Tuesday, April 12, 2011

Murah Rezeki Aku Bila Polis Belanja Makan

Hi Korang,



Pagi tadi aku dah selamat pun selesaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. Ermm apa lagi pi submit income tax form lah. Aku malas nak hantar last minute lagi macam tahun lepas. Serik oo dah lah nak parking susah, nak masuk opis LHDN penuh dengan orang kan. Tadi sekejap je aku buat, pi submit kat LHDN Kajang ni.

Sampai sana kosong je, cuma ada 2-3 orang je. Terus je aku hantar kat orang jaga nombor tuh. Sekarang dah tak de letak dalam tong lagi. Semua bagi je kat kaunter. Lepas dia chop received. Trus aku blah.

 

Dah settle benda2 lain, lapar plak. Then singgah kejap kat kedai makan area seksyen 16. Bila masuk je kedai ni, mak oi ramai betul polis beruniform ni tengah duk minum sambil borak2 kan. Ishk kalau aku tau, tak nak aku masuk kedai ni kan. Ala biar jelah bukan nak tangkap aku pun kan.

Lepas order roti telur ori satu, aku pun duk bergayut telefon dengan mak aku sembang2 kosong je. Aku perasan ada sorang polis ni, tua sket baya ayah aku lah kan asyik duk pandang je aku ni. Aku buat bodo jelah. Dalam hati tu aku bercakap jugak, apsal plak orang tua ni pandang aku semacam kan. Kalau nak ngorat pi ngorat meja belakang ko tu, lagi banyak minah jambu kan. Aku ni dah kawin, berapa banyak laki lagi yang aku nak, ngok!.

Sampai je roti telur ori, terus aku bedal sampai licin dengan tak hiraukan orang lain kan. Tup-tup polis tua tu bangun dan datang kat aku. Argh sudah, mampus aku ni. Then dia tanya cam ni

 
Polis tua : Eh, awak ni anak pak mat balai central JB kan.
Aku : Aaa ermm betul tu pakcik. Mana pakcik tau?
Polis tua : Ishk ko, pakcik Amin ni pun ko tak kenal ke? Dulu ayah ko sebelum bawak ko pi balai bila cuti sekolah kan. Tolong dia kemas2 file. Pakcik yang selalu belikan ko air bila ko penat menyusun file2 tu kan 
Aku : Ooo itu masa saya sekolah pakcik, dah lama gila tuh. Pakcik boleh cam lagi saya ek?
Polis tua : Bukan apa, minggu lepas pakcik ada pi umah ko kat kampung jumpa ayah ko anto kad kawin anak pakcik. Dia citer lah yang ko ni ada kat Bangi ni.
Aku : Ooo itu yang pakcik pandang2 saya ni ek. Ingatkan saya ada buat salah lah tadi kan.
Polis tua : Ke situ plak.Ko ingat senang2 kan polis nak tangkap orang sekarang ni. Kang Kena saman plak.
Aku : Oklah pakcik, saya jalan dulu lah. Dah lambat pi keja nie. Jumpa lagi lah.
Polis tua : Ermm yelah. Bil ko tu nanti tak yah bayar, pakcik belanja lah.
Aku : Wah, ni dah bagus ni. Kalau tau makan bebanyak tadi lah.


Untung jugak aku ni, pepagi dah murah rezeki orang belanja kan. Tak baik bersangka buruk kan aku dah termalu sendiri kan.


Otw pi keja, ayah aku telefon. Dia cakap pakcik Amin tu tadi telefon dia citer yang dia jumpa aku. Ishk tak boleh simpan rahsia sket. Semua nak cakap. Tak surprise langsung lah diaorg ni. Baru je weekend ni aku nak citer dengan ayah aku kan. Ishkkk


Ermm kira glamour jugak aku ni ek, ada jugak orang kenal kan. Huahuahauhauahua. Kalau korang ada nampak aku dekat area Bangi ni, jangan lupa tegur tau sambil belanja aku makan sekali kan...

8 comments :

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bestnya pak polisi belanja makan kan :) nanti ko datang shah alam cariklah aku, boleh belanja teh tarik :)

isabelle said...

wah..glamer ropanya ko lily.
pgjrn ni utk aku yg suka balas renungan org dgn jelingan.hehehe

DaZzlingLilLy said...

sekali sekala jumpa pakcik2 ni best jugak..dpt la nak merasa org belanja..sejak dah jd org dewasa and bekerja ni asyik kita jer kena belanja kan akak?..hehe

phreak-id said...

Haha. Tu lah. Jangan buruk sangka..


Terbaru >Kenali Telur Palsu Atau Original >Special Post : Apa Yang Menarik Tentang Air Asia >Rosdan Keropok Losong @ Ketereh

::Budak Degil:: said...

huhuhu..sonok mkn roti canai free eh..

J.M.R said...

heheheh..seb baik kawan bapak sndr..hehhehe

KiD said...

bangi lama ka.. baru ka...? hehehee
kalau jumpa saya kat putrajaya.. jangan lupa tegur yea.. :)

hazman aka species1980 said...

Kat bangi tu banyak gak tempat makan best2x... ada rezeki kita jumpa lagi....di mana2x....