SNOWDROP :

FACEBOOK SNOWDROP :

HQ SNOWDROP :
366, 1ST FLOOR,
JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN, 
TAMAN PERMAI, 
30020, IPOH PERAK. 

TEL : 





6 comments :

Farah Waheda Wahid said...

macam2 corak dan rekabentuk yer kak... ^_^

msredcheesecake said...

kalau kat luar nak tukar susah jugak tu...kalau time travel sesuai tak?

Nur Misnan said...

Selepas penggunaan cloth pad snowdrop memang menakjubkan. Selesa dan paling best selamat

JMR said...

owh..owh..owh..kalo aku beli, mana nak pakai ek..hahah

hazman aka species1980 said...

whoaaa.... siap ada manual cara pakai tu.... suatu inovasi yang menarik laa... ehhehehe

Myra Jay said...

Cantik dan kalerful :)

Klau kat rumah senang la boleh basuh/rendam, klau kat opis susah la nak basuh sidai bagai kan ;)

tp ingat nak beli la ;D