Saturday, May 14, 2011

My Hypp TV Bloggers Party Great Momments

Hi Korang, 

Saya mendapat jemputan eksklusif untuk ke Hypp TV Bloggers Party di Neo Tamarind Kuala Lumpur pada 6 Mei 2011 yang di anjurkan bersama Nuffnang dan Hypp TV.
Comel tak?

Cantik sangat tempat ni

Saya tidak sangka wujudnya restoran sebegini yang terletak betul-betul di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Memang ternyata sangat cantik dan sesuai untuk berehat sebentar selepas kerja sebelum pulang ke rumah.

Kami Bloggers Tegar

Selesai acara pendaftaran, kami berlegar-legar di sekitar restoran ini untuk mengambil gambar. Sangat menarik pemandangan di seluruh restoran ini. Tidak ketinggalan juga saya sempat bertegur sapa dengan bloggers yang lain. Maklumlah memang jarang jumpa mereka ini kecuali ada event sahaja. Kami di hidangkan dengan minuman cocktail iaitu air asam jawa dan air serai. Nampak macam kelakar bunyinya tapi bila sudah minum, terus minta tambah 3-4 kali. Memang sedap dan menyegarkan. Apptizernya juga sangat lazat dan memang authentic.
Package yang aku rasa nak subscribe.

Sambil itu juga, saya sempat singgah di mana terletaknya TV yang menayangkan segala jenis saluran yang terdapat di Hypp TV ini. Apa lagi terus mencuba dan melihat rangkaian yang menarik. Setelah berbual-bual dengan salah seorang staff Hypp TV ini, saya rasa amat tertarik dan berkenan di hati untuk memiliki Hypp TV ini. Dek kerana terlalu banyak rangkaian yang di tawarkan, saya rasa mungkin saya akan memilih Warner TV, Universal Channel dan Travel Channel kerana isi kandungannya cukup membuatkan saya betul-betul teruja untuk memiliki Hypp TV ini dan yang pentingnya saya tak perlu bimbang bila hari hujan atau ada ribut petir kerana saya masih boleh lagi menonton Hypp TV ini tanpa gangguan yang bertepatan dengan taglinenya iaitu Primetime, Anytime, Everytime.

Belajar dulu sebelum subscribe kan.

Acara di mulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengurus Operasi Hypp TV. Walaupun ucapannya ringkas tapi banyak yang dapat saya tahu seperti Kejayaan HYPP TV yang kini sudah mencapai lebih kurang 80,ooo orang yang melanggan sejak ia diperkenalkan tahun lepas. Kagum sungguh. Ini yang membuatkan saya ingin tahu betapa hebatnya Hypp TV ni. Eh, ada jugak cabutan bertuah. Menarik juga hadiah-hadiahnya yang di tawarkan, mana soalannya berkisar Hypp TV.

Bagus diorg ni tau

Semasa makan kami di dendangkan dengan persembahan live band dari Telekom in house musician. Yang bestnya, penyanyinya merupakan salah seorang Vice President (VP) dalam salah satu jabatan di dalam Telekom ini. Memang diorang ni multitalented katanya.

Selepas makan, ada acara merupakan games yang di adakan untuk kami para bloggers dan juga media. Kami di kehendaki menyelesaikan 3 task iaitu
Happy time for us

1.    Hypp TV Trivia – menjawabnya soalan mengenai Hypp TV

2.    Hypp TV Tweet It, FB It – menyebarkan mengenai Hypp TV di Twitter or FB

3.    Hypp TV Model – mengarang tagline & bergambar dengan Hypp TV.
Memang sangat menarik kesemua acara ini kerana kami sesama sendiri berusaha untuk mempamerkan aksi2 yang terbaik untuk menang kerana hadiah utamanya merupakan IPAD2.

Setelah selesai juri-juri memberi markah dam memilih pemenang kini acara kemuncaknya iaitu penyampaian hadiah bagi acara 3 Games, Best Dress for Male & Female dan jugak ada lucky draw.
They wins

Nampaknya majoriti kategori di menangi oleh bloggers yang saya kenal seperti Eyriqazz (Best Dress Male), Darkbatman (Best Hypp TV Pose) dan hadiah utamanya di menangi oleh salah seorang Nuffies iaitu Michelle. Ucapan sekalung tahniah  kepada mereka bertiga yang bersungguh-sungguh mengikut tema malam itu iaitu Hollywood character idol.

Event ini memang menyeronokkan dan dapat menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai Hypp TV. Walaupun tak menang apa-apa,kami tidak pulang dengan tangan kosong. Kami membawa pulang goodies bag dari Telekom yang berisi pelbagai barangan keluaran segala rangkaian di dalam Hypp TV dan fail yang berisi maklumat mengenai Hypp TV ini.

Terima kasih kepada Nuffnang dan Hypp TV yang sudi menjemput kami berdua. Moga-moga ada lagi jemputan seperti ini di lain kali ye.

Saya bakal memilikinya. Anda bila lagi?

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Hypp TV ini, sila klik ke websitenya www.hypp.tv untuk lebih keterangan.

7 comments :

intanurulfateha said...

kak lily! u r sooo gojes n sexy! i loikeee~~

J.M.R said...

wah, sgt meriah..dh lama x join event nuff...hmm...

hazman aka species1980 said...

whoaaa.... susun atur ayat post entry macam gaya editor majalah laa....good3x... GOOD LUCK yea...kalau menang aku nak pinjam iPAD 2 seminggu tau.... ;-p

KiD said...

mana abang gue tak nampak pung... hahhha.. idup TM!!

Blogspot Down | Tragedi 13 May atau Friday 13??

ShashaCatering said...

Nice event.

Kat mana restoran ni?

isabelle said...

awat hang x ikut tema beria-ia lily? kalo x, lagi byk hadiah leh angkut bwk balik.

:: noremy bte rahmat :: said...

wah beshnyer...
nie pakej unifi kan?



p/s:cik lily nak discount voucher mamogram ker?meh la drop alamat (^_^)
senang nak send secepat mungkin...