Thursday, May 26, 2011

Mr Big Tunjuk Skill Memasaknya

Hi Korang,

Hari tuh dengan tak semena-mena nya aku blur dah tak tau nak masak apa kan. Puaslah bukak katup pintu fridge tu untuk dengan apa barang yang tinggal. Last-last aku duk termenung sambil cakap dengan Mr Big makan luar jelah hari tuh.


Mr Big ni plak bila dah balik malas nak kuar2 rumah lagi kan. Dia bangun terus ke dapur. Memula dia pi masak nasi dulu. Aku tanya nak masak apa. Dia cakap surprise. Dia suruh aku duk je diam2 jangan tanya apa pun.



Dia amik bawang putih then hiris halus2. Kemudian bila nasi dah masak, dia cepat2 sejuk kan dulu. Ooo nak buat nasi goreng rupanya. Bila nasi dah sejuk, terus je dia panaskan kuali.

Tumis bawang putih dulu.

Masuk telur plak

Masukkan nasi


Memula tumis bawang putih tu dulu. Sampai hangus2 hitam ko dia buat. Kemudian dia pecahkan telur. Godak punya godak, then letak garam sket.  Bila dan memacam bau timbul terus je dia masukkan nasi dengan letak kicap sket.


Automatik bau hangus hangit tu hilang tup tup datang bau wangi plak. Dia gaul kan nasi tu tadi sampai sebati. Then baru dia cakap inilah dia Nasi Goreng Orang Bujang. Dia cakap masa dia bujang2 dulu, inilah yang selalu dia masak. Senang, mudah dan menyenyangkan.

Yang best tu, siap hidang dengan ice lemon tea sekali okeh.. Impress jugaklah aku dengan dia kan.

Anyway, sekali sekala si suami tolong masakkan untuk isteri ok gak kan, dapatlah ringankan sket beban kerjarumah kan, tapi jangan lah tiap2 hari. Melampau kan.

Hehehhehehehhe chaos..

8 comments :

Syigim said...

olololo....comel....suruh duk diam2 n bior je dia masak :P so sweet kan bile skali skala suami nk take over dapo ni :)

Farah Shamsudin said...

bestkan kalau en suami sesekali tolong masak.. heheh.. saya pun kalau dah tak tau nak msk apa, nasi goreng jela menjadi menu utama..

isabelle said...

bila laki masuk dapur sekali sekala..mmg best sgt kita rasa kan?

J.M.R said...

wah, romantik la mr big ni kan..heheh..;-)

Ummi Salsabila said...

i pun impress jugak kalo hubby i mskkan camni.bkn sng kan.:)

makdara TERdiva said...

sesekali kalau suami yg masak memang sedap..sbb hari2 airtangan sendiri yg masak dah jemu rasanya nak makan.. :D

hazman aka species1980 said...

lebih kurang teknik aku masak nasik goreng je nie...tapi suka makan ngan nugget...

lagenda said...

sesekali org lelaki yg masak, mmg sedap kan?