Thursday, November 6, 2014

Sayangi Kereta Anda : Bila Memandu Di Terowong Menora

Hi Korang,

Aku memang takut bila nak drive ke Penang.

Sebab aku takut lalu kat Terowong Menora tuh, walaupun dulu 3 tahun lepas aku ulang-alik je KL – Penang setiap minggu. Itu sebab kerja so kena bertabah je time tuh.


Lately ni bila mata mula tak berapa nampak, telinga kurang peka sket, rasa nak drive jejauh tuh cam cuak semacam je, umur dah meningkat gituhlah gamaknya.

Masa ktorang travel ke Taiping hari tuh, of courselah kena lalu Terowong Menora ni kan.


Nasib baik pergi tuh, Mr Big yang drive so dapatlah aku snap a few photos sambil nak ingatkan balik cam ne nak drive balik nanti. Kat mane nak tukar gear, kat mana nak memotong kan. Eh penting semua tu bagi aku, korang tak penting lah kot.

So lepas je dari area Ipoh tuh, kereta dah mula start mendaki.


Sebab kereta ramai orang time tuh, so Mr Big malas nak potong coz buang minyak katanya yelah tekan minyak time mendaki kan. So ktorang duk lane tengah je, kalau ada lori then baru memotong. Gear pun dah tukar daripada gear D ke gear 3, jadi tak delah kereta rasa berat.



Masuk terus ke Terowong Menora ni, yang panjangnya lebih kurang 800 meter di antara Plaza Tol Jelapang dengan Kuala Kangsar. 



Walaupun tak panjang, tapi rasanya boleh lemas jugak kalau lelama dalam tuh. Ada jugak yang duk berani memotong dalam terowong ni, ishk semua nak cepat ek.


Once keluar dari terowong Menora, jalan menurun bukit. Kat sini lagi mencabar gak coz turun bukit curam. Apa lagi kena drop gear lagi tau, test brek jugak. But dont worry, ada banyak line kuning sepanjang jalan nak sampai ke RnR Sg Perak. Make sure tolong bawak seperlahan yang boleh la, bukan apa garisan kuning tu rasanya agak tebal kalau kita langgar laju je boleh terkeluar apa yang ada dalam perut kan especially bagi wanita hamil. Aku ni rasa senak gak bila lelaju lalu kawasan tu kan.


So please jangan drive lelaju lah, sebab anything happen korang plak brek emergency rasa boleh terangkat kereta tau. Lepas je sampai RnR Sg Perak tuh, baru rasa lega coz jalan kembali normal.

Lagi satu ni aku nak citer lagi.

Bila memandu dari Kuala Kangsar nak ke Ipoh.

Keluar je dari terowong Menora tu, jalan kat situ lagi curam daripada jalan nak ke RnR Sg Perak tau, sangat sangat curam. Jadi ikut je instruction atau arahan papan tanda di tepi jalan tuh. Test brek, jangan memotong, jangan nak melaju bagai kan.

Ingat tak kemalangan maut selfie kat Terowong Menora rasanya 2-3 bulan lepas kot ? hah kat situ lah. Sebab terlalu curam, leka sket terus tak boleh control kereta tu kan. Ishkk tak nak ceritalah. Sedih dibuatnya tau.


Hah panjang lebar plak aku bercerita ek, dah lah tuh. Hopefully a few tips yang aku highlight tu dapat korang jadikan panduan bila memandu ke Utara. Jangan nanti tengah seronok-seronok, maut plak menanti kan. Senantiasa bismillah sebelum buat apa juga ek.

Selamat bercuti dan hati-hati memandu, ingatlah orang tersayang..



12 comments :

Miera Nadhirah Tan said...

awesome.... harap bukan sambil ambik gambar sambil driving dah... hehehee

Miera Nadhirah Tan said...

awesome.... harap bukan sambil ambik gambar sambil driving dah... hehehee

Miera Nadhirah Tan said...

awesome.... harap bukan sambil ambik gambar sambil driving dah... hehehee

Miera Nadhirah Tan said...

awesome.... harap bukan sambil ambik gambar sambil driving dah... hehehee

miza yusof said...

memang mencabar jiwa raga bila drive katsini. Miza ulang alik dari kedah - kl, kena fokus betul-betul. lori pun banyak, takut rasa.

lieyalatif said...

nice tips cik lily....tu laa teringat lagi eksiden ngeri tu... terbayang2 video tuh....ya Allah.... harap2 semua keluarga mangsa dah 'kuat' menerima qada dan qadar kan.....

ape2pun cik lily nanti hati2 kalo drive kat sini tau...

Kakcik Nur said...

Kakcik pernah 'terperangkap' dalam terowong Menora ni - memang sesak nafas dibuatnya... :(

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP....perkongsian dan tips yang baik...:)

intanfirdaus247 said...

Salam..sambil baca sambil perot kiter pon kecut tau..huhu..sebab memang selalu lalu kalau balik ke kedah dr kl..sekarang kiter da pindah kedah dah.jadi da x lalu la kot..kalau g kl mungkin naik ketapi je kot...tp klau naik keta mmg terpaksa la juga lalu

Diana Rashid said...

kalau balik ke ipoh ni lah jalan yang kerap kali kena lalu..memang tahan napas je..hehehe

Liyliz said...

dlu liz pnh hmpir excdnt kt hgway. tk blh bawa laju walau kt mana2 pn lg2 jalan yg kita tk biasa. bahaya

Amanda Suria said...

Selalu lalu kat sini if pi ke arah utara....