Monday, April 18, 2011

Episod Terakhir Drama Gemilang TV3

Hi Korang,

Aku baru je lepas tengok episod akhir Drama Gemilang kat TV 3 ni. Kesudahannya.. ermm kita re-cap dulu episod sebelum nie ek


Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.

Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.

Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.


Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.

Pada episod lepas, pula Saif berjaya menjejaki adiknya yang bernama Sidek. Rupanya Sidek yang menyelamatkan anak muridnya iaitu Rizal dari tuduhan membunuh. Jadi kesemua anak muridnya selamat menjalani peperiksaan MCE bagi tahun itu. Sementara menunggu keputusan peperiksaan, mereka bertiga bersepakat untuk menutup sementara Institut Gemilang sehingga keputusan di umumkan bagi mencari dana untuk menampung perbelanjaan Institut.

Akhirnya kesemua anak muridnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan mereka bertiga Saif, Umar dan Asmah berjaya membangunkan kembali Institut Gemilang dengan jayanya hingga ke hari ini. Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).

Ermm betul kan, happy ending. Even Ruhana pun ada masa ending tau. Aku suker so tak de lah adegan nangis2 kan.

Hehehehe..So minggu depan citer lain plak. Tengok trailer cam not bad jugak lah.

4 comments :

Benjy said...

Wahhh ! kira akak ni peminat setia drama itu rupanya ... walaupun tak tonton drama tu dapat baca review ni pun dah cukup mengerti akan kisahnya ....

p/s: salam perkenalan ni baru 1st time jejak mata ke blog akak ni kalau free jomlah join 'my click-click contest' kat http://www.benjystanis.co.cc. Tq.

KiD said...

kid dah brape lama dah tak tengok drama malam2 nih... heheehe
Lelongan Tupperware di Kajang!

e.l.i.s.s.m.i.e said...

laaa yer ker episod akhir.part last tu tak tengok sebab duk sibuk basuh pinggan kat dapur..huhuhuhu..

isabelle said...

aku siap tanya kat org admin tadi kesudahan citer ni sebab smlm aku pun terlupa tgk...haha