Tuesday, May 17, 2011

Acara Melepaskan Ikan Ke Kolam

Hi Korang,

Cuti-cuti ni lepas dah siap segala mak neka keja kat umah ni, apa lagi layan internet lah kan. Yelah tak de benda nak buat baik update blog ada jugak faedahnya kan.


Bila balik kampung hari tuh, tak de buat benda pun selain makan dan tidur kan. Tup tup teringat kat kolam ikan yang ala-ala swimming pool dan tempat spa tuh kan, so berhajat jugaklah di hati nak beli ikan kan.

So pepagi semalam lepas siap breakfast bagai, ktorg kuar untuk survey kedai ikan kat area umah mak aku ni. Ermm hampeh tutup. Then terus je meluncur kat pi Muar coz member aku cakap kedai ikan banyak kat Muar ni. Before nak ke Muar singgah jap pi pasar beli lauk untuk masak kan, tup-tup terpandang ada kedai ikan kat bandar Jasin ni. Apalagi singgah lah, rupanya memacam jenis ikan ada. Dari anak ikan sampai ke bapak ikan pun ada. Pilih punya pilih mak aku berkenan Japanese Cub a.k.a Ikan Koi kan. Beli seplastic. Puas hati. Harga pun murah. Setengah tempat ermm melantun kan harganya


Sampai rumah rehatkan kejap ikan, then pi penuhkan air kolam sambil bubuh air klorin sket kemudian terus pi masak dulu. Pas masak apa lagi acara melepaskan ikan lah kan.


Memula masukkan ikan bandaraya dulu. Eh mesti letak, kalau tak berlumut kolam tu nanti tau. Alah beli 2 ekor je. Geli plak bila tengok colour dia tu kan. Lepas tu barulah masukkan ikan-ikan koi ni. Bila dah lepas tu leka plak tengok ikan tu kehulu kehilir kan. Kalau tau tadi beli 2 plastic kan.

Ikan Bandaraya

Japanese Cub a.k.a Ikan Koi

Mak aku bukan main seronok lagi. Ada dekat 1/2 jam jugaklah dia duk tengok ikan-ikan tu berenang-renangkan. Terus je dia cakap nak pi beli lagi petang nanti.  


Ermm bagus jugak ada kolam ikan ni, at least bila boring-boring boleh lepak kat sini sambil layan ikan-ikan ni kan. Nanti aku balik lagi sekali upgrade lagi kolam ikan ni lah.

Lepas ni busy lah mak aku yelah, nak bagi cucu makan, nak bagi kucing2 makan now nak bagi ikan makan plak kan...


4 comments :

Myvitrd said...

nak masuk berenang sekali pon boleh kolam ni..hehehe

malarang said...

fuyoo..best tu,masuk berenang pun boleh..nak srh ayah kita buat kolam mcm ni juga la kat kampung,hehe...

J.M.R said...

jpnese koi nnt leh jadi besar mana ek? besr gk kaan...

hazman aka species1980 said...

kalau buat fish spa pun okey gak nie...