Saturday, November 8, 2014

Pembukaan Kilang COCA-COLA Di Bandar Enstek

Hi Korang,

Sedikit info di hujung minggu ni ek..

Aku suker tulis menda-menda berkaitan keje aku ni...

Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd (CCBM) secara rasminya melancarkan rantai pengeluaran baru bagi produk Coca-Cola, Sprite, A&W, Fanta dan Dasani di kilang Bandar Enstek hari ini.

Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Rantai pengeluaran baru ini boleh mengeluarkan 750 botol minuman dalam masa setiap minit, dan dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran di kilang itu sebanyak 20%.


Kilang Bandar Enstek mula beroperasi pada tahun 2011 dan kini, ianya merupakan salah satu kilang pembotolan Coca-Cola tercanggih dan produktif di rantau ini. Kilang ini mengeluarkan minuman berjenama Coca-Cola, Fanta, Sprite, A&W, Schweppes, Heaven and Earth dan Minute Maid Pulpy, serta air minum Dasani, bagi pasaran Malaysia.

"Coca-Cola menjalankan perniagaan pembotolon di Malaysia sejak tahun 1936 lagi, dan kami amat bangga dengan kilang di Negeri Sembilan ini kerana ia dapat memenuhi permintaan minuman keluarannya untuk seluruh negara, sekali gus memberi sumbangan besar kepada ekonomi tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CCBM, Stephen James Lusk pada majlis pelancaran tersebut.

"Kos bagi pembangunan rantai pengeluaran baru ini merangkumi sebahagian daripada pelaburan RM1 bilion di Malaysia seperti yang dijanjikan oleh The Coca-Cola Company apabila menentukan Nilai sebagai pusat pengeluarannya. Pelaburan ini mencerminkan keyakinan kami terhadap Negeri Sembilan, pasaran Malaysia dan juga warga tempatan yang bekerja dengan kami," tambah Lusk.

Kilang mesra alam seluas 123,024 meter persegi ini adalah salah satu daripada beberapa kilang di Malaysia yang ditauliahkan dengan pensijilan LEEDS peringkat Gold. Tambahan kepada tarafnya sebagai kilang pembotolan termoden di rantau Asia, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada 800 rakyat Malaysia dengan kira-kira 10 lagi pekerja di peringkat pembekalan, pengedaran dan perniagaan.

Coca-Cola merupakan peneraju pasaran tempatan dan global dari segi inovasi penjualan dan pemasaran. Lebih daripada 95 peratus bahan mentah diperoleh di Malaysia dalam pengeluaran pelbagai jenis minuman di bawah kategori "Halal, tanpa alkohol dan sedia untuk diminum".


CCBM adalah salah satu pemenang anugerah Syarikat Tempat Kerja Terbaik dalam penganugerahan Asia Awards 2014 anjuran jurnal perdagangan HR Asia, di antara 220 syarikat yang bersaing untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

CCBM bekerjasama dengan institusi pengajian dan teknikal Politeknik Port Dickson dalam latihan industri di kilang ini dengan membekalkan pengalaman persekitaran pekerjaan dan proses pengeluaran kepada pelajar kejuruteraan tahun akhir. Mereka turut diberi peluang untuk menyertai syarikat ini apabila selesai pengajian nanti.

Kehadiran Coca-Cola di Malaysia, khususnya di Nilai, memperlihatkan penglibatan aktif dalam kegiatan komuniti tempatan. Pada bulan Ramadan tahun ini, Coca-Cola telah berganding bahu dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk mengadakan sebuah majlis berbuka atau Iftar bersama masyarakat tempatan di bawah program tahunan badan bukan kerajaan ini yang dipanggil Fast2Feed.

Iftar untuk komuniti daif tersebut telah diadakan pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan dan Coca-Cola telah menaja majlis berbuka puasa yang berdekatan dengan tapak pengeluarannya di Maahad Tahfiz Kampung Jijan di Nilai, Negeri Sembilan, dan Masjid Kampung Salak Tinggi di Sepang, Selangor.

Selain itu, Coca-Cola juga berazam untuk membantu masyarakat luar bandar di Sabah untuk mendapat akses kepada air bersih. Coca-Cola telah menyumbangkan kewangan sebanyak RM700,000 bagi membiayai projek-projek di bawah program “Clean Water For Communities” dan setakat ini berjaya menyediakan air bersih untuk 37 buah kampung terpencil di Sabah.

4 comments :

Suria Amanda said...

Cousin SA pun ada yg kerja kat kang coca cola ni...asal pi umah dua je kami dihidangkan aur coca cola...meriah...

Unknown said...

Boleh tak nak apply internship kat sini? Kalau boleh nak hantar resume kat email mana ye? :)

Anonymous said...

salam...nk tnya..mcm mn nk apply keje kat CCBM ni?sy tengh cari keje area nilai... :(

wan ridhuan said...

tak der yg best pun kerja kat coca cola