Monday, November 24, 2014

Maybelline BIG EYES Mascara

Hi Korang,

Lama plak tak citer pasal beauty ni, ni aku nak citer pasal maskara terbaru keluaran Maybelline New York ni.


Maybelline New York, jenama kosmetik No.1 di dunia dan di Malaysia, memperkenalkan inovasi terbarunya, tambahan terkini pada rangkaian maskara Volum’ Express®. Dinamakan BIG EYES MASCARA, ia merupakan maskara dwi-hujung pertama yang memberikan korang kawalan penuh pada bulu mata bagi mendapatkan mata yang 2X lebih besar dengan hanya satu kali sapuan!


Pink Fong, Pengurus Pemasaran bagi Maybelline Malaysia, ketika menghadiri pelancaran produk itu menerangkan bahawa BIG EYES MASCARA ini dirumuskan khas untuk menyelesaikan masalah yang biasa dialami wanita yang inginkan rupa ‘mata besar’. “Antara kerisauan utama yang dihadapi wanita Asia ketika menggunakan solekan adalah bagaimana caranya untuk menyolek mata. Semua inginkan mata yang kelihatan besar dan manawan. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kita berhadapan dengan masalah yang sama, seperti mata kecil, mata kuyu, bulu mata yang pendek, atau bulu mata yang tidak boleh lentik, walaupun setelah anda cuba melentikkannya berkali-kali!” 


Untuk menyelesaikan masalah ini, BIG EYES MASCARA memberikan penyelesaian mudah dengan 2 berus: Berus Besar, dengan bulu kejur penuh, sesuai bagi menghasilkan volum yang tebal dan ‘melebatkannya’ lagi, manakala Berus Mikro sehalus 2mm membolehkan anda memberus dan meletakkan sapuan pada setiap helai bulu mata, sekecil mana pun ia, terutamanya bulu mata yang susah dicapai serta bulu bawah mata. 


Jojo Tan, Eksekutif Produk Kanan bagi Maybelline Malaysia menerangkan cara menggunakan maskara baru yang hebat ini untuk mendapatkan mata yang besar sempurna dengan segera. “Lentikkan bulu mata anda dahulu dan sapukan bulu mata bahagian atas dengan rata menggunakan Berus Besar bagi volum yang dramatik – ini termasuklah bagi mereka mempunyai bulu mata yang lurus dan tidak lentik; walaupun bulu mata anda pendek, anda boleh menggunakan Berus Mikro untuk menyerlahkan bulu mata tanpa comot, sebelum menggunakan Berus Besar bagi meningkatkan volum dan menghasilkan efek yang dramatik. Untuk melengkapkan rupa tersebut, gunakan Berus Mikro untuk sapuan pada bahagian bulu mata yang susah dicapai serta bulu bawah mata – ini sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai bulu bawah mata yang pendek atau mata yang kuyu. Apa jua pun masalahnya, hasilnya tetap menjanjikan mata yang 2X lebih besar!” katanya. 




Korang juga boleh memadankan gaya ‘Big Eyes’ korang dengan Big Eyes Shadow, palet pembayang mata Maybelline New York pertama yang menjanjikan dapat menjadikan mata anda +30% lebih besar. 


Rumusan gel-serbuk ini selicin gel, namun boleh disapu dengan mudah seperti bedak, dan ini memberikan anda warna yang mendalam. Rekaan palet ‘Pakai Sebagaimana Anda Lihat’ menjadikan solekan mata besar mampu dilakukan oleh semua orang, termasuklah mereka yang belum mahir bersolek. Dalam beberapa minit sahaja, anda juga boleh mendapatkan mata yang +30% lebih besar dengan palet pembayang mata besar pertama!



Inilah peluang anda sekiranya anda sering mengimpi menjadi gadis ‘terkini’! Mulai 10 November, sertai pertandingan “Get the Party Started with Maybelline” dan berpeluang memenangi parti solekan idaman anda yang ditaja sepenuhnya! 

Berikut merupakan cara-caranya: 


a) Beli sebarang produk Maybelline New York bernilai RM50 atau lebih

b) Ambil gambar ‘we-fie’ dengan lima orang rakan perempuan anda; muat naik gambar tersebut di laman Facebook maybellinesimplyfab. Jangan lupa untuk tag semua orang, termasuklah Maybelline!

c) Akhiri dengan teks yang kreatif untuk menggambarkan parti impian anda. 

d) Hantarkan gambar tersebut berserta bukti pembelian melalui e-mel kepada Maybelline menerusi maybellinemalaysia@loreal.com

e) 3 penyertaan paling kreatif akan memenangi parti solekan idaman masing-masing, dan para pemenang dapat menjadi tuan rumah bagi tetamu yang terdiri daripada lima orang rakan perempuan yang telah ditag, di parti impian anda dengan kos dan perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh Maybelline!


Bermula dari 22 Disember sehingga 3 Januari 2015, anda juga boleh menyertai Maybelline menerusi ‘Take The Party to Watsons’. Ruang khas akan diadakan di kedai Watsons yang terpilih, di mana jurusolek yang pakar akan memberikan makeover dan nasihat percuma bagi wanita yang ingin mendapatkan rupa ‘Big Eyes’ dengan mudah menggunakan Maybelline. Sekiranya anda merupakan pemegang kad VIP Watsons, anda berpeluang menggandakan hadiah anda dan memenangi beg Kate Spade apabila menyertai pertandingan ini. 


Maybelline New York BIG EYES MASCARA boleh didapati dalam warna hitam dan dijual pada harga yang disyorkan RM45.90 setiap satu, manakala pembayang mata Big Eyes SHADOW boleh didapati dalam tiga warna: Gorgeous Pink, Smokey Brown dan Copper Gold, dan turut dijual pada harga yang disyorkan RM45.90 setiap satu.

No comments :