Saturday, February 2, 2013

Samsung EcoBubble™, Beruang Kutub Pun Suka Gak

Hi Korang,

Masa dulu-dulu, janji ada mesin basuh dah cukup bagus dah. Janji lepas basuh baju + seluar jeans + cadar yang tebal-tebal tuh. Dekat 8 tahun gak aku pakai mesin basuh ni.

Tapi bila tengok mesin basuh Samsung EcoBubble yang canggih ni, hati mula bercakap-cakap. Rasanya dah masa kot bertukar ke yang up to date sket.


So aku google sket mengenai Samsung EcoBubble ni, apa yang specialnya

Apa itu Eco Bubble?
Teknologi yang menggunakan penjana gelembung yang membebaskan sabun ke dalam air dan kemudiannya ke udara bagi menghasilkan buih sabun yang banyak. Apabila teknologi ecobubble ™ digunakan, sabun alan jadi lebih baik dibebaskan ke dalam air dan penembusan lebih cepat ke dalam pakaian dicapai, jadi kurang air panas diperlukan untuk membantu proses pembersihan. 



Program Eco Super ni membasuh pada hanya 15 ° C, dengan keputusan mencuci 40 C °, menjimatkan sehingga 70% tenaga hasilnya.

Kira Eco friendly la tu kan


Bagi aku kapasiti 12kg untuk sekali bagus memang dah cukup bagus. Mana taknya boleh basuh cadar, quilt cover, toto sekali gus. Sambil nak tunggu siap boleh lah aku goyang kaki buat keje lain plak kan macam upload gambo ke FB, instagram kejap kan


Yang eloknya tuh, mesin basuh Samsung EcoBubble ni beroperasi sesenyap mungkin. Tipulah kalau tak dengar bunyi mesin tu bergerak but tak delah sampai jiran sebelah boleh dengar mesin korang tung tang tung tang..

Even beruang kutub pun suka yang amat dengan mesin basuh Samsung EcoBubble ni.

Tengok ni


Betul kan, apa aku cakap.

Pandai plak beruang kutub tu basuh bulu dia ek. Sambil nak tunggu kering, siap boleh buat memacam benda untuk hiburkan hati dia.  Comel plak aku tengok bila bulu dia dah siap basuh, terus jadi putih ooo


Ermm memang patut kena angkat satu ni, dah lama rasanya pendam hasrat hati yang terbuku ni kan.




3 comments :

super d0uble F :) said...

singgah melawat sini :)

http://kisahperjalananfatin.blogspot.com/2013/01/jalan-jalan-cari-kenalan.html

nanieybarnieylurviey said...

wowwwww... rambang mta tgk washing machine.. :)

slm kenal!!!

adianiez AIDA said...

suka jugak...
tapi rege nyer alamak aii... RM6k tuh!