Tuesday, April 19, 2011

Macaroon @ Whisk Espresso Bar

Hi Korang,

Hari tuh, beberapa minggu lepas sempat jugak aku pi Empire Gallery Subang ni sambil jejalan sambil cari lah kedai yang heboh nau bebudak bloggers duk citer pasal macaroon kan.


Jalan punya jalan then jumpalah kedai ni. Kecik giler. Nasib baik nampak tulis 'macaroon' tuh. Kalau tak betul2 confirm aku tak perasan. Kaunter bar yang diorg display macaroon tuh alahai kecik benau. Sempit plak tu kan. Bila tengok memang cantik2 belaka sebab sangat colourful. Tapi kebebasan nak memilih tu cam terhad lah coz situlah jugak waiter dia keluar masuk anto air kan.

Aku pilih mana yang nampak je, malas nak tanya banyak.


Inilah hasilnya. Cantik kan bercolour-colour bagai. Memang sangat kecik sebesar duit syling 20sen. Harga plak sebiji RM2.00. Ermm bayangkan, padan ke harga dengan saiz kan.

Filling dia tu yang manis kaw kaw

Aku beli 4 biji je coz nak cuba rasa-rasa dulu. Sedap ke tak kan. Ternyata memang sesangat manis betul. Makan gula pasir pun tak de manis cam tu kan tapi itu tekak aku. Aku tak sure lah tekak orang lain plak kan.


Bagi mr Big rasa, ermm dia suka lah manis2 ni kan. Aku makan sket je yang lelainnya semua dia bedal.  Siap cakap ni kalau makan bebanyak ni boleh potong kaki lah. Tak de aku terbayang2 lagi macaroon ni kan sebab dah rasa. Untuk nak beli for 2nd time, ermm tak kot kecuali kalau orang belanje then aku makan lah kan.



Kesimpulannya, lagi banyak makan macaroon ni lagi cepatlah korang cacat. hahahahhahah just joking..

8 comments :

KiD said...

tak pernah jumpa lagik menda nih... macam sedap aje..

jangan lupa komen kat Isu Gula Tambahan di dalam Susu Tepung Bayi

Noriz said...

tak bole blah tul ayat 'cacat' tu...hahahah....teringin nak makan la...kat jb tak jumpa lagi, huhuhu

lina said...

salam cik lily - tu la semua org duduk citer pasal benda ALLAH tu...tak ada masa sesuai lagi nak cari....manis ekkk...kureng sikit benda2 yg manis ni

ArsheedA said...

sedap ke sis? org dok sibuk2 tang macaron ni...cu cite...cu cite

sarah mohamad said...

hiks. tak pernah try. kalau manis sangat tuu tak best jugak la nak makan.

alinac lover said...

huuu mahal nyer ek...kecik nau lak tu..melayang je duit rasanya..yong pon tgu org belanja la bru nak makan hehehhe

alongxp said...

manis?mmm.. mmg xmkn la jwbnye...hehehehe

Malina Mat Wazip said...

baru pergi 2 hari lepas..mmg manis sgt..xsuke..mahal lak tu..