Friday, November 21, 2014

Jom Ke Bazaar Le Marché de Noël, CARCOSA Seri Negara & Hadiah Menarik Menanti Korang

Hi Korang,

baca sampai abis untuk sertai giveaway tau!


Sekarang ni, kan dah dekat dengan bulan Disember kan


So Christmas is coming, yeah.. walaupun kita ni tak menyambut, tapi kemeriahan di Malaysia ni tetap terasa. Sana sini shopping complex sibuk dah gantung sana-sini deko untuk Krismas kan. Office aku ni lagi lah, keje dengan orang German ni ikutlah adat diorang. Tak lama lagi, adalah pokok yang siap berlampu-lampu dengan pintu office ni.


Bagi mereka yang menyambutnya ermm dah sibuk dah cari barang-barang untuk di hadiahkan pada yang tersayang, dah cara diorang cam tuh. Bertukar-tukar hadiah…

By the way, kalau tak tau apa lagi nak dihadiahkan pada yang tersayang, korang boleh ke Le Marché de Noël iaitu Bazaar Amal Perancis yang di adakan setiap tahun.


Lebih 50 gerai yang mengambil bahagian di dalam Bazaar ini yang menjual produk-produk buatan tangan seperti, baju kanak-kanak, wanita, aksesori unik, makanan tradisional Perancis, boleh minum-minum kopi sambil di dendangkan dengan alunan lagu-lagu tradisional Krismas Perancis. 

Ermm bestnya


Ini merupakan tahun keempat Bazaar Le Marché de Noël dan Parti Amal Krismas anjuran sekumpulan like-minded wanita Perancis yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur ini. Segala hasil amal kutipan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Pada tahun ini, acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM130,000 untuk Make-A-Wish Malaysia dan A- Heart for A-Heart Programme (oleh Gleneagles Kuala Lumpur). Tahun lalu, anak-anak menderita kanser tulang, kanser ovari, dan leukemia limfoblastik akut dan osteosarkoma dibantu dengan memenuhi kehendak mereka dan pembedahan jantung disokong untuk mereka yang bertuah ini.

Le Marché de Noël berharap dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak dan keluarga mereka dengan menyumbang ke arah penjagaan perubatan mereka atau dengan menunaikan hasrat- hasrat Krismas mereka. Ahli-ahli jawatankuasa, Barbara Bersano-Bosc, Elodie Michel, Flavie Causse-Ozair, Nadege Lubrano, Sandra Cociella dan Zou Little, akan sedaya upaya membantu mereka-mereka insan yang teristimewa ini.

Korang yang excited nak pi, ermm ini aku kasi details ek


Le Marché de Noël 

Venue: 
Carcosa Seri Negara 

Date: 
4 December 2014 

Time: 
Christmas Bazaar: 10:00 am - 5:00 pm 
French Christmas Party: 7:30pm - late 

Ticket Price: 
Christmas Bazaar: RM20 per person pre-sale and at the door 
French Christmas Party: RM150 per person with advance purchase 

Where to buy tickets: 

1. Gadis Manis, Publika 
2. Lycee Francais de Kuala Lumpur 
3. French Association of Malaysia 
4. Selected international schools 


Ok ada berita baik untuk korang,

Team Bazaar Le Marché de Noël bermurah hati untuk hadiah kat pembaca setia blog www.ciklilyputih.com ni. 

Eleh sukar lah tuh.

Korang kena jawab 2 soalan dan 1 slogan kreatif mengenai bazaar ni tau.

Soalan 1 : 
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?

Soalan 2 : 
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana_______________ (ikut kreativiti koranglah dan yang penting meletopss)

Just jawab di ruangan komen ni ek dengan details seperti:

Nama :
Email : 

So senang sket aku nak contact korang nanti.

Hadiahnya adalah :

Pemenang Pertama : 
1 Melvita hamper worth RM250
Pemenang Kedua : 
 1 Sothys Voucher worth RM50
Pemenang Ketiga : 
 1 Melvita Voucher worth RM20

Itu sahaja


Untuk details lebih lanjut mengenai Bazaar Le Marché de Noël, korang boleh log in ke 


ataupun 

Facebook page https://www.facebook.com/leMarchedeNoel.


Telefon : Barbara Bersano-Bosc 017-351-4871 or Flavie Causse 012-6823-411 

So cepatlah jawab ek..


6 comments :

Mummy Audya said...

Soalan 1 :
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?
4 DESEMBER 2014

Soalan 2 :
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?
CARCOSA SERI NEGARA

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana saya belum pernah mengikuti mana-mana aktiviti amal, so memang terujalah kalau diberi peluang untuk join bazaar amal Perancis yang diadakan setiap tahun ni

Details:

Nama : Norliza Binti Nordin
Email : liz_gurl85@yahoo.com

choypengism said...

Soalan 1 :
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?
4 December 2014


Soalan 2 :
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?
Carcosa Seri Negara

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana I tak nak lepaskan peluang keemasan ini. Dapat berbelanja, shopping sambil beramal.

Nama: Yong Choy Peng
email: choypengism.yahoo.com

Farah Waheda Wahid said...

Soalan 1 :
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?

4 Disember 2014

Soalan 2 :
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?

Carcosa Seri Negara

Slogan kreatif, lengkapkan ayat...

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana ingin membantu di dalam pengumpulan danan Make A Wish Malaysia dan A-Heart for A-Heart Programme oleh Gleneagle Kuala Lumpur...dan haruslah kerana terdapat barangan jenama-jenama yang terkenal yang semestinya banyak membantu saya menjadi diva!


Nama : Farah Waheda Wahid
Email : bubblynotes@gmail.com

AyuArjuna BiGoshh said...

Soalan 1 :
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?
4 December 2014

Soalan 2 :
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?
Carcosa Seri Negara

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana dapat mengenali budaya Perancis yang sememangnya kaya dengan keunikkan, pelbagai variasi barangan menarik di jual dengan harga berpatutan, sambil membeli kita beramal ternyata memberi kepuasan.



Nama : Ayu Rafikah yang gorjes
Email : ayuarjuna@gmail.com

Mermaid said...

Soalan 1 :
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?

Jawapan: 4 December 2014

Soalan 2 :
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?

Carcosa Seri Negara

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana saya ingin menjadi salah seorang penyumbang dalam kutipan amal.Ni pertama kali saya dengar Wanita Perancis menganjurkan acara amal di Malaysia .Lagi pun boleh la beli kraf tangan atau aksesori unik berinspirasikan Paris sambil tu boleh beramal...Boleh le kita berangan ala2 di Paris nanti heheh. Dalam masa yang sama nak juga tahu lagu traditional Perancis tu macam mana. Excited gile nak pergi ni.

Name: Miss Ika/ Noor Atiqah
Email: ikathequeen@yahoo.com

P/s: hopefully boleh le menang hamper Melvita tu >_<

Sherry said...

Soalan 1 :
Bila tarikh Bazaar Le Marché de Noël akan di adakan ?
4 December 2014

Soalan 2 :
Dimanakah lokasi Bazaar Le Marché de Noël ni ?
Carcosa Seri Negara

Slogan kreatif, lengkapkan ayat ini.

Saya teringin ke Bazaar Le Marché de Noël kerana its a countless good deed, my first time to Bazaar Le Marché de Noël dan Parti Amal Krismas, 2014 tahun mengakhiri dengan byk memori.

Just jawab di ruangan komen ni ek dengan details seperti:

Nama : Sherry
Email : sherrygo@hotmail.com