Thursday, September 15, 2011

Majlis Pratonton Filem 'LIBAS' @ TGV Wangsa Walk

Hi Korang,

Aku dapat jemputan dari Duta TGV dan goodfren Rosyam Nor untuk ke majlis pra-tonton filem LIBAS ni malam tadi. Majlis di adakan di TGV Wangsa Walk. Kira pack lah tempat ni semalam kan. Penuh dengan para pelakon dan peminat sampai 3 panggung sekali filem LIBAS ni di tayang kan. 


Di sebabkan duta TGV ni tak berapa nak kenal/ingat tiket2 nei nak bagi kat sapa, maka k ina selaku tekong dan aku apit kanan, tunggulah bloggers2 lelain ni sampai kan. Jadi sempatlah ktorg bercamwhore kejap dengan artis2 yang lalu lalang di situ.

Tekong dengan apit kiri dan kanan kan

Dah, meh layan sinopsis citer nie jap


Sinopsis:


Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand.

Sessi sidang media

Johan di interview Melodi

Ini pandangan aku :

Memula bila aku tengok tajuk filem 'LIBAS', aku dah ingat cerita bergenre aksi lasak kan. Ternyata aku salah. Rupa-rupanya aksi komedi. Pasal sepak takraw rupanya, tapi LIBAS ni lagi ganas lah coz no law gituh.

Aku rasa gandingan para pelakon yang mantap lagi top2 ni lagi membuatkan filem 'LIBAS' ni menarik. Tak silap aku ini filem pertama Scha bergandingan dengan Rosyam Nor. Ada few scene yang Rosyam Nor buat sendiri sampai bahunya patah lah. Pelakon2 yang lain banyak jugak membantu bagi menghidupkan cerita ni.   

Jalan cerita mudah di fahami, straight forward. Walaupun banyak guna CGI tapi rasanya tak berapa nampak langsung lah. Selain dari bola terbang kuar api dan kuar asap tuh the rest nampak cam real je. 


Di sebabkan, Mr Big tak ikut aku pi tengok citer,nampaknya akulah kena kasi bintang. Nak kasi berape ek? 4 / 5 bintang sebab best dan kelakar.


Senyum je Scha Al-yahya bila di ajak bergambar

Tinggi kan, Fauziah Gous nie


Ramai jugak geng blogger yang hadir. Aku jumpa Fara-eng, Zurie, Daydeck, Amy Sweetdarling, Hamzah then aku nampak Bean, Ain Ery dan ramai lagi lah. 

So thank you kat Jejai dan TGV coz sudi ajak aku tengok pratonton filem 'LIBAS' nie. Ternyata sangat menarik dan aku tertarik.

Kalau ada lagi, boleh lah ajak aku  ek.
  

8 comments :

farra-eng said...

Duta TGV tu jejai kah hahaha

Nyamuk Terbang said...

best nya kena peluk dgn fauziah
hoho
nk tgk lah nnt crta nie

Yana Yassin said...

sangat menjeleskan,... :))

sW33tdARLiNG said...

padanler tak heran nak bergambar.. awal2 dia dah balun dulu... retis kauuuu jah!~

Iylia said...

smlm nmpk akak dr jauh.tp xsempat nk tegur

hazman aka species1980 said...

kena keje time tu kan....so tak la nak pergi....so ko nak join aku tak movie day out kat midvalley 19hb malam nanti....

YouSOF said...

Wahh. Siapa tak seronok dapat tengok wayang PERCUMA kan.. ;D


Kalau tengok trailer CGI api nampak macam hampeh, tapi lepas baca review rasa macam nak pergi tengok esok je. heheh

bicara mak dara said...

Saya pun ke sana juga malam tu.. sayangnya kita tak berkesempatan utk berjumpa.. Anyway great review.. Hopeflly LIBAS akan terus melibas di panggung mulai 29hb Sept ini.. =)