Tuesday, June 10, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di PAK JOHN Steamboat & Yong Tau Foo

Hi Korang,

Ini first time ni aku dapat jemputan ke Ramadhan review berkonsepkan steamboat dan grill. Selalunya hotel je.


Nasib baik ada Ruby.My dengan si Adam Comel yang temankan aku makan, yelah Mr Big tak boleh nak cuti hari jumaat lepas. Kitorang pi Pak John Steamboat & Yong Tau Foo cawangan E-Curve, Mutiara Damansara. Oklah crowd tak berapa ramai coz dah lepas time lunch waktu tuh.

So untuk hidangan ramdhan buffet 2014, Pak John Steamboat menyajikan beberapa hidangan istimewa yang bersesuaian dengan bulan puasa iaitu Rendang Ayam, Rendang Daging, Kepak Ayam Coke, Nasi Tomato, Tempura Sayuran, Pulut Ayam Sambal XO dan Bubur Ramadhan.

rendang ayam

seafood dimsum.
terasa telur ikannya tau, banyakkk

rendang daging

Kepak ayam Coke

tempura sayuran

nasi tomato

pulut sumbat sambal XO

bubur ramadhan

Ermm nampak lazat kan, ye ko ktorang makan tak ingat walaupun berdua tapi ermmm sehingga menjilat jari.

Itu baru sket, ek ada lagi.




Untuk pilihan steamboat dan Yong Tau Foo, ada 4 jenis hidangan sup iaitu Tomyam Soup, Curry Soup, Chicken Soup, Miso Soup dan Beef Bone Pepper Soup. Korang boleh pilih sup yang mana berkenan kat tekak korang kan.

smoked duck

menu grill

beef sliced

abalone slice

lamb slice

Bagi grill plak, walaupun tempat grill tu comey lote je kan pilihan menunya pelbagai sungguh. Nak ikan boleh, nak kambing boleh, nak daging ada, nak smoked duck ada, nak abalone ade. Itu belum kira kira ke sotong ke, lala ke, kupang ke. Memacam korang boleh makan.


Nak menambahkan rasa sedap lagi, Pak John menyediakan 4 jenis sos buatan sendiri tau homemade lagi iaitu Sos Thai, Sos BBQ pedas, Green Chili Sauce dan Sos Manis.,Sambal Belacan, Sos Hijau, Sos Tau Foo dan juga Sos Pedas.

Bukan tu je, ada lagi uolls.













Pilihan minuman, desserts, makanan appetizer memang sangat banyak. Rasanya boleh pengsan kalau nak makan semua. Tapi kalau cuba sket-sket mungkin boleh kot


Untuk buffet ramadhan ni, ianya bermula dari 28hb Jun 2014 hingga 28 Julai 2014 dari 6.30petang hingga 11.00 malam.


Harga buffet ramadhan di PAK JOHN Steamboat & Yong Tau Foo adalah

RM39++ untuk dewasa

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7733 3913 / 018-386 3139. Tempahan di buka sekarang gak tau. Maklumlah takut permintaan melebihi pengeluaran plak kan.

Jom kita ke


Pak John Steamboat & Yong Tau Foo
Lot LG-13A & LG-15, 
Lower Ground Floor, 
Ecurve.
No 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Malaysia

Selain cawangan di eCurve Mutiara Damansara ada satu lagi cawangan Pak John Steamboat & Yong Tau Foo iaitu di Wangsa Walk.So kalau korang tak dapat pi yang Damansara punya, boleh je ke Wangsa Walk. Kalau aku Wangsa Walk la kot coz family Mr Big semua kat situ.

Laman web : 

Facebook : 

Tel : 03-7733 3913 / 018-386 3139


Selamat menjamu selera korang…



9 comments :

sitirohaida said...

penuh perut tengok makanan tu...memang nampak sangat menarik kan..

Unknown said...

kena datang start membakor dari pukul 5:30 la kan... hahaha... kalau lambat2 nanti tak sempat bukak puasa pulak..

Unknown said...

macam menarik je..

ietams said...

amboiii bertingkek-tingkek tray penuh dgn bahan makanan..
mau tersando lepas makan

hazman fadzil said...

rasanya kat sinilah restoran steamboat yang paling best penah aku rasa...

Mahamahu said...

Suka makan kat Pak John ni memang terbaik buffet dia... nanti kita makan kat sini ok cik lily belanja hehehe...

Hazmin Hamudin said...

Pergh... banyak gila makanan. Bulan puasa memang tak lalu nak makan banyak macam tu.

maszull said...

assalamualaikum CLP...kenapa masuk sini jer tengok makanan semuanya sedap2 belaka...menguji keinginan ni...:)

Suria Amanda said...

tgok semua ni buat SA terliur..siyes terliur...dah lama x layan steamboat