Wednesday, November 26, 2014

Pizza Hut ‘JAM-PACKED’ Party Blogger Party

Hi Korang,


Yeah makan Pizza plak.


Last week memang penuh acara makan-makan aku dengan bebudak geng kaki makan.

Kali ini, Pizza Hut adakan party di Maju Junction outlet KL. Hah ko nasib baik boleh sampai on time dari preview drama Seludup hari tuh.


Di sebabkan yang datang ni semua, geng-geng kaki makan yang biasa so haruslah riuh sekampung dibuatnya restaurant tuh. Masuk-masuk je terus berselfie bagai sebab ktorang di berikan monopod as door gift. Seronok sungguh memasing berselfie kan.

Ok dah event start dah ni.



En. Yusof Ishak selaku wakil dari Pizza Hut Malaysia memberikan sepatah dua kata ye. Comey gak En Yusof ni ek hehehhehe



Sementara tunggu Pizza Jam-Packed ni siap, ktorang dihidangkan dulu dengan simple games dari Pizza Hut. Alah ada 2 je game pun iaitu ‘Wefie Jam-Packed’ dan ‘Twitter Jam-Packed’. Hah kemain memasing berselfie/wefie dengan pizza jam-packed yang terbaru ni.


Yelah apa tagline untuk pizza terbaru ni “Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

Ok ok its makan time,


Inilah dia ‘Jam-Packed’ Pizza, menu terbaru dari Pizza Hut

Sesuai dengan namanya, piza Jam-packed, padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!



Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Pizza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.

ishk diorang ni memang kaki makan sungguh tau

makan lagi

nuar, ko dah kenape ek? nak buat urut cakar harimau ke

Hahahahah tengoklah diorang ni, bila dapat makan pizza ni kan. Terus berganda-ganda sedapannya.




Piza Jam-Packed boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-Packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Apa lagi jom ke Pizza Hut la ek..

1 comment :

Suria Amanda said...

Terus terasa nak amakn pizza..