Thursday, February 21, 2013

HARLEM SHAKE Plak!

Hi Korang,

2-3 hari ni aku perasan ramai plak duk sibuk citer pasal HARLEM SHAKE ni.

Apo plak binatang tu ek ?

Cari punya cari rupanya tarian. Kira macam ‘Gangnam Style’ la ni.Ok meh layan sejarah tarian ni.

Apa itu HARLEM SHAKE ?


Jika dikaji sejarah terciptanya tarian Harlem Shake, tarian ni merupakan satu tarian yang cukup popular pada tahun 80-an di sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan sering digunakan dalam video muzik.

Tarian ni sudah bermula sejak 1981 tetapi popular semula pada tahun 2013. 

Tarian ini nampak lebih mudah dan tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Korang hanya perlu perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan je dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Tarian ini dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama.


Pada tahun 2011, pemuzik elektronik, Baauer telah menggunakan nama Harlem Shake bagai tajuk lagu muzik ciptaannya dan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2013, lagu tersebut telah diguna pakai untuk tema video popular tarian Harlem Shake.


Video viral tarian Harlem Shake pertama telah dimuat naik pada 30 Januari 2013 yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Selepas dari itu, pelbagai video tarian Harlem Shake dapat ditonton menerusi laman YouTube.

Sini aku ade letakkan video tarian HARLEM SHAKE ni. Aku cilok dari Nuffnang punya youtube.

Mehlah tengok


Kelakar kan.

Lebih kelakar lagi, aku kenal plak para penjogetnya.. gelak-gelak aku tengok, siap replay balik 2-3 kali.

Anyway,

Keep CALM and Do the HARLEM SHAKE!


5 comments :

diana said...

TAK SANGGUP RASA NAK MENARI SAMA..HUHU..

deq noor said...

First time dengar pasal tarian ini. Nampak sgt xmengikuti perkembangan kan. hee..

Anonymous said...

Unquestionably consider that which you said. Your favourite justification seemed to be at the
internet the easiest thing to be mindful of.
I say to you, I certainly get irked while folks think about issues that they plainly do
not know about. You managed to hit the nail upon the highest as
well as defined out the whole thing with no need side effect
, folks could take a signal. Will likely
be again to get more. Thanks

Look into my web blog - chuecomundo.blogspot.com

hazman aka species1980 said...

tu la pasal... mula2x diorang buat pose...tak sangka diorang betul buat video HARLEM SHAKE nie...ahahahha

Cik Nurul Siezuka said...

Hahaha lawak betul geng2 Nuffnang nih..