Thursday, February 14, 2013

Sayangi Kereta Anda | Ego, Leka, Punca Kemalangan Di Jalanraya

Hi Korang,

Hari ni tak de mood nak cite pasal spareparts kereta.

Moh citer pasal perangai driver kat Malaysia ni.

Ok tengok gambo ni.

Dicilok dari Instagram my S.I.L

Gambar ni di ambil masa Road Trip ktorg last week.

Masa on the way jalan dari Mersing ke Johor Bahru. Ntah kenapa sepanjang hari tu plak boleh hujan, nak tak nak teruskan gak journey. Ikut jalan lama. Biasalah dah nama pun jalan lama so haruslah bersimpang-siur dan berliku-liku (ewah dah macam lirik lagu plak ek).

Ktorg bergerak secara konvoi, so slow dan steady je ikut marshall tapi ada gak yang melaju dan tak reti bahasa. Dalam keadaan hujan lebat ni, ada plak kereta-kereta lain dengan selambanya memotong tanpa hiraukan orang lain. Bukan kereta besar pun kecik je.

Tup-tup sampai satu selekoh tuh, Mr Big brek mengejut. Abis terpelanting aku ke depan kan heheheh tipu lah, pakai seat belt mana boleh terkeluar kan. Terus kereta semua berhenti.

Rupanya kereta yang gambar korang tengok tu termasuk dalam nak kata gaung tak plak but tepi jalan yang ke dalam cam tuh. Kereta Citra orang melayu. Masa ktorg lalu tuh orang semua dah abis keluar, banyak gak kereta STOP. Maklumlah orang Malaysiakan prihatin gamaknya.

Nampak tak?

Sebab apa jadi cam tu.

Semuanya berpunca dari sikap pemandu itu sendiri. Nak cepat, marah orang terhegeh-hegeh bawak kereta, nak tunjuk ego yang keretanya laju, tak sabar dan memacam lagi lah yang aku rasa korang lebih arif dari aku kan. Tapi kekadang tu takdir yang tak menyebelahi kita kan. Alah dah nasib

Sudahnya tak kemana pun.

Ke situ plak akhirnya. Hopefully driver dan penumpang kereta tu selamat dan moga-moga dia tahu apakah langkah yang harus diambil.

Sebenarnya ini jadi pengajaran kat kita semua especially aku. Jalanraya tu bukan tempat berlumba ye, kalau nak lumba gak terus pi Sepang Circuit tuh.

Itu je




4 comments :

Farah Waheda Wahid said...

oleh itu...beringatlah sebelum terkena.... ^_^ ...

oyye_gibbous91 said...

Bila memandu ingtla org yg trsyg.
& memandu scra brhemah...

Myvitrd said...

sebab tu ada peribahasa mengatakan biar lambat asalkan selamat... kalau dan macam tu sapa yang susah keluarga dan diri sendiri juga.. selamat takda nyawa yg melayang..

SURIA AMANDA said...

malunyaaa kalau SA yang masuk longkang mcm tuh...