Sunday, November 16, 2014

COCA-COLA® Lancar Koleksi Pakaian Di MAalaysia

Hi Korang,

Untuk mereka yang fashionista, meh tengok koleksi terbaru dari Coke ni


Segala-galanya bermula dari tahun 1886. Demi memenuhi perasaan ingin tahunya, seorang ahli farmasi di Atlanta telah menghasilkan sejenis minuman - gabungan air sirap dan air bergas sehingga mendapat pujian daripada mereka yang telah merasainya. Semenjak itu, minuman Coca-Cola sudah berjaya menambat hati ribuan juta pengguna di serata dunia. 

Maka tidak hairanlah mengapa populariti Coca-Cola kini merangkumi segenap peringkat umur. Jadi, tiada yang lebih bermakna kecuali meraikan keriangan ini dengan memperkenalkan koleksi pakaian Coca-Cola yang pertama di Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Pasifik yang melancarkan rangkaian fesyen Coca-Cola dengan koleksi utama yang kini boleh didapati di gedung beli-belah Parkson di Pavilion, Kuala Lumpur.


Bertemakan gaya preppy (ala pelajar), koleksi ini mengembalikan semula memori terindah yang tercipta sewaktu di bangku sekolah. Tampil dengan gaya trendy, riang-ria dan berwarna-warni, koleksi pakaian ini diperbuat daripada gabungan kain jaket dan kulit yang bergaya. Malah, ia juga diperkayakan dengan warna-warna asas seperti biru, kelabu, perang, merah dan hijau beserta corak petak dan garisan kain gingham. 

Koleksi Coca-Cola Preppy ini amat sesuai dengan golongan individu yang meminati gaya fesyen retro dan ini merangkumi semua jenis pakaian.


Bagi wanita pula, koleksi ini menawarkan seluar denim dalam dua pilihan warna iaitu merah manggis dan putih yang sesuai dipakai di negara beriklim tropika.

Anda juga boleh tampil berbeza menerusi padanan seluar denim ini dengan baju-T 


Coca-Cola edisi khas daripada koleksi ini. Cukup sinonim dengan slogan-slogan utama Coca-Cola seperti “It’s The Real Thing” dan “to Always Coca-Cola” yang didukung sejak 128 tahun lalu, penampilan anda dalam koleksi pakaian ini sudah pastinya menarik perhatian ramai. 

Selain itu, koleksi ini juga menampilkan blaus bercorak polka dot, singlet, baju blaus bercorak kain gingham dan shirt dress yang cantik serta sesuai dipakai untuk bersantai. 

Rangkaian baju panas dan hoodie yang memaparkan logo Coca-Cola pula sesuai dipakai untuk aktiviti sukan, bersiar-siar pada waktu pagi mahupun pada hari petang yang dingin. 


Koleksi ini juga akan menawarkan satu rangkaian hoodie, baju panas sarung, baju berlengan panjang, baju berlengan pendek, baju polo, kemeja-T leher bulat, singlet, gaun, seluar pendek, seluar Bermuda, seluar chinos, seluar jean, legging, sweatpant, seluar pendek santai dan seluar boxer. Bagi melengkapkan penampilan anda, pelbagai aksesori lain seperti beg sling (simpang pada bahu), beg jinjing, beg galas, topi juga telah direka khas. 

Berharga dalam lingkungan RM49.90 sehingga RM299.90, harga mampu milik ini sememangnya berbaloi bagi koleksi pakaian yang selesa dengan hasil rekaan serta penggunaan kain yang berkualiti tinggi.

Ingin mencuba atau melihat koleksi pakaian ini dengan lebih dekat? Sila berkunjung ke butik Coca-Cola Apparels di Parkson Pavilion dan di semua gedung beli-belah di seluruh negara.

4 comments :

sitirohaida said...

ala....kalau size l or Xl diorang ada jual tak..heheh

Unknown said...

wah..dah ada koleksi pakaian pulak ye..

Anonymous said...

I lіke your writing style truly loving tһis site.

Anonymous said...

Yes! Finally something about printer.