Friday, December 10, 2010

Fly With Firefly Airlines, I Want!!

Hi Korang,

Aku memang teringin sangat nak pi ke Kota Kinabalu, Sabah. 3 tahun lepas ktorg hampir terbang ke sana tapi di sebabkan ekonomi merosot time tu maklumlah masa tu baru kawin so ktorg lepaskan jelah peluang nak ke sana eventho time tu tiket flight semua dah beli.

Ermm sebab apa yang aku teringin sangat nak kesana, salah satunya ialah :

1. Nak rasa naik Kereta api Borneo Utara / North Borneo Railway


Orang kata best kalau dapat naik keretapi berkepala wap nie. Sebab keretapi nie round area Kota Kinabalu nie. Lalu celah2 kampung pendalaman. Yang best tu, boleh turun2 kat stesyen kecik dan nikmati keindahan kat situ. Ermm walaupun harga tiket tu mahal sket but why not sekali sekala kan.

2. Nak pi melawat kat Kampung Budaya Monsopiad


Ermm haruslah nak melawat sejarah Kota Kinabalu dan jugak mengenali budaya orang Sabah. Tempat nie merupakan muzim hidup lah orang panggil. Selain daripada ada Tangkob iaitu tempat pengumpulan padi ada juga tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan juga busana Bobohizan Inai Bianti, iaitu keturunan terdekat Monsopiad. Ala lagi, rumah tengkorak pun ada tau

3. Nak pi ke Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu


Nama cam pelik kan? but actually tempat nie merupakan tempat perlindungan burung ini meliputi kawasan seluas 24 hektar (60 ekar) hutan paya bakau. Kawasan ini sekali gus menjadi pusat pendidikan dan rekreasi. Burung yang sering didapati di sini ialah spesies yang berhijrah dari kawasan-kawasan sejauh Asia Utara, Siberia dan China Utara seperti Burung Kedidi, Greenshank, Redshank, bangau dan pucung dan juga burung-burung silara umpamanya collared kingfisher dan stork-billed kingfisher.


4. Nak pi Shopping kat Tamu Mingguan Jalan Gaya


 
Setiap pagi Ahad, laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalu lintas untuk memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya. Belilah apa sahaja barangan di bawah teduhnya pepohon dan payung besar, umpamanya sarung batik, buah-buahan dan bunga-bungaan, lukisan dan kraf, kasut, barangan antik dan cenderamata, kuih-muih, malah ada juga haiwan belaan dan herba!. Tempat ini menjadi lokasi terbaik untuk menyaksikan sendiri keratan lintang masyarakat tempatan apabila keseluruhan keluarga keluar berseronok mengisi hujung minggu mereka di sini.


5. Nak berehat kat Pantai Tanjung Aru



 
Dekat je pantai ni dari bandar Kota Kinabalu, tempat ini amat dekat di hati penduduk tempatan, dan dengan hanya satu kali kunjungan sahaja anda akan mendapat tahu jawapannya. Nikmatilah jus kelapa dan tebu, sate ayam atau daging, kacang dan jagung stim, atau menjamu selera di restoran makanan laut yang terletak di situ.

Banyak tempat lagi yang aku rasa nak melawat bila dah sampai Kota Kinabalu nie but 5 yang atas tu confirm2 aku nak pi kalau ada rezeki ke Kota Kinabalu.

Ala aku menulis bukan main panjang nie bukan apa, aku nak masuk contest Feeqsays nie. Hadiah dia lumayan gak. Itu yang bersungguh2 aku menulis tu kan. 

 
Info & Pics from SabahTourism

8 comments :

Kazaztan Team said...

salam,

ehhh teringin la pulak..naik keta api ut yg rare tu...tak pernah lg jejak kaki ke sana...

Watie Rose said...

seronoknyer kalau dapat pegi ke sana....

h4ni3 said...

kalo pi KK, aku nak berkampung kat filipino market jer.. hehehhe

hazman aka species1980 said...

GOOD LUCK.... keretapi wap nie memang menarik untuk kita cuba.... ;-p

CikLilyPutih said...

@kazaztan team
hah apa lagi, join lah contest nie kan

CikLilyPutih said...

@watie rose.
itulah kan. mintak2 la menang ek

CikLilyPutih said...

@hanie
la shopping jelah keje ko kan

CikLilyPutih said...

@hazman
itulah. aku memang teringin sangat nak naik train tu