Saturday, November 8, 2014

Pelancaran Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawakan oleh Bank Simpanan Nasional

Hi Korang,

Untuk fashionista, berita baik untuk korang..


ZALORA, Destinasi Fesyen Atas Talian di Asia, melancarkan koleksi eksklusif terbaru semasa majlis pertunjukan tertutup di Black Box MAP, Publika Solaris Dutamas, 4 November. Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawa kepada anda oleh Bank Simpanan Nasional dengan 18 penampilan yang menggabungkan reben merah jambu sebagai simbolik bagi menyokong kesedaran kanser payudara.


"Ia adalah satu penghormatan kepada ZALORA untuk menjadi tuan rumah pertunjukan fesyen ini. Kami benar-benar mendapat inspirasi daripada mereka yang berjuang melawan kanser dan kami menjangkakan sokongan yang besar daripada orang ramai,’ kata Pengarah Urusan ZALORA Malaysia, Giulio Xiloyannis. Beliau juga menerangkan bahawa semua keuntungan akan disalurkan ke Pink Ribbon Deeds (PRIDE) Foundation untuk membantu dalam usaha-usaha penyelidikan dan rawatan untuk pesakit kanser payudara. ZALORA berharap dapat meningkatkan jumlah lebih daripada RM150,000 untuk acara ini. 

"Baik ZALORA mahupun Jovian Mandagie tidak akan mendapat apa-apa keuntungan daripada pelancaran ini, kerana kami berusaha untuk meningkatkan sebanyak mungkin kesedaran bagi menjayakan acara yang cukup mulia ini dan saya serta Jovian sama-sama berbangga kerana telah diberi peluang untuk melabur masa dan kebolehan kami untuk sesuatu yang lebih penting daripada urusan perniagaan semata-mata," sambung Xiloyannis.


Acara yang gilang-gemilang ini dihadiri oleh selebriti tempatan seperti Megan Tan, Serena C. dan Nadine Ann Thomas, tokoh masyarakat dan juga ahli terhormat media. Acara ini juga mempamerkan dan meraikan beberapa bekas pesakit kanser payudara di bawah naungan PRIDE sebagai tanda penghormatan atas kecekalan dan ketabahan mereka melawan penyakit ini. 

"Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawa kepada anda oleh Bank Simpanan Nasional ini dianjurkan bertujuan untuk meraikan semangat yang begitu kuat yang wujud pada setiap pesakit kanser. Ia juga sebuah acara yang sempurna untuk menggambarkan penderitaan yang ditanggung oleh seseorang wanita," kata pereka fesyen tempatan, Jovian Mandagie.

Dato' Azrene Abdullah, Pengerusi PRIDE menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kerana "kanser payudara dihidapi oleh 1 wanita dalam setiap 19 wanita yang terpenting dalam hidup kita. Itulah sebabnya sokongan daripada syarikat-syarikat yang mempunyai kesedaran seperti ZALORA, Jovian Mandagie dan Bank Simpanan Nasional adalah penting dalam mewujudkan lebih banyak kesedaran dan pendidikan untuk pengesanan awal, seawal peringkat kolej, bahkan peringkat sekolah menengah," tambah beliau.


Diilhamkan oleh martabat dan kelembutan seorang wanita, koleksi Jovian ini didedikasikan kepada pesakit kanser payudara yang kuat dan tabah. Koleksi ini terdiri dari pelbagai pilihan blaus cantik, skirt dan gaun yang menampilkan reben merah jambu sebagai perincian dan hiasan. Koleksi ini juga mempamerkan penggunaan fabrik chiffon berwarna pastel dan berharga RM 200 hingga RM 400 setiap satu.



Koleksi ini adalah hasil gabungan daripada ZALORA, Jovian Mandagie, PRIDE dan Bank Simparan Nasional. Keempat-empat entiti bekerjasama untuk menjana kesedaran serta meraih dana untuk penyelidikan kanser payudara. Jovian menawarkan bakat yang luar biasa dalam setiap reka bentuk koleksi yang ditawarkan, ZALORA terlibat dengan menanggung sepenuhnya pembiayaan sebanyak ratusan ribu ringgit atau kos pengeluaran dan kos pengedaran dan Bank Simparan Nasional pula membiayai sepenuhnya majlis pelancaran dan pengambilan sesi pengambaran foto untuk dimuatkan dalam look book . Semua yang terlibat adalah bertujuan untuk tidak meraih sebarang keuntungan yang berkaitan dengan koleksi ini, dimana semua keuntungan akan disalurkan ke PRIDE sebagai tanda sokongan perjuangan mereka.

Koleksi PRIDE oleh Jovian Mandagie untuk ZALORA, dibawa kepada anda oleh Bank Simpanan Nasional ini boleh didapati di ZALORA.com.my serta di butik Jovian.

1 comment :

Amanda Suria said...

Untung ciklily dpt pi sini..SA minat fashion show...model yg pakai baju kelabu tu yg atas sekali org NS tau....pernah satu tempat keja dulu...