Thursday, February 7, 2013

Sayangi Kereta Anda | Fungsi Spark Plug Amat Penting


Hi Korang,

Lama betul aku tak tulis pasal kereta-kereta ni, ada 2-3 bulan dah.

Ok kita sambung balik tau.

Lesson for this week ialah SPARK PLUG


Kalau tak de Spark Plug ni memang kereta korang tak akan berjalan even jump start pun tak boleh. Sebab apa Spark Plug ni menghasilkan percikan bunga api untuk membakar campuran udara dan bahan api. So bila dua-dua terkena so barulah kereta boleh start.

Nampak macam menda kecik je tapi kuasanya maha hebat tuh.


Meh kita tengok kalau kita tak tukar SPARK PLUG


Aduiyai, memacam boleh berlaku tuh. Bahaya ooo

So bila time service kereta, tukar minyak hitam tu korang tukar sekali Spark Plug. Alah bukan mahal pun, depends pada  brand. Kalau brand BOSCH tu mahal sket dalam RM70-80 satu set tapi brand biasa dalam RM45-70 cam tu lah.

Ok itu je nak citer.


kalau korang ada nak tanya lebih details pasal kereta ni, habaq mai kat chek na. Nanti cheq pi tanya sat kat pomen chek.

Kita orang pompuan ni, kenalah tau sket sebanyak pasal kereta ni. Yang simple-simple pun tak pe janji jangan kena tipu dengan mekanik dah ler..

some info cilok dari google.com






8 comments :

Farah Waheda Wahid said...

orang perempuan ni kalau pakai kereta... jangan setakat tau lenjan jer...bila jadi apa2... satu menda pun x faham pasal kereta...apa pun x bley... memang senang jer la kena tipu ngan pomen... pas tu kalau stranded sorang2...dah jam...x tau nak solve macam mana... hu hu hu...

Sharidawati Shahrudin said...

good tips! steady lah ciklily !!!

Amanda Suria said...

Baru kuar keta baru..x sempat guna lagi..SAGA FLX SE...nanti i update kat blog..

Azham Vsvc said...

hebatlah akak! Saya sendiri hanya tahu isi minyak, start enjin dan jalan....tu je hahaha sangat malas nak belajar....lepas ni kena belajar drp entry akak lagi lah :)

rosnita zulkifli said...

salam perkenalan ..

good info..saya baru aje tukar spark plug sebelum balik raya ni..

Anonymous said...

Assalamualaikum..spark plug bukan sahaja perlu dutukar..namun perlu diperiksa juga tahap voltan yang boleh dialirkan..jika salah spesifikasi voltan..macam2 boleh jadi antaranya piston berlubang kerana voltan yang terlalu tinggi (biasanya selalu terjadi pada motor)..oleh itu..hati2 ketika membeli spark plug..jangan sampai ditipu..jenama yang baik ialah bosch..ngk..kalau nak yang terbaik..gunalah spark plug jenis iridium..memang best..tapi harga agak mahal..1 spark plug boleh cecah RM 70+..percikannya lebih terang dan kuat berbanding spark plug biasa..jika guna..prestasi enjin boleh meningkat..enjin mudah dihidupkan (kerana percikan bunga api yang kuat)..biasanya superbike menggunakan spark plug jenis ini kerana prestasi yang sangat baik..

Anonymous said...

Hehe..tukar spark plug ikut jadual servis la paling senang..kalau kete biasa ok kot tukat spark plug tiap kali 2kali tukar mnyk itam..
Kalo mcm exora bold, harga set spark plug dah rm3xx..jd tukar bila servis major (ikut jadual) la..xmampu pakcik tukar slalu..haha..

Ah Meng said...

Ramai laki akn tolong bila keta wanita rosak tepi jln.