Wednesday, April 29, 2026

SHARP dan Nojima Berganding Bahu Menonjolkan Ekosistem Kehidupan Yang Menyeluruh di LaLaport Bukit Bintang City Centre

Hi Korang,

SHARP Electronics Malaysia dan Nojima Malaysia telah secara rasmi melancarkan kerjasama strategik untuk membawa reka bentuk, inovasi dan falsafah gaya hidup Jepun untuk rumahtangga tempatan di bawah konsep “Japanese Living to My Home”.


Selaras dengan imej mereka sebagai jenama Jepun yang sebenar, SHARP dan Nojima bertekad untuk memaparkan teknologi canggih dan mutu perkhidmatan Jepun yang dikenali sebagai "omotenashi".



Dalam pasaran yang semakin dibanjiri barangan alternatif yang murah dan berkualiti rendah, SHARP menonjolkan peralatan yang boleh dipercayai serta premium untuk pengguna-pengguna yang mencari nilai terbaik.


“Kami mahu pengguna mempunyai pilihan barangan yang boleh diharap dan jenama Jepun sememangnya tulus dan unggul,”
kata Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia Ting Yang Chung.

Sementara itu, Pengarah Nojima APAC Pte Ltd & Ketua Pegawai Eksekutif COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, Tomonori Amma berkata pengguna akan menikmati perkhimatan runcit yang menjangkaui urusan jual-beli biasa.


“Kerjasama kami dengan SHARP membolehkan kami mempersembahkan penyelesaian teknologi dan gaya hidup Jepun dengan cara yang interaktif, menarik dan bermakna untuk rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Berhadapan dengan realiti isu kenaikan harga elektrik dan trend Bekerja-Dari-Rumah (BDR), SHARP memperkenalkan teknologi Inverter J-Tech terkini berserta jaminan baru selama lima tahun.

Ting menegaskan komitmen ini akan memastikan bahawa keluarga-keluarga di Malaysia dapat menjimatkan tenaga dengan penuh ketenangan semasa halatuju ekonomi tidak menentu dan kos elektrik melambung serta boleh membantu mereka menguruskan perbelanjaan dengan lebih bijak tanpa mengorbankan keselesaan.

Kempen "Japanese Living to My Home" yang berlangsung mulai hari ini di LaLaport Bukit Bintang City Centre didasari wawasan untuk menyatukan pelbagai jenama Jepun.








Dengan menyatukan teknologi SHARP dengan kepakaran runcit Nojima serta elemen gaya hidup NITORI dan estetika reka bentuk Aatas Living, SHARP menghasilkan ekosistem kehidupan yang lengkap meliputi semua keperluan harian.

Maklamatnya ialah untuk menjadikan LaLaport sebagai hab premium di mana semua jenama Jepun digabungkan untuk memberikan pengalaman gaya hidup Jepun yang menyeluruh dan berkualiti tinggi untuk semua rakyat Malaysia.

Selama dua minggu mulai 28 April, pengunjung boleh melawat pameran interaktif di Main Atrium LaLaport yang akan menampilkan inovasi seperti teknologi Ion Plasmacluster (PCI) dan Biomimetik.

Di luar ruang Main Atrium terdapat SHARP x Nojima Japanese Living Hub. Direka berdasarkan ruangan rumah yang sebenar, ia menawarkan aktiviti mingguan seperti bengkel gaya hidup dan sesi interaktif untuk para pelawat.


No comments :