Tuesday, February 19, 2013

PAN MEE Bagus Untuk Orang Nak Kurus


Hi Korang,

Chinese food memang jadi kegemaran aku

Yelah, nak masak sendiri bukannya pandai kan, tak sedap lagi ade lah.

So baik ktorg pi makan kat kedai,senang abis citer

Baru-baru ni masa ktorg jejalan area Pertama Complex ni, teringat kat mama coz dia selalu cakap MEE TEPUNG kat food court ni sedap.

First time aku dengar mee tepung, so aku bayangkan bancuh tepung macam bancuh adunan cekodok kan. Ishkk mengarutlah. Jawabnya ajak Mr Big pi cari kedai mee ni.


Sampai depan kedai, siap tanya dulu makcik yang jual tuh. Mee tepung tu mee apa? So makcik tu cakap itu PAN MEE, memang meenya di buat dari tepung gandum dan dibentukkan macam mee.

Oooo ok dah faham, its time to CUBA..

Inilah PAN MEE

Macam mee sup je but sup ikan bilis. Langsung tak de ayam, cuma ada cendawan shitake dan daun apa ntah yang macam ala cemperai. Lupa plak aku tanya makcik tu lah.


Makan dengan sambal belacan memang terbaik ooo


Tengok Mr Big bukan main berselera lagi, siap tambah 1 mangkuk lagi wokeh.


Bila aku rasa memang ye pun sedap, supnya memang totally rasa ikan bilis dan sayuran memang bersatulah. Mee tepung tu tak rasa tepung pun, rasa cam mee hoon gituh. Makcik tu cakap boleh je tukar ikan bilis tu pada rencah lain tapi tak original lah kan.


Kalau korang google, ada few resipi terangkan cam ne nak buat pan mee ni tapi aku malas nak letak lah sebab kalau korang baca je tak best gak kan coz tak de gambo. Hehehehhehe…


Memang aku rekomen pada sesiapa yang nak kurus atau dalam berDIET, sesuai beno gamaknya lah. Semangkuk baru RM4.50 cukup murah.

Musim hujan ni, kalau pekena pan mee ni best jugak ek.Ishk mana plak aku nak cari pan mee dalam area safari ni kan.


10 comments :

Farah Waheda Wahid said...

pesal tiba2 cam rasa terliur sangat nih... hu hu hu...

Ummiarissa Mahdi said...

tak pernah makan lagi ni cik lily...boleh buat sendiri kan...

isabelle frankly said...

aku x dpt Pan Mee kat sini kang, aku lekuk kau dgn fryPan nanti, lily.
grrrr

hazman aka species1980 said...

memang nampak plain sangat aku tengok.... rasanya jadi sedap pasal kuah tu kan....

Masy said...

fuh dah lama aku x makan pan mee neh. nyammmmmmm

cik tenggiling said...

gulp...telan air liur... sedapnya

Sawanila.com said...

Slurppp... Menitik air liur

transformed housewife said...

tiba2 teringin jugak nak mkn pan mee.

Amanda Suria said...

kat pertama complex eh..ok noted...

Anonymous said...

Assalam...salam perkenalan..sy mengidam nk mkn pan mee tu..ada kat Pertama Komplex yg kt KL tu ker?