Saturday, March 30, 2013

Clean & Clear® Deep Action Daily Pore Cleanser Ni Elok Untuk Remaja


Hi Korang,
Nak citer pasal remaja plak la
Memandangkan ramai readers aku merupakan adik-adik yang muda, belia dan cantik ni kan. Meh aku nak kongsi sket citer tips penjagaan kulit muka bagi remaja ni.
Korang yang sebaya aku ni remaja purba wokeh so jangan nak perasan!
Hkahkahakhaka
Kulit berminyak ermm standardlah bagi adik-adik remaja ni kan, yelah hormon estrogen dan progesteron yang tak berapa nak betul ni memang banyaklah keluar jerawat, kotoran berminyak dan degil kat muka tuh.

So dengan adanya Clean & Clear® Deep Action Daily Pore Cleanser ni yang dah di perbaharui ni, ianya merupakan pembersih muka yang berkesan dengan fungsi dwi-aksi yang unik bagi mengawal minyak dan menghilangkan bintik hitam dan memberikan kulit yang bersih berseri bagi para remaja.

Pembersih muka baharu ini menggunakan beberapa teknologi Clean & Clear®untuk mengurangkan keadaan muka yang berminyak dan bintik hitam bagi remaja. Pertama, merupakan ekstrak istimewa Pure Rice™ yang disaring daripada protein beras semula jadi untuk menyerap minyak dari kulit sepanjang hari seperti span-mikro. Secara amnya, ia berfungsi dengan menyerap sebum (minyak yang dikeluarkan oleh kulit) daripada pori 8 kali ganda lebih cepat dan mampu bertahan selama 8 jam.

Clean & Clear® Daily Pore Cleanser diuji secara klinikal dan terbukti dapat mengurangkan sebum sehingga 25% dalam masa hanya 3 minggu dengan penggunaan berterusan. Dengan formulasi yang begitu berkesan, ia juga lembut pada kulit, dan oleh itu dapat digunakan setiap hari tanpa sebarang keraguan.


Satu lagi teknologi Clean & Clear® dalam Daily Pore Cleanser adalah mikroskrub epal dan formulasi asid buah epal semulajadi. Formulasi ini membantu menghilangkan bintik hitam secara efektif dan lembut. Malah, hasil bintik hitam yang kurang dapat dilihat dalam hanya tiga hari dengan penggunaan berterusan. 

Selain daripada itu, Clean & Clear® Daily Pore Cleanser turut mengandungi Asid Salisilik (Salicylic Acid) yang menyerap jauh ke dalam epidermis dan pori-pori bagi mengelakkan pori tersumbat. Ini bukan sahaja menghilangkan bintik hitam malah mengelakkannya daripada terus terhasil pada masa yang kelak.

Kebanyakan remaja tidak tahu bahawa bintik hitam terhasil pada kulit melalui kitaran yang disebabkan oleh sebum berlebihan, sel kulit mati, kotoran dan bahan solek yang menyumbat pori mereka. Pori yang sering tersumbat akan mengakibatkan bintik hitam yang ketara, dan jika digabungkan dengan pengeluaran sebum yang tidak terkawal, jerawat akan timbul.  Penggunaan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser secara konsisten dapat mencuci sel kulit dan kotoran pada permukaan kulit serta dapat mengawal pengeluaran minyak untuk mengelakkan tahap awal penghasilan bintik hitam. Ia menghentikan kitaran bintik hitam secara segera, dan menjadikan kulit bersih berseri, sebagaimana yang diinginkan para remaja. 


Hanis Zalikha, selebriti blogger kecantikan mengakui keberkesanan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser, yang merupakan langkah pertama dalam amalan kecantikannya. “Jangan memandang remeh kepentingan pembersih muka – ia merupakan langkah pertama anda bagi mendapatkan kulit yang mulus dan bermaya. Sebagai seorang blogger kecantikan, saya sememangnya tidak mahu kulit saya kelihatan berminyak dan dipenuhi bintik hitam, terutamanya di hidung dan zon-T saya apabila bergambar. Dahulu saya mengalami masalah bintik hitam dan sangat mengganggu, namun kini tidak lagi dengan adanya Clean & Clear®.  Tiada lagi kulit berminyak dan bintik hitam bagi saya!” kata blogger berprofil tinggi tersebut.

“Tidak sukar untuk mendapatkan kulit yang cantik; hanya gunakan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser secara berterusan dan saksikan sendiri perubahannya – anda akan dapati bahawa bintik hitam akan kian berkurang. Sekiranya anda risau tentang kulit yang berminyak, ia akan hilang sejurus selepas menggunakan pencuci tersebut,” kata Hanis.



Clean & Clear® Daily Pore Cleanser boleh didapati dalam saiz 50gm dan 100gm di pasar raya serta farmasi terkemuka. Untuk maklumat lanjut akan Clean & Clear® serta rangkaian produknya, layari laman “My Clean & Clear” di www.facebook.com.

So adik-adik remaja yang ku sayang, so kalau yang ada masalah kulit muka ni boleh lah kot cuba Pore Cleanser ni kan. Mana tau boleh mengurangkan masalah yang korang hadapi. Lagi plak murah je pun, beli saiz kecil dulu, its ok dengan muka barulah angkat yang beso plak.
Korang yang remaja purba cam aku ni, kalau nak cuba pun boleh gak. No harm trying!


6 comments :

SyieraDahhari said...

Assalamualaikum / Hai,
Ingin cantik & sihat macam Hanez Suraya ? Dapatkan AuraWhite dengan : RM 150 + FREE SHAKER + FREE 3D WHITENING MASK + *FREE GIFT SET(boleh pilih set) + FREE POS .
SET A : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + GOLD LIP MASK
SET B : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
SET C : GOLD LIP MASK + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
UPDATED di : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/demam-aura-white-harga-promosi-cepat.html
sila lawati link y telah diberi
terima kasih
----------------------------------------
Makan apa-apa supplement akan lebih berkesan bila usus/ kolon kite bersih
Guna lah Solid Fiber + Vit C untuk menguruskan, dan mencantikkan kulit dengan berkesan.
Macam2 manfaat di : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/cantik-dan-sihat-bersama-solid-fiber.html
sila lawati link y telah diberi
terima kasih

Unknown said...

Macam sesuai jer ngan muka nurul yg kulit berminyak nih..

Vivid said...

Such a great post! I like it! : )

Vivid said...

Such a great post! I like it! : )

JalanTikus.com: Download Gratis, Aman dan Cepat said...

Kalau mastah? yang menuturkan selalu berbobot dan sangat terurai jelas,sangat gamblang dan sistematik banget,nggak bakalan rugi kalau selalu bertandang kemari sebagai power visitor di blog ini,sukses banget buat mastah,sang murid selalu rajin berguru kemari.

ajumohit said...

white and black head byk kat muka ni, nk trylah mana tahu berkesan kan