Tuesday, May 3, 2011

Apa Saja Di Bukit Bintang

Hi Korang,

Selamat hari selasa. Dah seronok2 cuti weekend hari tuh sampai semalam jangan plak malas keje kan.

Memandangkan cuti panjang nie, ktorg plan malas nak balik kampung coz takut jem instead ktorg bercuti di KL je. Tak kemana pun abiskan masa kat umah, pi orang kawin, service kete, beli barang dapur sket dan memacam lagi lah.


And semalam aku ikut bebudak opis aku ni pi Bukit Bintang alah sesaje je nak cuci2 mata kan. Sorang nak cari camera DSLR baru dan sorang lagi tak penah ke BB, maklumlah dia tu foreigner mesti tak tau jalan kan. Before 12 ktorg dah terpacak kat depan pintu masuk BB ni lah. Brunch kejap then ktorg merayap ke Low Yat Plaza dulu.


Pusing punya pusing jumpalah idaman hati minat ni kan, CANON 550D. So belek2 lah camera nie tanya harga tambah accessori sket tukar lens panjang sket upgrade memory card 8gb yang boleh main HD recording tuh agak berbaloi jugaklah harga yang ditawarkan. Kira mengigil jugak minah ni kan bile time nak bayo. Nasib baik ktorg bawak org expert pasal camera ni so senang lah sket. Tak de lah cam rasa kena tipu kan.

Pas tu plak, cari bag camera untuk mamat sorang ni plak. Banyak jugak pilihan yang best2 but harga melantun2 mahal jugak. Tawar punya tawar dapat jugak harga yang berkenan di hati.


Lebih kurang 2 jam jugak lah kat dalam plaza ni kan, uisk tak sangka payah jugak nak beli gadget2 IT ni kan. Masa mr Big beli dia punya dulu senang dan cepat je coz dia dah survey 3-4 kali kat sini.

Lepas tu ktorg sambung shopping + lepak kat Sg Wang Plaza plak. Ramainya manusia semalam kat sini sampai nak lepak pi minum kat Old Town pun tak de tempat lah. Lepak2 kejap minum sambi Borak2 Mr Big datang then after that ktorg split coz nak cari baju untuk photoshoot weekend nie.


Anyway bagi aku area Bukit Bintang ni memang seronok dijelajahi. Macam-macam benda kita boleh jumpa lah terutama sekali bab shopping2 ni. Macam aku ni cakap tak de nak beli apa2 last2 hangkut jugak handbag dan pump shoes. Tak taulah bila nak pakai standby beli je.

Sekali sekala hang out dengan bebudak opis time2 cuti ni cool jugak kan. Korang plak bercuti ke mana plak ek?

4 comments :

Sumijelly said...

wah..sok2 leh la ajak ko g belil canon entahbila aku nak beli tu kan..

ko jadi aku punya penawar harga..hakhakhak

Sumijelly.com

isabelle said...

i tgu next week baru gi bercuti.hehe...
ngelat sbb xnak ramai2.
eleh..bercuti la sgt.ikut laki mak outstation actually

hazman aka species1980 said...

haishh.... aku nie pun tengah berkira2 nak upgrade lens ngan beli flash DSLR aku....

KiD said...

bukit bintang memang macam2 adaaaaa... hehehe.. aku balik kampung aje.. tenangkan fikiran dari kesibukan KL.. hehe

Kambing Golek Sungai Besar