Friday, February 8, 2013

Mee Kari Sedap @FoodCourt Suria KLCC


Hi Korang,

Aku tau memang ktorg memang jarang pi makan kat foodcourt Suria KLCC.

Perasan tak ?

Bukan nak jaga standard ke apa tapi banyak-banyak shopping complex yang aku pi KLCC punya courtfood yang paling havoc dan ramai giler manusia. Senantiasa penuh yang amat, sampai nak kena main chop-chop tempat duduk.

So hari tuh tuh, masa pi beli kasut Jelly Bunny (maknanya entry ni dah lamo giler wokeh) dah petang. Dah time hi tea, jadi Mr Big ajak pi makan satu port mee kari baik punya ni. Dia kalau KLCC ni memang tau segala selok belok tempat makan sedap. Yelah menara pensel tu kan depan KLCC ni, selalulah dia lunch kat sini.

Ktorg naik terus ke tingkat 4. Hari tu orang tak berapa ramai sangat may be dah tengah bulan kot. Meja pun banyak kosong so tak yah nak chop-chop bagai. Tak payah cakap, dia suruh je aku duduk then dia pi order.

Tup-tup sampai je makanan depan mata kan.


Mee Kari Kerang Lebih

Tengoklah kerangnya merah-merah gituh, separuh masak. He’s really like it. Ok apa kerang kan boleh tambah darah kata dia. Yelah sebab tambah darah itu yang penuh sampai kedepan tu kan.heheheh


Mee Kerang Biasa

Yang biasa pun dah mantop wei. Kuahnya pekat melekat tak berapa pedas. Mana boleh pedas2 wei, jadi macam Man Cirit dalam filem Gangster Celop baru tau.


Fried Wantan

Ini memang satu lagi favourite Mr Big kalau makan kat sini. Wantonnya di goreng pepanas. Tebal isi dan kulitnya ranggup. Krak krup krak krup gigit tau. Aku tak cicah sos pun but aku cicah dengan kuah mee kari tuh. Lagi terbaik ooo.

Ermm best dapat makan mee kari dan wantan ni lah. Aduiyai poyo sangat wei. INI SEMUA POYO! Sesaje tulis cam tu, nak panjangkan ayat sebenarnya.

Harga ikut standard KLCC la ye tak sampai RM10 pun but Mr Big punya mahal sketlah coz dia tambah kerang banyak. Wantan tu pun bawah RM10 gak.

Mentang-mentang weekend tu tak de apa plan.

Hah bukan main lama ktorg duk lepak kat sini, yelah dapat duduk tepi tingkap bolehlah tengok view area KLCC ni sambil tuh makan + borak-borak + cuci mata tengok orang gaya-gaya hai memacam lah.


Kalau korang teragak nak pi kedai auntie ni, naik je ke tingkat 4 punya foodcourt.Tengok signboard macam kat gambo atas ni, itulah kedainya.

Memang worth it lah. Murah + Banyak + Sedap = Happy face…

Balik rumah terus tak dinner akibat kekenyangan yang amat ya rabbi!

p/s : Malam tadi jumpa Hanis Zalikha masa preview filem Gangster Celop tuh. Boleh tak perasan plak dia berlakon dalam filem ni, maklumlah rambut dia dah lurus plak ek.




10 comments :

Amanda Suria said...

uish...nak terjah la nanti...

Obat Kanker said...

waaaaah mantap !!

...Nadz Fisol... said...

terliur plak tengok mee kari tu

Azham Vsvc said...

Saya selalu makan mee kari kat situ....murah dan sedap hehe! memang best amek port tepi tingkap tu, dan makan waktu hujan petang kat KLCC hehehe !

ashadin said...

aghh tak ajak sha ! *tetibe*

Cik Kamoo said...

dah lame tak makan mee kari...tgk entry nie...kecur air liur. tinginnye!!

Mia Liana said...

makkk aiiii betul2 tergoda ni.... huhuhuh

Izzat Eshak said...

Memang layan food review je la masuk blog cik lily putih ni =)

hazman aka species1980 said...

untung auntie nei dapat promosi percuma....tapi memang best la kalau mee tu kuah pekat...baru sedap kan

Sukma Haron said...

wantan tu nampak sedap....ermmmm