Wednesday, February 6, 2013

Dinner @ SOHO Seafood, Bandar Baru Bangi


Hi Korang,

Aku kalau dah sampai rumah lepas dari kul 8 mlm memang aku tak masak.

Sebab by the time aku abis masak dah kul berape, tak kan nak makan nasi dalam kul 10 cam tu kan. Ishk tak elok tu noks. Bertambah gemukla di buatnya.

Sudahnya pi makan luar.


Ktorg pi makan kat SOHO Seafood kat area Jalan Selaman Bangi ni. Kat sini memang berderet kedai tomyam yang sedap gak. Sebab ktorg dah pernah pi makan kat Rimba Klassik so ktorg try pi makan kat sini.

Tak order banyak pun, selain dari OTAK-OTAK yang sedap tu aku order

Sup Ekor

Biasa-biasa je yang penting tak pedas langsung, sesuai dengan tekak Mr Big yang bukan kaki pedas. Aku makan celery je.

Siakap Sweet Sour

Ya ampun, garing sungguh ikannyaMemang menepati citarasa aku sungguh. Kuahnya memang betul-betul masam manis.

Telur Dadar

Alah cam aku goreng kat rumah gak lah. Nampak berminyak sket la.


Nasi putih jangan lupa plak, tak kan nak jadi kucing meratah je plak. Sket je nasi, dah malam mana boleh makan karbo bebanyak kan.

Not bad jugak la makan kat sini, sambil tunggu makanan sampai boleh tengok berita kat screen beso ni. Sempat jugak aku upload gambar maklumlah FREE WiFi kan. Mintak je password, terus akak tu sebut. Service pun cepat gak lah, tak de lah lama ktorg duk menunggu.


Harga plak bagi aku ok jelah. RM55 semua sekali termasuk fresh orange dan air belimbing kot, lupa la plak. Agaknya kalau tak amik ikan tu mesti murah bebenau.

Kalau 1 malam dah harga cam tu, bayangkan kalau dalam sebulan 10 kali makan luar. Mak oi boleh kopak dibuatnya.

Kalau aku duk kat Sabah mesti hari-hari makan ikan sedap-sedap. Agak-agak staff SUTERA HARBOUR Hotel nak tak banjer aku makan ek.

Hehehehhee



7 comments :

Farah Waheda Wahid said...

alamak..siakap sweet sour again yang mengiurkan halwa selera... hu hu hu...

Amanda Suria said...

Bila nak pi Sabah...leh ikut x? hehehehehe

hazman aka species1980 said...

skang nie ...setiap kali pegi kedai makan / restoran memang suka search WIFI....hahahaha...dah jadi keperluan kot skang nie kan

Mohd Fauzli said...

Mm... biasa lalu depan ni... mmg nampak meriah... tapi tak pernah singgah plak...

Nora said...

Boleh BAH kalau kau..Cik Lily...

Nora said...

Boleh BAH kalau kau Cik lily... :-)

Anonymous said...

ade no fon x nk booking