Monday, May 23, 2011

Review : Nur Kasih The Movie

Hi Korang,

Ramai betul bloggers pun review pasal filem Nur Kasih ni kan, aku pun tak nak ketinggalan jugak lah.


Memula meh baca dulu sinopsis Nur Kasih The Movie nie:

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.


Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.

Nie pulak pandangan aku :

Menarik sesangat. Lokasi penggambaraan tu yang buat aku teringin sangat nak tengok citer nie. Sawah padi kat Tanjung Karang tu memang cantik dengan angin sepoi2 bertiup kan dan kat di Jordan plak totally cantik sangat macam dalam lukisan lah kata Nur Amina. Tapi time keretapi meletup tu terperanjat lah aku kejap kan.

Bab-bab romantik antara Adam dengan Nur Amina tu memang kaw-kaw lah. Memang best giler lah. Ada jugak bab sedih2 but aku still ok lagi tak de lah nak nangis2 sangat kan. Susah nak dapat cinta yang cam nie lah. Berjaya jugak aku tengok pengabisan kisah Nur Kasih nie kan. Mintak2 jangan ada lah Nur Kasih The Movie 2. Letih lah nak ingat balik kan.

Majoriti yang penuhkan panggung untuk citer ni semuanya pompuan lah kan. Kalau ada lelaki tu mesti datang dengan awek diorg lah kan yang datang dengan family pun ada.


Rating aku nak bagi : 4/5 lah.. Not bad.

Cuma aku nak komen sket, Adam masa tua tuh biarlah yang macho sket macam Jalaluddin Hassan ke Ahmad Tarmimi ke kan.. baru lah best sket..

11 comments :

Rollo De Pedicula said...

hahahaha
adam kan sakit
tu tua2 dia teruk sikit tu
ekekekeke

Kalau Sudi Bacalah Review Filem Nur Kasih The Movie di blog saya

Review Nur Kasih The Movie

♥MAMASYAZA♥ said...

wahhh kena g tgk la kalo camtu

man yusoef said...

adam tua klu jalaludin hassan dah mcm ayah dia plak time kat drama...huhu

isabelle said...

no komen sbb aku tak tgk lagi.
nak tgk pun, aku takut aku xfaham sbb aku x follow drama dia dulu (agak2 aku leh fhm x?)

weh, sape jadi adam tua tu?

en. suhaimi said...

filem nur kasih is the best...... tengok banyak kali pun tak jemu.... baik korang cepat2 pegi wayang tengok skrng.


beli dinar iraq di sini http://jutawan-dinar-iraq.webs.com

mr.F said...

jalaluddin hassan bapak adam dgn aidil la kak lily...ni mesti tak tgok drama ni,,hehhehe...

btw, nur kasih mmg best, walaupun masih ade kekurangan, tp sinematografi mmg terbaik! cam shoot lawa...tiz boleh mng pelakon wanita terbaik kot,,,terase die punye lakonan

KiD said...

4/5.. waah.. mcm best je
Perpisahan Berlaku Lagi | Sayonara IBM 34

hazman aka species1980 said...

ramai gak blogger lelaki yang nanges tengok citer nie....

Bella Enveeus said...

Best ni tengok movie free! Saya mungkin tak sempat nak tengok movie ni.. Dengar macam best je.. Maybe beli DVD terus kot.. Sape yg berlakon sebagai Adam masa tua tu?

Admiral Hafiz said...

baru tengok movie ni semalam...
memang agak terlambat, tapi takperla kan?
better late, than never...

secara jujur, sy tak pernah pun layan drama nur kasih ni
kononnya ego la..tak layan citer2 jiwang
smlm ble member ajak, so layan jela..

ble start je movie, terus sy tergamam
mmg filem Nur Kasih ni tak sama dengan filem melayu2 yg lain
cantik je scene2 dlm filem ni...
mmg seronok dan berbaloi tengok filem ni!
no wonder la siri drama nur kasih jadi fenomena dlm negara kita

Entry Terkini:
Review Jujur Nur Kasih The Movie Daripada Bukan Penonton Siri Drama Nur Kasih

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

cite tangkap nangis.. : NUR KASIH TAKKAN TAMAT DI SINI….